Memandangkan sekarang virus influenza semakin merebak, langkah pencegahan harus dilakukan bagi memastikan keadaan ini terkawal dan tidak menjangkiti orang lain.
Biasanya golongan kanak-kanak lebih berisiko kerana antibodi mereka belum kuat selain warga emas.
Sebagai persediaan awal untuk ibu bapa senarai kit pencegahan dan kawalan influenza ini boleh membantu seperti yang dikongsikan oleh Public Health Malaysia.
Anda ada anak yang terkena demam influenza? Risau anak lain juga terkena influenza?
Di sini kami senaraikan kit yang perlu ada untuk mengurangkan risiko anak anda daripada terkena jangkitan influenza di rumah dan juga boleh diamalkan di Taska/sekolah.
Kami senaraikan juga 5 perkara basic dalam pencegahan dan kawalan influenza
Ads
1) Penjagaan kebersihan diri
2) Amalan cuci tangan yang betul
3) Penjagaan kebersihan persekitaran
4) Pemeriksaan/saringan pintu masuk
Ads
5) Disinfeksi dan nyakuman permukaan tercemar
Selain daripada mengambil langkah pencegahan, ibu bapa perlu pastikan anak-anak minum air putih dan amalkan pemakanan berkhasiat.
Ads
Antara gejala awal adalah:
1. Demam tinggi berulang
2. Batuk berpanjangan selepas demam
3. Kanak-kanak lebih mudah terdedah
4. Dewasa biasanya berasa tidak selesa, sakit kepala dan berkaitan dengan pernafasan
5. Sangat senang berjangkit
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul begitulah nasib seorang Ibu dan anak-anak kecil yang terpaksa tidur dalam kereta setelah diceraikan suami dan diusir pula oleh tuan rumah kerana sewa tertunggak. Kisah ini tular melalui perkongsian dari facebook Uncle Kentang dan juga laman rasmi Lembaga Zakat Selangor.
Menurut perkongsian daripada laman rasmi Lembaga Zakat Selangor, ibu muda tersebut berusia 30 tahun tinggal di dalam kereta bersama 6 orang anak berumur 14, 10, 8, 3, 2 dan 5 bulan di stesen minyak Rasa, Hulu Selangor dan menumpang mandi di tandas stesen tersebut.
Dalam Proses Penceraian
Dia sedang dalam proses penceraian kerana kes ditangguhkan kerana PKP. Suami tidak pulang ke rumah lebih 4 bulan sejak penghujung bulan Februari 2020.
Diberhentikan Majikan Sejak Mac 2020 Kerana PKP
Ketika ini, dia tidak mempunyai pekerjaan setelah diberhentikan oleh majikan sejak Mac 2020 kerana PKP. Sepanjang PKP dia pulang ke kampung di Temerloh, Pahang.
Tuan Rumah Meminta Keluar Dari Rumah Sewa
Ibarat jatuh ditimpa tangga. Dia pulang dari kampung, tuan rumah pula meminta beliau keluar dari rumah sewanya. Sewa rumah tertunggak, tidak dibayar oleh ketua keluarga.
Disahkan Hidap Kanser Payudara
Ujian demi ujian menimpa. Dia pula disyaki menghidapi kanser payudara tetapi belum menerima rawatan susulan lagi.
Anak-Anak Hidap Jantung & Kanser
Manakala anak yang berumur 2 tahun mempunyai masalah jantung berlubang dan masih menerima rawatan susulan di Hospital Serdang 2 kali setahun.
Anak yang berumur 5 bulan pula menghidapi ketumbuhan di leher namun belum dapat dikenalpasti. Rawatan susulan di Hospital Selayang.
Buat Masa Ini Ditempatkan Di Hotel Sekitar Bukit Beruntung
Terkini dia dan anak-anak ditempatkan di sebuah hotel di Bukit Beruntung yang dibiayai oleh NGO Darul Jariyah.
Zakat Selangor menyalurkan sumbangan kecemasan RM500 bagi menampung keperluan pemohon dan anak-anak sementara menunggu bantuan susulan dalam masa terdekat.
Hasil bancian mendapati, dia layak didaftarkan sebagai asnaf fakir.
