Kolam renang buat sendiri guna ‘poly round water tank,’ anak-anak mesti suka. Mandi di kolam renang memang menjadi kegemaran anak-anak. Kalau boleh, setiap hari hendak ‘berendam.’
Orang lain ada kolam renang di rumah, anak-anak kita pun teringin. Hendak upah orang buat kolam renang, memang tak mampu. Kos bukan sikit-sikit.
Sebenarnya ada cara yang lebih murah untuk anda merealisasikan impian untuk memiliki kolam renang sendiri. Hasilnya pasti mengkagumkan!
Berikut DIY cara-cara membuat kolam renang. Semoga bermanfaat.
Ads
Ads
Ads
Anak-anak mesti suka! Sesuai juga dijadikan kolam ikan. Betul-betul kreatif!
Tak perlukan belanja yang lebih, adakalanya betul cara susunan dan pastikan untuk dapur nampak kemas sentiasa pastinya sudah cukup memuaskan hati kita di dapur.
Bekas-bekas plastik dan makanan biasanya selalu dibiarkan bersepah tanpa bekas tersusun. Bekas plastik cantik, asalkan disusun dengan begitu sudah buat dapur nampak cukup sempurna.
Idea dari Featherly.co ini nampak kemas. Biarpun cara susunannya ringkas tapi idea dan konsep jimat yang ditengahkan pastinya buat kita berpuas hati. Belanja tak banyak tapi dapur kemas dan puas hati.
Cara saya kemas dapur part 1. Sharing is caring. Dulu selalu penuh je rak sinki, banyak barang atas table top. Pastu pening tak tahu dah nak letak mana. Lepas slow-slow baru dapat beli rak dan susun barang-barang dapur.
Takdalah perfect sangat dapurnya. Banyak lagi rasanya benda nak kena buat. Harap perkongsian ni dapat bagi idea untuk susun barang dapur ya.
*Tuppperware, kicap & sos, saya simpan dalam bekas bawah table top.
Botol atas saya letak rempah-rempah spaghetti, cereal, kiub ayam, garam gula & dan lain-lain lah.
Kotak putih tu saya letak biskut snack, barang-barang utensil anak pinggan mangkuk botol cawan syringe dll , botol & jag air plastik, blender, tisu etc dan susun ikut kategori.
Barang plastik blender lepas kering atas rak sinki letak dalam kotak putih tu.
Antara ruang makan dengan dapur buat partition. Memang pakai karpet kat dapur. Dulu tak pakai karpet memang selalu je berminyak lantai ruang makan, ruang tamu. Satu rumahlah berminyak memang selalu sangat kena mop.
Selepas barang atas rak sinki tu kering. Rak ni lah saya susun senduk-senduk, peralatan memasak.
Tepi dia sudu garfu. Rak gelas minum hari-hari. Pinggan mangkuk guna hari-hari pun susun atas rak ni. Mangkuk untuk masak, tudung saji. Periuk-periuk pun susun atas tu.
Bahagian sinki. Saya beli tempat sidai tu tak adalah kain tu merata kat dapur. Dan bila kering takdalah lembap & cepat busuk kain.
Simpan penyapu mop tepi peti je buat masa ni.
Makcik bawang. Buat masa ni bawang letak dalam bekas plastik lagi. Teringin jugak nak letak dalam rak bawang cantik. Tapi nanti dulu lah!
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menurut Astro Awani, sepuluh kes baharu COVID-19 dilapor setakat 12 tengah hari Sabtu, menjadikan jumlah kumulatif positif COVID-19 di negara ini sebanyak 93 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata kesemua kes ini telah dikesan dan diasingkan untuk rawatan lanjut.
Menurut perkongsian daripada Dr. Ahmad Luqman Bukhari di laman Facebooknya, dia berkongsi website yang dikendalikan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memeriksa tahap risiko terkena jangkitan COVID-19.
