Tak perlukan belanja yang lebih, adakalanya betul cara susunan dan pastikan untuk dapur nampak kemas sentiasa pastinya sudah cukup memuaskan hati kita di dapur.
Bekas-bekas plastik dan makanan biasanya selalu dibiarkan bersepah tanpa bekas tersusun. Bekas plastik cantik, asalkan disusun dengan begitu sudah buat dapur nampak cukup sempurna.
Idea dari Featherly.co ini nampak kemas. Biarpun cara susunannya ringkas tapi idea dan konsep jimat yang ditengahkan pastinya buat kita berpuas hati. Belanja tak banyak tapi dapur kemas dan puas hati.
Cara saya kemas dapur part 1. Sharing is caring. Dulu selalu penuh je rak sinki, banyak barang atas table top. Pastu pening tak tahu dah nak letak mana. Lepas slow-slow baru dapat beli rak dan susun barang-barang dapur.
Takdalah perfect sangat dapurnya. Banyak lagi rasanya benda nak kena buat. Harap perkongsian ni dapat bagi idea untuk susun barang dapur ya.
*Tuppperware, kicap & sos, saya simpan dalam bekas bawah table top.
Botol atas saya letak rempah-rempah spaghetti, cereal, kiub ayam, garam gula & dan lain-lain lah.
Kotak putih tu saya letak biskut snack, barang-barang utensil anak pinggan mangkuk botol cawan syringe dll , botol & jag air plastik, blender, tisu etc dan susun ikut kategori.
Ads
Barang plastik blender lepas kering atas rak sinki letak dalam kotak putih tu.
Antara ruang makan dengan dapur buat partition. Memang pakai karpet kat dapur. Dulu tak pakai karpet memang selalu je berminyak lantai ruang makan, ruang tamu. Satu rumahlah berminyak memang selalu sangat kena mop.
Selepas barang atas rak sinki tu kering. Rak ni lah saya susun senduk-senduk, peralatan memasak.
Ads
Tepi dia sudu garfu. Rak gelas minum hari-hari. Pinggan mangkuk guna hari-hari pun susun atas rak ni. Mangkuk untuk masak, tudung saji. Periuk-periuk pun susun atas tu.
Bahagian sinki. Saya beli tempat sidai tu tak adalah kain tu merata kat dapur. Dan bila kering takdalah lembap & cepat busuk kain.
Simpan penyapu mop tepi peti je buat masa ni.
Ads
Makcik bawang. Buat masa ni bawang letak dalam bekas plastik lagi. Teringin jugak nak letak dalam rak bawang cantik. Tapi nanti dulu lah!
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Membesarkan anak lelaki perlu buatkan ibu ayah kena bersabar sikit. Maklumlah orang kata anak lelaki dia lebih suka explore sesuatu perkara. Kadang benda yang kita tak terfikir pun dia boleh buat.
Namun tak kurangnya juga jika ada anak perempuan. Cuma bila dengan anak lelaki menjadikan ibu ayah kena lebih bagi tumpuan sikit. Apa sekalipun, amanah Allah ini sepatutnya kita hargai dan sayang sama rata.
Jika elok cara didikan sejak kecil, anak-anak inilah yang akan menjadi bekalan kita di sana nanti. Bagi memberi penjelasan lanjut mengenai apa sepatutnya ibu ayah ketahui jika ada anak lelaki, Dr Redza Zainol ada perkongsiannya.
Perkara yang kita patut tahu tentang anak lelaki
1. Otak anak lelaki cenderung untuk melakukan sesuatu (action-oriented). Kalau ada masalah, mereka suka untuk cuba selesaikan.
2. Untuk memahami dan berkongsi perasaan sendiri dengan orang lain adalah tak mudah untuk anak lelaki. Jadi hargailah bila anak lelaki berkongsi rasa dengan kalian.
3. Kita kena sayang anak lelaki sebanyak mana kita sayang pada anak perempuan. Hanya kerana mereka lelaki, tak bermakna mereka tak perlukan kasih sayang yang banyak.
4. Didik anak lelaki untuk dia urus konflik dengan tutur kata yang halus dan beradab. Bukan dengan serangan perkataan yang kasar, mengugut atau menggunakan kekerasan.
5. Anak lelaki perlu diberi masa dan ruang untuk berlari, memanjat, melompat dan melakukan aktiviti fizikal lain.
6. Anak lelaki perlu diberi perhatian untuk mengasah kemahiran otot halus (fine motor) seperti menggunting, bermain playdough, memegang pensel dan melukis.
7. Anak lelaki suka jika mak ayah bacakan mereka buku cerita terutama dari usia 1 – 8 tahun. Mereka suka bila kita terangkan proses yang berlaku di sekeliling mereka.
8. Anak lelaki kadang-kadang buat keputusan terburu-buru. Kongsikan dengan mereka pilihan yang ada serta cara mengurus cabaran dalam hidup. Berani menghadapi ujian dan bukan lari dari masalah.