Antara bantuan yang akan disalurkan:
1. Deposit dan sewa bulanan rumah
2. Bantuan Kewangan Bulanan
3. Bantuan Makanan Bulanan
4. Bantuan Perubatan (rawatan bulanan)
Kredit: Ustaz Muhammad Haziq, LZS Cawangan Hulu Selangor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru dua hari hantar anak ke pengasuh, beri pengalaman yang sukar dilupakan buat ibu ini apabila anaknya Afeeya Aura, 6 bulan dipukul hingga memberi kecederaan di bahagian muka dan trauma buat si kecil ini.
Menurut Norfazilah Zilah yang berkongsi pengalamannya dengan Pa&Ma, dia tidak menyangka sikap pengasuh itu yang berperwatakan seperti seorang ibu dan sayangkan anak-anak sebenarnya silap.
“Memandangkan sebelum ini saya yang menjaga Afeeya, tapi setelah dapat tawaran kerja, saya mengambil keputusan untuk hantarnya ke pengasuh. Setelah mencari di kawasan rumah, saya berjumpa dengan pengasuh ini.
“Itupun selepas saya tengok iklan di papan notis di kawasan rumah dan terus menghubunginya. Niat saya cari pengasuh yang dekat dengan rumah kerana senang kalau ada apa-apa hal berlaku pada anak.
“Lagipun pengasuh ada juga menjaga dua lagi anak asuhan yang berusia 4 bulan dan 2 tahun. Jadi saya fikirkan tiada masalah untuk pengasuh menjaga anak kerana pengalamannya mengasuh anak orang lain,” katanya.
Hari pertama hantar Afeeya ke rumah pengasuh tiada pun rasa bimbang. Cuma menjadi persoalan ketika saya mengambilnya selepas pulang kerja, ternampak hidung Afeeya luka. Apabila bertanyakan pada pengasuh dia beri jawapan Afeeya tercakar kukunya sendiri.
“Waktu itu saya belum fikir negatif lagi dan balik rumah potong kuku Afeeya. Keesokan harinya saya pergi hantar macam biasa dan apabila pulang kerja ada lagi kesan merah bebirat di bahagian pipi anak.
“Disebabkan tak mahu fikir bukan-bukan saya tanya sekali lagi dan jawapannya Afeeya tidur dalam buaian dan mukanya tergeser-geser di kain buaian tersebut.
“Cuma peliknya, sejak saya sampai dirumah pengasuh petang itu, bila Afeeya nampak muka saya terus dia nangis tersedu-sedu sampai hilang suaranya. Seolah-olah dia nak beritahu sesuatu pada saya.
“Bila saya teliti betul-betul di pipi Afeeya jelas nampak kesan jari. Hanya Allah yang mengetahui bagaimana perasaan saya waktu tu. Cukup bersalah rasanya saya hantar Afeeya ke pengasuh tersebut hingga dia pun trauma dan takut,” jelasnya.
Selepas buat laporan polis, pengasuh tersebut telah ditahan untuk siasatan lanjut. Sekarang Afeeya dalam proses untuk pulihkan kembali emosinya dan syukurlah tiada apa-apa lagi kecederaan teruk.
Doktor turut memberitahu setiap bulan Afeeya kena buat pemeriksaan susulan dengan pakar kanak-kanak untuk tengok semula bahagian dalamannya takut ada apa-apa kesan sampingan.
Nasihat saya buat semua ibu bapa, hati-hatilah pilih pengasuh. Bukan kita tak mahu percaya sepenuhnya tetapi bila nampak ada kelainan baiklah bertanya.
Mungkin bayi bawah setahun walaupun tak boleh nak beritahu yang dia takut atau sakit, melalui cara yang ditunjukkan itu pun ibu bapa boleh nampak.
Semoga semua anak-anak kita dilindungi dan ibu bapa yang keluar bekerja pun boleh rasa tenang kerana dapat pengasuh yang boleh menjaga seperti anak sendiri.
Belum puas kasih sayang dicurahkan, anak kesayangan akhirnya ‘pergi’ dulu ke syurga pada usia 2 bulan. Catatan bapa ini memilukan siapa sahaja membacanya.
Masih terbayang-bayangkan senyuman dan keletahnya. Namun dalam keterpaksaan bapa ini, terpaksa merelakan si kecil yang disayangi menghembuskan nafasnya buat kali terakhir selepas bergelut pelbagai kesakitan dan kepayahan akibat keadaan yang didiagnos sebagai sepsis with multiple organ failure.
Belum puas kasih sayang dicurahkan, anak kesayangan akhirnya ‘pergi’ dulu ke syurga pada usia 2 bulan. Catatan Nazrul Amree ini menyebakkan siapa sahaja membacanya.
