Biarpun hari kemerdekaan adalah semalam, Pa&Ma ingin berkongsi sebuah kisah gembira seorang nenek yang teruja berkongsi tarikh lahir yang sama dengan cucu baharunya. Seorang nenek di Kuantan, Pahang melahirkan rasa syukurnya apabila cucu baharunya yang lahir pada tarikh kemerdekaan sama har jadi dengannya.
Menurut Jamaliah Baharom, 67, sememangnya dia berhasrat untuk memiliki sekurang-kurangnya seorang cucu yang lahir pada tarikh yang sama sepertinya. Selepas mempunyai 14 orang cucu, akhirnya hasrat nenek ini tercapai.Cucunya ini merupakan anak kelima anaknya, Rahim Awang, 36, dan isterinya Habshah Jelani, 32, apabila menyambut kelahiran anak kelima mereka.
Selain kisah gembira ini, seorang lagi ibu lain yang turut melahirkan anak pada tarikh yang sama berkongsi cerita melahirkan anak seberat 4.4kg! Menurut Nor Hasliza Md Saman, 37, dia sudah menjangka kelahiran anaknya ini kerana ketiga-tiga anaknya sebelum ini juga dilahirkan tepat pada tarikh anggaran bersalinnya. Cuma sebelum ini, tidak pernah pula anak-anaknya seberat ini.
KUANTAN – Seorang nenek tidak menyangka akan berkongsi tarikh keramat 31 Ogos dan menyambut hari lahir bersama cucunya yang baru sahaja dilahirkan hari ini.Jamaliah Baharom, 67, berkata, sudah menjadi hasratnya sebelum ini yang mahukan sekurang-kurangnya seorang cucu memiliki tarikh lahir sama sepertinya iaitu pada Hari Kebangsaan.
Ads
“Tok memang tunggu untuk dapat cucu yang punya sama tarikh lahir dengan tok. Alhamdulillah, akhirnya selepas 14 cucu tok ada, dapat juga tok cucu sama tarikh dengan tok.
“Tok terharu dan bersyukur kepada ALLAH. Kalau umur panjang dapatlah tok sambut hari jadi sama-sama dengan cucu setiap tahun,” katanya kepada media selepas dihubungi di sini hari ini.
Kegembiraan itu turut dikongsi oleh anak Jamaliah, Rahim Awang, 36 dan isterinya, Habshah Jelani, 32, apabila menerima kehadiran anak kelima mereka yang lahir hari ini.
Rahim dan Habshah bersama bayi mereka yang berkongsi tarikh lahir dengan neneknya
“Saya dan suami gembira bila anak kelima kami ini dilahirkan pada tarikh sambutan kemerdekaan dan perkara ini kami tak jangka langsung.
Ads
“Saya sepatutnya melahirkan seminggu lebih awal lalu namun perancangan ALLAH mengatasi segala-galanya apabila dia dilahirkan 6.15 pagi tadi dengan berat 2.95kg,” katanya.
Dalam pada itu, Nor Hasliza Md Saman, 37, berkata, dia bersyukur kerana melahirkan bayi lelaki yang mencapai berat sehingga 4.4 kg.
Nor Hasliza bersama bayi merdekanya
“Ini kali pertama saya lahirkan anak yang berat sampai 4.4 kilogram, sebelum ini empat orang anak yang lain pun tak capai berat macam ni.
“Saya dah jangka anak saya sememangnya akan lahir pada hari ini. Sebab keempat-empat anak saya sebelum ini lahir mengikut tarikh yang ditetapkan, tak kurang dan tak lebih, tepat pada masanya,” katanya kepada media ketika ditemui di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) sini hari ini.
Ads
Sementara itu, bagi Siti Zaimah Muhammad Sabri @ Fauzi, 30, yang menetap di Felda Bukit Goh berkata, dia bercadang untuk memberikan nama Hussein sempena Bapa Perpaduan Malaysia, Tun Hussein Onn.
“Nama Hussein ini saya minat nak letak sebab selain namanya yang klasik, ia juga merupakan nama tokoh kita yang merupakan Perdana Menteri ketiga Malaysia,” katanya.
Dalam pada itu, seramai 22 bayi merdeka dilahirkan di HTAA sehingga jam 1.05 petang hari ini dengan jumlah bayi perempuan seramai 12 orang dan 10 orang bayi lelaki dengan bayi pertama dilahirkan ialah bayi lelaki pada 12.19 pagi.