Saya juga berkongsi ilmu keibubapaan dan kesihatan kanak kanak dengan 137,000 sahabat di 👉🏻 https://t.me/NotaRedzaZainol
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cadar dan tuala putih memang cantik, nampak cerah dan bersih apabila dibentang di atas katil. Begitu juga dengan tuala putih. Masalah cadar putih dan tuala putih apabila dicuci, selalunya ada kesan karat yang datangnya dari kotoran melalui air paip. Boleh juga diaplikasikan untuk lampin kain yang terkena kesan karat.
Bagi mengatasi masalah ini, boleh cuba kaedah jimat dengan menggunakan tuala tangan yang kecil. Caranya ialah dengan memasukkannya ke dalam tempat letak sabun. Sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkn karat ‘terjun’ terus pada kain cucian.
Cara ini berkesan. Tiada lagi kotoran yang melekat pada kain-kain yang dicuci. Sekali-sekala boleh gunakan nila agar kain-kain yang dicuci nampak berseri-seri.
Bancuh sedikit nila di dalam baldi dahulu sebelum dicurah masuk bercampur air yang ada dalam mesin basuh. Nila boleh cair atau pekat. Ikut suka anda.
Nila jadi cair begini tapi airnya tetap kebiru-biruan.
Beginilah cucian yang terhasil. Nampak bersih dan ‘sejuk’ mata memandang. Cubalah!
Satu tip penting yang perlu diingat ialah apabila menggunakan nila, jangan letak pelembut kain sekali. Ia akan menyebabkan nila jadi bertompok-tompok dan jadi tidak sekata pada kain cucian.
Kebanyakan wanita zaman sekarang cenderung memilih untuk bekerja dan mempunyai kerjaya sendiri. Ia adalah perkara yang bagus dalam usaha memperkasakan wanita dan mengukuhkan lagi kesamarataan gender. Namun, ia mungkin mendatangkan stres buat individu yang bergelar suami. Ingin tahu lebih lanjut? Jom baca artikel ini!
Kajian terbaharu di Amerika
Menurut kajian baru-baru ini yang dijalankan terhadap 6,000 pasangan suami isteri di Amerika oleh University of Bath, UK, suami didapati akan mengalami stres apabila gaji isteri besar dan mampu menampung perbelanjaan keperluan rumah sebanyak 40%.
Kajian yang dijalankan selama lebih 15 tahun ini menunjukkan pola yang menarik. Suami akan stres jika isteri tidak bekerja dan hanya menjadi suri rumah. Jika isteri bekerja dan gaji mereka hampir mencecah 40% perbelanjaan isi rumah pula, stres suami akan berkurangan.
Namun, stres suami akan kembali meningkat jika gaji isteri mula melebihi 40% perbelanjaan isi rumah. Menurut Dr Joanna Syrda yang merupakan seorang pakar ekonomi, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tekanan yang dialami oleh suami berkaitan gaji isteri yang besar adalah berbahaya kepada kesihatan mereka!
Impak kesihatan yang mungkin dialami oleh kaum Adam akibat daripada situasi ini adalah masalah kesihatan pada aspek fizikal, mental dan sosial mereka. Dr Syrda menegaskan bahawa isu gaji isteri yang besar mungkin akan membuat lelaki berasa rendah diri, sekali gus mencipta jurang yang agak luas dalam perhubungan mereka.
Dalam erti kata yang lain, suami akan berasa seperti diri tidak berguna dan stres kerana terpaksa bergantung kepada isteri untuk menanggung perbelanjaan isi rumah yang semakin mahal zaman sekarang.
Trend kini yang tidak sama seperti dulu
Zaman sekarang, kebanyakan wanita bekerja dan mempunyai kerjaya sendiri untuk membantu suami menjana pendapatan. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Pew Research Centre pada tahun 1980 di Amerika, 13% daripada isteri yang bekerja mempunyai gaji yang lebih besar dari suami. Menjelang tahun 2017 pula, statistik tadi semakin meningkat dan dijangka akan terus menaik menuju tahun-tahun yang berikutnya.
Dr Sydra menyatakan bahawa dia dan rakan-rakan pengkajinya amat berminat untuk melihat bagaimana trend ini memberi kesan kepada perhubungan suami isteri.
“Gaji isteri yang lebih besar dari suami akan menyebabkan satu trend yang dikenali sebagai ‘gender role reversals’. Trend ini sebenarnya agak berbahaya kepada kaum lelaki kerana ia mungkin menjejaskan kesihatan mereka dari aspek fizikal, mental, sosial dan lebih menakutkan, mengakibatkan penceraian”, kata beliau lagi.
stres
Jadi, apa perlu buat untuk elak suami stres?
Tujuan artikel ini ditulis bukan untuk merendahkan para suami sebagai ketua keluarga. Namun situasi ini adalah realiti dunia yang berlaku pada hari ini. Jika isteri anda mempunyai gaji yang besar dan mampu menanggung separuh atau lebih daripada perbelanjaan isi rumah anda, jangan stres. Ini apa yang perlu dilakukan oleh kedua pasangan.
