
Perkongsian berita gembira mengenai kehamilan sememangnya antara detik paling bermakna buat pasangan suami isteri. Ada yang memilih untuk membuat kejutan istimewa kepada pasangan, manakala ada juga yang merakam reaksi ahli keluarga sebagai kenangan manis untuk disimpan sepanjang hayat.
Namun, dalam keterujaan menyambut khabar bahagia itu, aspek kebersihan tidak seharusnya dipandang ringan, terutamanya apabila melibatkan ibu hamil dan persekitaran rumah yang turut dihuni anak-anak kecil.
Kebelakangan ini, tular di media sosial trend ‘surprise’ menggunakan kit ujian kehamilan yang telah digunakan. Ada yang menyimpannya dalam kotak hadiah, mempamerkannya di rumah malah menjadikannya sebagai prop kejutan ketika berkongsi berita kehamilan.
Walaupun kelihatan manis dan kreatif, pengamal perubatan menegaskan bahawa tindakan menyimpan kit ujian kehamilan walaupun sudah dicuci boleh mengundang risiko jangkitan kuman yang tidak disedari.
@drirmaizzati♬ original sound – irma 🍉
Pengamal perubatan, Dr. Irma Izzati, tampil menegur amalan segelintir wanita yang memilih untuk menyimpan dan mempamerkan kit ujian kehamilan sebagai kenangan.
Menurut beliau, walaupun air kencing hanya disentuh sedikit ketika ujian dilakukan, alat tersebut tetap dianggap kotor dan tidak selamat untuk disimpan dalam jangka masa panjang.
“Faham gembira dengan keputusan hamil, tetapi janganlah sampai ambil alat tersebut, tunjuk, simpan dalam kotak atau lebih parah selitkan dalam pinggan makan.
Tahu tak ia sangat kotor sebab alat ujian itu sentuh air kencing, walaupun hanya celup sedikit dan cuci, masih kotor,” jelasnya.
Tambah Dr. Irma lagi, terdapat risiko percikan air kencing yang mungkin tidak dapat dilihat atau disedari ketika ujian dilakukan. Percikan ini berpotensi membawa bakteria dan kekal pada permukaan kit ujian kehamilan
walaupun selepas dibasuh.Situasi ini boleh menjadi lebih berisiko sekiranya kit ujian tersebut:
Menurut beliau, amalan menyimpan kit ujian kehamilan juga tidak dibenarkan di klinik atas faktor kebersihan dan keselamatan.
“Di klinik sekali pun, jika pesakit bawa kit ujian seperti itu, kami akan minta terus dibuang.
Tidak perlu disimpan walaupun sekadar untuk ditunjukkan, cukup ambil gambar atau lebih baik buat imbasan terus di klinik,” tegasnya.
Bagi pasangan yang ingin menyimpan kenangan indah kehamilan, doktor menyarankan agar cukup sekadar mengambil gambar kit ujian kehamilan tersebut. Gambar boleh dijadikan memori, dikongsi atau disimpan tanpa menjejaskan kebersihan dan keselamatan keluarga.
Selepas ujian dilakukan, kit ujian kehamilan disarankan untuk:
Tidak salah untuk meraikan berita kehamilan dengan cara kreatif dan penuh emosi. Namun sebagai ibu bapa, setiap trend perlu diteliti dengan bijak agar tidak menjejaskan kesihatan ibu, anak dan seluruh ahli keluarga.
Ingat, kehamilan adalah permulaan kepada satu amanah besar. Penjagaannya bermula sejak saat pertama berita gembira itu diketahui, termasuk dalam hal kebersihan yang sering dianggap remeh tetapi memberi kesan besar.