Koma Selepas Bersalin, Sampai Saat Ini Anak Belum Dapat Rasa Pelukan Dan Susu Ibu

Share

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Akibat komplikasi semasa bersalin, seorang ibu dilaporkan koma dan sehingga kini masih belum sedar. Beliau yang selamat melahirkan bayi lelaki November lalu sehingga ke hari ini sudah 54 hari berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Di Facebook Hasirah Nujiey yang juga kakak kepada Nor Fadilla berkongsi perkembangan terkini dan meluahkan rasa sedih dengan takdir yang menimpa adiknya.

Menurutnya, adiknya mengalami komplikasi apabila jantungnya tiba-tiba berhenti ketika pembedahan untuk melahirkan anak sulung.Doktor juga menyatakan fungsi otak adik terganggu dan disebabkan itulah dia koma.

Sebulan selepas komplikasi itu juga, adik ada membuka mata namun keadaannya masih sama kerana sel-sel otak masih tak berfungsi.

Muhammad Syahmi pada hari ke-10 kelahiran

Berikut coretan keadaan adiknya sebelum berjuang melahirkan anak hinggalah terlantar di katil hospital tanpa sebarang tindak balas.

CORETAN KEADAAN MOKLAA..

22.10.2018 genap setahun perkahwinan mokla…

08.11.2018 tarikh due moklaaa… namun tiada tanda baby nak keluar menyebabkan moklaa over due.

14.11.2018 mokla dengan rela hati menyerahkan diri ke HRPZ II… Dengan azam akan membawa pulang seorang zuriat bersama. Suami sentiasa di sisi waktu ini.

15.11.2018 mokla dipaksa bersalin dengan kaedah INDUCE. Sakit yang teramat namun rela kerana anak yang dikandung.

16.11.2018 INDUCE kali kedua ke atas moklaa namun result tetap sama 2cm.

17.11.2018 INDUCE kali ketiga ke atas moklaa. Result tetap sama 2cm

18.11.2018 mokla ditolak ke bilik OT untuk ceaser dan lahirlah seorang bayi lelaki seberat 3.7kg.

Namun suami mendapat dua berita dari doktor. Satu baik dan satu buruk.
Pilihan si suami.. baik dahulu.. baby selamat.. buruk pula.. isteri koma dan akan dipindah kan ke unit rawatan rapi (ICU)

Ketika itu Hanya Allah yang tahu perasaan seorang suami…

Nor Fadilla semasa mengandungkan Muhammad Syahmi

18.11.2018 juga tarikh keramat buat keluarga dan suami mokla. Doktor mengesahkan Moklaa koma kerana komplikasi waktu pembedahan bersalin.

Dikala itu sepatutnya mokla mendapat ucapan TAHNIAH dari teman, saudara mara dan kaum keluarga. Namun sebaliknya hanya DOA minta kesembuhan yang diterima. ALLAHU…

Disaat ini mokla dan suami sepatutnya meraikan kehadiran tanda cinta mereka.. Namun sebaliknya ujian yang amat berat diterima. Sekarang umur baby dah hampir dua bulan dan keadaan Moklaa masih tiada tindak balas dan di tempatkan di wad ICU. Suami setia menunggu di sisi isteri tercinta.

Gambar perkahwinan Nor Fadilla

Besarnya pengorbanan seorang isteri untuk lahirkan zuriat dan pengorbanan seorang ibu untuk keselamatan anaknya. Allahuakbar.

Sumber: Hasirah Nujiey

IKLAN