“Kini Kami Bertiga”. Isteri Sultan Muhammad V Kongsi Momen Kelahiran Putera Sulung

Share

Ramadan lalu Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan isteri baginda, Oksana Voevodina dari Rusia telah dikurniakan putera sulung. Berita baik ini telah dikongsikan oleh Oksana melalui akaun instagramnya.

Bekas ratu cantik Rusia berusia 25 tahun itu mengumumkan kelahiran putera sulung itu dalam beberapa posting di instagram sepanjang minggu lalu setelah melahirkan putera sulungnya pada 21 Mei lalu.

Menariknya, Oksana menceritakan pengalamannya sepanjang proses kandungan dan kelahiran sebagai antara momen yang paling penting dan pada masa yang sama, sukar dalam hidup beliau. Beliau juga bersyukur apabila putera sulung itu selamat dilahirkan dengan sokongan kenalan rapat di sekeliling.

“Saya perlu habiskan masa 3 bulan terakhir kandungan di katil hospital dan berdepan dengan banyak kepayahan. Alhamdulillah for the safe outcome of this pregnancy.”

Sambung beliau, “Segala perubahan yang saya dengari akan berlaku kepada wanita mengandung selepas kelahiran adalah benar. Paling penting adalah perubahan rasa sayang saya terhadapnya. Perasaan ini adalah baru untuk saya, dan saya bersyukur kepada Allah dan suami untuk kelahiran putera kami.

“Kini kami bertiga. Terima kasih kerana memilih keluarga kami, Tengku Ismail Leon Petra Bin Tengku Muhammad V Faris Petra,” kata beliau sekaligus mengumumkan nama putera sulung tersebut.

Oksana juga sempat berkongsi mesej istimewa kepada Sultan Muhammad V dalam satu posting semalam di Instagram sebagai tanda terima kasih beliau terhadap Baginda Sultan.

“Lelaki yang benar-benar mencintai wanitanya akan melakukan apa-apa saja untuknya. Cinta dan kasih adalah asas kepada hubungan yang kuat dan sejahtera.

“Suami yang baik adalah mereka yang selalu membantu dan menyayangi isteri, selalu bertanyakan bagaimana perasaannya dan mengambil berat terhadapnya jika dia kepenatan. Selalu mengotakan janjinya 100 peratus.

“Semasa kandungan, suami itu akan menumpukan lebih perhatian dan keprihatinan kepada isterinya. Perhubungan adalah tentang bagaimana dua insan saling menyokong dan memahami diri masing-masing. Dan keluarga adalah hasil kepada rasa kasih sayang antara 2 insan,” catit beliau lagi.

Sultan Muhammad V dan isteri baginda berkahwin secara rasmi pada 7 Jun 2018, beberapa bulan sebelum majlis resepsi gilang-gemilang diadakan di Moscow Rusia pada November tahun lalu.

Sumber: instagram rihanapetra & www.remaja.my

 

IKLAN