#1. Jangan terlalu merendah atau meninggi diri
Perkara ini adalah norma yang agak normal pada zaman sekarang. Sebagai suami, jangan terlalu merendah diri. Jika gaji anda lebih kecil dan tidak mampu menanggung sepenuhnya keperluan isi rumah, jangan sesekali anda berasa stres. Sebaliknya, tolong hargai usaha dan pengorbanan isteri dalam membantu menjana pendapatan isi rumah anda.
Meskipun situasi seperti ini dianggap sebagai satu kebiasaan kini, adat dan agama masih perlu dititikberatkan. Sebagai isteri, jangan sesekali meninggi diri jika gaji anda lebih besar dari suami kerana mereka tetap ketua dalam keluarga yang perlu dipatuhi dan dihormati. Kerjasama memang diperlukan dalam rumah tangga, bukan?
Pun begitu, jangan pula suami berasa terlalu selesa, ya? Tanggung jawab memimpin dan menanggung keperluan keluarga ada berada di bahu anda!
#2. Elak pertelingkahan berkenaan kewangan di hadapan individu lain
Ini adalah perkara yang sangat perlu pasangan suami isteri elakkan terutamanya di hadapan anak-anak dan juga individu luar!
Ya, memang perselisihan faham biasa terjadi dalam rumah tangga. Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri. Namun, ia perlu dielakkan di hadapan individu lain lebih-lebih lagi jika ia melibatkan hal kewangan.
Ini kerana semasa bertengkar, kita mungkin tidak dapat mengawal perkataan kita ekoran perasan marah yang sedang membuak-buak. Jadi, kemungkinan untuk pasangan mengungkit tentang gaji masing-masing juga ada.
Oleh itu, cuba kawal perasaan marah anda dan jangan sesekali bertengkar berkenaan kewangan di hadapan orang lain, ya?
#3. Wujudkan simpanan kewangan bersama
Apa maksudnya? Anda dan pasangan sebenarnya boleh membuat simpanan bersama-sama di dalam satu tabung. Anda mungkin boleh mewujudkan satu akaun bank khas untuk simpanan masa hadapan. Kemudian, setiap bulan suami dan isteri perlu menyimpan sejumlah wang yang sama amaunnya di dalam akaun tersebut. Bekukan, kemudian gunakan pada hari senja kelak.
Dengan usaha ini, mungkin tiada lagi istilah mengungkit atau bergaduh sesama pasangan mengenai gaji masing-masing lagi.
#4. Tetapkan peruntukan yang berbeza
Sebagai contoh, suami mungkin boleh membelanjakan gajinya untuk hal keperluan rumah seperti membayar bil, ansuran kereta dan rumah serta perbelanjaan dapur. Manakala gaji isteri mungkin boleh digunakan untuk kegunaan kecemasan serta shopping! Sudah lumrah wanita gemar membeli-belah, bukan?
Cuma sebagai suami, anda perlu ingat duit anda adalah duit isteri juga manakala duit isteri adalah duit isteri sahaja. Jadi, jangan terlalu bergantung pada isteri. ya?
#5. Saling membantu antara satu sama lain
Pernah dengar lagu tema Wonderpets? Apa yang penting, kerjasama! Ya, begitulah juga dalam kehidupan suami isteri. Jika suami di dalam kesulitan dari segi kewangan, isteri boleh membantu dan begitulah sebaliknya. Jangan pula anda berasa s dan usah pula anda berasa pasangan anda itu menyusahkan.
Kehidupan suami isteri perlulah erat dan jitu. Sebagaimana aur dan tebing, kedua-duanya saling memerlukan dan melengkapi satu sama lain.
Konklusi
Kesimpulannya, gaji isteri yang besar tidak sepatutnya mendatangkan stres kepada suami. Apatah lagi membuat suami stres. Ia sepatutnya menjadi satu motivasi buat para suami untuk bekerja dan berjaya lebih lagi dalam kerjaya mereka.
Sebenarnya, ia juga adalah satu kelebihan untuk suami. Sekiranya anda berada dalam kesulitan, maka sentiasa ingat yang isteri anda selalu ada untuk membantu anda. Namun, jangan sesekali bergantung sepenuhnya kepada mereka pula ya!
Suami adalah nakhoda kapal layar yang sedang menuju ke pulau kebahagiaan. Pastikan anda sebagai suami mengawal navigasi kapal itu supaya tetap kekal di landasannya. Sebagai isteri pula, sentiasa sokong suami anda dari belakang. Dengan ini, nescaya perhubungan anda berdua boleh kekal sehingga ke jannah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Waktu terbaik anak belajar berbeza mengikut jam biologi dan usia. Ketahui bagaimana ibu ayah boleh mengenal pasti masa paling sesuai untuk membantu anak belajar dengan lebih fokus dan berkesan.