Si kecil Allahyarham Caliph Imani pada mulanya mengalami selesema dan batuk. Bapa ini langsung tidak dapat meneka ada sesuatu yang bahaya sedang menyerang anak kesayangan. bertarung nyawa melawan jangkitan bakteria. Batuk and selesema terus melarat menjadi sawan akibat jangkitan kuman dan bacteria.
Melihatkan pertarungan hebat si anak melawan jangkitan hingga satu masa terpaksa menggunakan 100% bantuan mesin pernafasan dan mengalami kegagalan organ, dia mereka anak yang yang ditatang dan dijaga pergi menghadap Ilahi dengan aman.
Assalamualaikum anak daddy. Esok daddy & mama ambil keputusan utk lepaskan awak di bulan ramadhan yg mulia. Daddy & Mama dah redha utk lepaskan awak Caliph Amani. Semoga awak lebih tenang disana.
Daddy halalkan semuanya. Daddy tau awak tak sabar nak pergi kan. Daddy tau awak sakit sangat skang. Memang berat daddy & mama nak lepaskan awak tapi Allah lebih sayangkan awak. Daddy redha dengan apa yg berlaku skang. Daddy bangga dapat jadi ayah kepada awak walau pon sekejap.
Daddy harap Caliph dapat tunggu and jumpa daddy & mama di syurga kelak. Semoga awak sentiasa dalam lindunganNya. Pergi la Caliph Amani dengan aman. Tiada sesiapa yg akan halang lagi..
12.05.19 tarikh yg agak menyedihkan bagi aku sekeluarga, perginya sorang permata & anak syurga bagi daddy & mama menemui Sang Pencipta.
Agak terkilan bila daddy & mama tak dapat kesan penyakit Caliph pada awal. Bermula dengan batuk and selesema, terus melarat menjadi sawan akibat jangkitan kuman dan bacteria.
30 MINIT JANTUNG BERHENTI, KEGAGALAN BANYAK ORGAN
Selama 30min jantung Caliph berhenti daddy & mama rasa dunia btol2 gelap. Tak habis2 mama & daddy doa supaya Caliph dpt diselamatkan hari tu. Dengan kuasa Allah, dia balikkan nyawa Caliph tapi diduga dengan kegagalan banyak organ akibat kekurangan oxygen dalam badan.
100% BERNAFAS BERGANTUNG KEPADA MESIN
Caliph dimasukkan di wad pediatrik ICU selama 4 hari dalam keadaan kritikal dan bergantung 100% pada mesin untuk bernafas. Alhamdulillah, semua doc and nurse yg rawat Caliph sangat profesional dalam kerja mereka. Tak putus-putus bantuan dan rawatan yang diorang bagi.
KEPUTUSAN BERAT PERLU DIBUAT
Tapi pada 11.05.19 daddy & mama tak sanggup nak tengok Caliph terus terseksa melawan sakit yang Caliph hadapi. Atas nasihat doc and sokongan family, daddy & mama terpaksa buat keputusan yg berat tapi terbaik utk caliph iaitu menghentikan semua mesin bantuan yg diberikan untuk Caliph supaya Caliph dpt pergi dengan tenang.
‘BANTUAN DIHENTIKAN, LULUHNYA DADDY & MAMA LIHAT CALIPH MASA TU’
Tepat pada 7.40am doctor dan pegawai perubatan telah mencabut dan menghentikan semua alat2 dan mesin bantuan yg diberi. Tak putus2 doa yang daddy & mama terima start daripada hari tu. Hanya Allah je tahu mcm mana luluhnya hati daddy & mama tgk keadaan Caliph masa tu.
AKHIRNYA CALIPH MENEMUI MAHA PENCIPTA
Alhamdulillah tepat pukul 10.34am 12.05.19 Caliph telah menghembuskan nafas terakhir untuk bertemu Maha Pencipta dan juga menjadi ahli syurga idaman semua manusia yg hidup. Daddy & mama redha dengan ujian yg Allah bagi, Dia bagi pinjam Caliph pon dh cukup buat daddy & mama bersyukur sangat2.
DADDY MAMA TAKKAN BERHENTI MENYAYANGIMU SAYANG….
Semoga Caliph tenang disana, daddy & mama takkan berhenti menyayangi dan mendoakan untuk Caliph. Terima kasih jgak kepada semua yang tak habis-habis mendoakan untuk Caliph. Alhamdulillah