Bagusnya tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam nak kurangkan kerisauan tentang #COVID-19 ni. Mereka siap sediakan website khas untuk kita periksa tahap risiko untuk terkena jangkitan.
Sebarkan ya supaya lebih ramai yang akan dapat info ni.
Platfom ini disediakan bagi Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama DoctorOnCall untuk menyebarkan informasi yang berkaitan dengan Novel Coronavirus (COVID-19) dan membolehkan doktor KKM untuk memberikan nasihat tele-kesihatan kepada pesakit berkenaan Novel Coronavirus (COVID-19).
Admin dah cuba dan ini keputusanya;
Langkah terakhir selepas menjawab beberapa soalan daripada website ini, masukkan email
Dan ini keputasanya
Bagi anda yang baru pulang dari negara berisiko atau ada berhubung dengan kumpulan yang berisiko penghidap COVID-19, segera dapatkan pemeriksaan di hospital sebagai langkah pencegahan awal.
Aksesori pam susu sebenarnya ada tempoh hayatnya sendiri. Mungkin ramai yang terlepas pandang tentang perkara ini kerana tanggapan kita terhadap pam susu adalah gajet penyusuan yang selagi fizikalnya elok, selagi itulah kita akan pakai.
Kaunselor Laktasi, Nad Masrom berkongsi tentang tempoh hayat plastik dan aksesori pam susu yang perlu kita semua ketahui dan ‘take note’ supaya tidak memberikan kesan buruk kepada bayi. Ikuti perkongsian ini.
TEMPOH HAYAT PLASTIK
Tahu tak ibu-ibu, botol susu dan corong pam yang digunakan ada tempoh hayatnya. Tak boleh guna bertahun-tahun lamanya walaupun fizikal nampak elok sahaja.
Kebanyakan corong pam dan bekas simpanan susu diperbuat dari polimer jenis polypropylene (PP). Perlu patuhi tempoh hayat dan ditukar ikut waktu demi keselamatan bayi. Jika tidak, bahan kimia plastik akan larut dalam susu.
Melainkan jenis termosplastik yang berkualiti dan tahan haba serta UV yang lebih lama seperti tritan, PPSU, PES. Itu pun biasanya dalam tempoh setahun sahaja.
Jika calar, perlu ditukar serta-merta. Kawasan calar boleh menggalakkan pembiakan bakteria dan lebih mudah bahan plastik terurai dan larut dalam susu.
Kalau jumpa botol atau corong yang bersentuhan dengan susu tapi bila guna steam sterilizer terus melebur, hati-hati. Bahan plastik yang digunakan mungkin tidak selamat untuk bayi kita.
Jika nak menyahkuman, perlu ketahui jenis yang kita nak guna adakah bersesuaian dengan jenis botol atau corong plastik yang kita ada.
Jika menggunakan bekas jenis PP, lebih baik gunakan steam sterilizer. Jika nak gunakan UV sterilizer, jenis PP ni mudah longgar ikatannya selepas 6 hari terdedah dengan cahaya UV. Dan tempoh hayat akan jadi lebih pendek berbanding steam sterilizer.
Jika gunakan UV sterilizer, boleh gunakan bekas plastik yang berkualiti seperti tritan, PPSU atau PES. Kebanyakan jenis plastik ini adalah tahan kepada haba, impak dan UV.
Sebab itu, jika ibu ada peluang menyusukan bayi secara terus, manfaatkan sebaiknya peluang ini. Tak perlu risau terdedah dengan bahaya plastik ini.
Tapi sebagai ibu bekerja (seperti saya), gunakanlah secara berhemah dan tahu tentang tempoh hayat plastik. Walaupun BPA free, ia tidaklah 100% selamat.
Masih lagi ada bahan pengeras lain yang digunakan untuk menggantikan BPA yang dibimbangi kesannya kepada kesihatan anak (antaranya kanser).
Sama-sama kita cakna dan sebarkan tentang ilmu ini kepada ibu-ibu yang tidak tahu.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...