Tahniah Pa&Ma ucapkan kepada semua ibu bapa yang mendapat bayi semalam dan semoga setiap bayi tersebut membesar dengan sihat. Buat ibu yang baharu bersalin, selamat berpantang. Tahniah, semua!
Terkini, Pelakon dan bekas model, Zahnita Wilson kelihatan memadam segala hantaran terdahulu dalam akaun Instagramnya. Kelihatan hanya sebuah video buat tatapan umum.
Dalam video pendek yang dikongsi, Zahnita tampil memakai ‘hoodie’ dan berkaca mata, sambil terlihat sebak sebelum memberikan isyarat ‘mini love’.
Menerusi kapsyen ringkas tetapi penuh makna, Zahnita menzahirkan tanda terima kasih atas ucapan dan sokongan diberikan pengikut dalam media sosial.
“Assalamualaikum, terima kasih atas ucapan dan sokongan semua. Saya akan bersama dengan anda sedikit masa saja lagi.”
Dalam pada itu, pelakon filem Kuliah Cinta ini juga memutuskan untuk menyerahkan urusan perniagaan pai yang diusahakan kepada dua kenalannya buat sementara waktu.
Sehingga kini, hantaran berkenaan menerima hampir 24000 tanda suka sambil dususuli dengan pelbagai komen warganet.
Wargamaya menitipkan doa dan menyampaikan kata-kata semangat kepada Zahnita atas apa yang sedang dilaluinya dalam kehidupan.
Sebelum ini, wanita berusia 39 tahun ini mendedahkan dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga, sekali gus menarik perhatian ramai.
Beberapa hari lalu, Zahnita berkongsi di Instagram tentang penderitaan yang dialaminya dalam rumah tangga dengan memuat naik gambar keadaan matanya yang lebam.
Semalam, Mahkamah Majistret Kuantan membenarkan perintah reman tiga hari terhadap suami Zahnita.
Sebut sahaja nama Khairul Aming, pasti sudah terbayang video masakannya yang tak pernah mengecewakan. Malah resipi-resipinya sentiasa dekat dengan hati rakyat Malaysia. Ringkas dan tidak keterlaluan dari segi penggunaan bahannya.
Masuk hari ke 10 kita berpuasa, Khairul Aming berkongsi menu cukup istimewa buat semua. Jika sebelum ini dengan puding tembikai, kali ini Khairul Aming menawan hati semua dengan resipi Creamy Sagu Mangga pula.
Puasa ke-10 : Creamy Sagu Mangga. Makan sejuk-sejuk untuk buka puasa nanti. Ada dua version yang korang boleh try.
Pelawak dan pelakon, Achey atau nama sebenarnya Nor Nasir Hamzah berkongsi perkembangan terkini mengenai proses rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) yang sedang dijalani oleh isterinya, Nor Hasanah Yahaya.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Achey di laman instagramnya, dia berkongsi isterinya telah menjalani proses memasukkan embrio matang ke dalam sistem peranakannya.
“Bismillah bermula dari Ogos dan kini, proses penting telah tiba… memasukkan embrio matang ke tubuh ibunya.
“Mudah-mudahan berjaya, doakan proses ini berjalan dengan baik. Tak mudah proses ini, positif kita jalani, positif la kita dapat. Usaha sebaik yang boleh, Allah juga yang menentukan berjaya atau tidak, doakan kami terus kuat.
“Allahuakhbar, bismillah, tiada daya dan usaha hambaMu ini tanpa keizinanMu Ya Allah. Doakan Anne kuat dan hari ini bermula fasa penting,” ujarnya di ruangan kapsyen.
Semoga semua berjalan lancar
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa keterujaan mereka untuk menantikan berita gembira hasiI daripada keputusan IVF tersebut.
Bukan itu sahaja, netizen turut mendoakan agar urusan Achey dan isteri sentiasa dipermudahkan selepas 11 tahun menanti kehadiran zuriat dan berharap pasangan itu akan kuat dalam menempuh segala dugaan.
Terdahulu, Nor Hasanah Yahaya telah menjalani pembedahan untuk membuang tiub fallopian yang tersekat bagi membolehkan dia hamil di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru.
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.