Biarpun hari kemerdekaan adalah semalam, Pa&Ma ingin berkongsi sebuah kisah gembira seorang nenek yang teruja berkongsi tarikh lahir yang sama dengan cucu baharunya. Seorang nenek di Kuantan, Pahang melahirkan rasa syukurnya apabila cucu baharunya yang lahir pada tarikh kemerdekaan sama har jadi dengannya.

Menurut Jamaliah Baharom, 67, sememangnya dia berhasrat untuk memiliki sekurang-kurangnya seorang cucu yang lahir pada tarikh yang sama sepertinya. Selepas mempunyai 14 orang cucu, akhirnya hasrat nenek ini tercapai.Cucunya ini merupakan anak kelima anaknya, Rahim Awang, 36, dan isterinya Habshah Jelani, 32, apabila menyambut kelahiran anak kelima mereka.

Artikel Menarik: [Cepat Sihat Dalam Pantang, Jangan Catu Minum Dan Makan. Badan Tetap Boleh Cantik]

Selain kisah gembira ini, seorang lagi ibu lain yang turut melahirkan anak pada tarikh yang sama berkongsi cerita melahirkan anak seberat 4.4kg! Menurut Nor Hasliza Md Saman, 37, dia sudah menjangka kelahiran anaknya ini kerana ketiga-tiga anaknya sebelum ini juga dilahirkan tepat pada tarikh anggaran bersalinnya. Cuma sebelum ini, tidak pernah pula anak-anaknya seberat ini.

Artikel Menarik: [Tekanan Darah Tinggi Jangan Diabaikan. Ibu Boleh Sawan, Kandungan Pula Terbantut!]

KUANTAN – Seorang nenek tidak menyangka akan berkongsi tarikh keramat 31 Ogos dan menyambut hari lahir bersama cucunya yang baru sahaja dilahirkan hari ini.Jamaliah Baharom, 67, berkata, sudah menjadi hasratnya sebelum ini yang mahukan sekurang-kurangnya seorang cucu memiliki tarikh lahir sama sepertinya iaitu pada Hari Kebangsaan.

IKLAN

“Tok memang tunggu untuk dapat cucu yang punya sama tarikh lahir dengan tok. Alhamdulillah, akhirnya selepas 14 cucu tok ada, dapat juga tok cucu sama tarikh dengan tok.

“Tok terharu dan bersyukur kepada ALLAH. Kalau umur panjang dapatlah tok sambut hari jadi sama-sama dengan cucu setiap tahun,” katanya kepada media selepas dihubungi di sini hari ini.

Kegembiraan itu turut dikongsi oleh anak Jamaliah, Rahim Awang, 36 dan isterinya, Habshah Jelani, 32, apabila menerima kehadiran anak kelima mereka yang lahir hari ini.

Kisah Bayi-Bayi Merdeka, Yang Seorang Kongsi Birthday Dengan Nenek. Yang Satu Lagi, Beratnya 4.4kg!
Rahim dan Habshah bersama bayi mereka yang berkongsi tarikh lahir dengan neneknya

“Saya dan suami gembira bila anak kelima kami ini dilahirkan pada tarikh sambutan kemerdekaan dan perkara ini kami tak jangka langsung.

IKLAN

“Saya sepatutnya melahirkan seminggu lebih awal lalu namun perancangan ALLAH mengatasi segala-galanya apabila dia dilahirkan 6.15 pagi tadi dengan berat 2.95kg,” katanya.

Dalam pada itu, Nor Hasliza Md Saman, 37, berkata, dia bersyukur kerana melahirkan bayi lelaki yang mencapai berat sehingga 4.4 kg.

Kisah Bayi-Bayi Merdeka, Yang Seorang Kongsi Birthday Dengan Nenek. Yang Satu Lagi, Beratnya 4.4kg!
Nor Hasliza bersama bayi merdekanya

“Ini kali pertama saya lahirkan anak yang berat sampai 4.4 kilogram, sebelum ini empat orang anak yang lain pun tak capai berat macam ni.

“Saya dah jangka anak saya sememangnya akan lahir pada hari ini. Sebab keempat-empat anak saya sebelum ini lahir mengikut tarikh yang ditetapkan, tak kurang dan tak lebih, tepat pada masanya,” katanya kepada media ketika ditemui di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) sini hari ini.

IKLAN

Sementara itu, bagi Siti Zaimah Muhammad Sabri @ Fauzi, 30, yang menetap di Felda Bukit Goh berkata, dia bercadang untuk memberikan nama Hussein sempena Bapa Perpaduan Malaysia, Tun Hussein Onn.

“Nama Hussein ini saya minat nak letak sebab selain namanya yang klasik, ia juga merupakan nama tokoh kita yang merupakan Perdana Menteri ketiga Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, seramai 22 bayi merdeka dilahirkan di HTAA sehingga jam 1.05 petang hari ini dengan jumlah bayi perempuan seramai 12 orang dan 10 orang bayi lelaki dengan bayi pertama dilahirkan ialah bayi lelaki pada 12.19 pagi.

Tahniah Pa&Ma ucapkan kepada semua ibu bapa yang mendapat bayi semalam dan semoga setiap bayi tersebut membesar dengan sihat. Buat ibu yang baharu bersalin, selamat berpantang. Tahniah, semua!

Sumber: Sinar Harian

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI