Indahnya meniti hari menanti kehadiran si kecil, pelakon dan pengacara cantik, Cik Puan Juliana Evans berkongsi momen indah sebelum kelahiran anak pertamanya.
Juliana telah mendirikan rumah tangga dengan Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj pada April 2017 yang kini sedang hamil 8 bulan turut diraikan dalam majlis baby shower.
Melalui Instagram beberapa foto majlis berkenaan dimuat naik. Meriah dan ceria, foto dan video majlis baby shower yang turut diraikan oleh ahli keluarga dan kenalan rapat dikongsikan Juliana.
Tatarias dan pakaian yang digayakan oleh Juliana mendapat perhatian para peminat. Kebanyakannya memuji wajah Juliana yang kelihatan semakin berseri selain pemilihan busana yang cantik menyerlahkan penampilannya sebagai ibu hamil.
Hamil ataupun tidak? Semua orang tahu tanda-tanda awal kehamilan lazim seperti tidak datang haid, mual-mual dan muntah ataupun pitam. Pun begitu, tidak ramai yang sedar akan tanda-tanda awal lain yang menunjukkan anda sedang berbadan dua. Ada antara simptom-simptom kehamilan ini kedengaran pelik untuk anda.
Lelehan faraj lebih pekat
Ya, anda mungkin mengalami masalah lelehan faraj pada satu-satu tempoh setiap bulan. Namun, kebanyakan wanita hamil akan mengalami lelehan faraj yang lebih pekat berbanding hari biasa di mana cecair yang keluar adalah berwarna putih melekit atau kuning pucat. Gejala ini biasa dialami semasa berada dalam trimester pertama disebabkan peningkatan hormon dan aliran darah pada vagina. Awas! Anda mungkin mengalami jangkitan jika mengalami simptom di bawah:
Maka, segera berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan lanjut.
2 Kerap terkencing
Jika anda sering berulang-alik ke tandas kerana ingin terkencing, ini mungkin berita baik untuk anda. Boleh jadi anda sedang hamil kerana rahim yang sedang membesar menekan-nekan pundi kencing anda. Rajin-rajinlah untuk melakukan senama kegel bagi menguatkan otot pelvis.
3 Kembung perut
Sesetengah wanita hamil akan mengalami gejala ketidakselesaan pada bahagian perut seperti perut kembung dan berangin, sehingga membuatkan anda akan kerap sendawa atau terkentut. Sama keadaannya seperti semasa anda mengalami premenstrual syndrome atau PMS. Ini berikutan regangan rahim yang berlebihan semasa hamil bagi menampung bayi yang bakal lahir. Bagi mengurangkan jumlah gas pada badan anda sekali gus merawat masalah kembung perut, amalkan pengambilan makanan seperti brokoli, kubis bunga dan jagung.
4 Tak sedap badan
Rasa letih, lesu dan nak demam? Ini mungkin antara simptom awal kehamilan anda. Ibu hamil akan mengalami gejala seperti hendak demam dan kurang bertenaga disebabkan tahap hormon anda sedang meningkat ketika ini. Ada kalanya anda akan rasa letih tanpa sebarang sebab munasabah. Jadi, banyakkanlah berehat supaya badan anda kekal segar. Pastikan juga anda minum air secukupya dan mendapatkan makanan seimbang untuk membina tenaga.
5 Period?
Jika anda mengalami pendarahan ringan atau bintik darah muncul pada hari sepatutnya anda haid, ini juga mungkin tanda anda hamil. Tahukah anda, kira-kira 25 hingga 40 peratus wanita hamil mengalami spotting atau pendarahan ringan pada awal kehamilan mereka? Namun, ini bukanlah bermaksud bahawa anda sedang haid.
Pendarahan ringan berlaku kerana telur yang telah disenyawakan menempel pada lapisan rahim. Ia dinamakan pendarahan implantasi, dan lazimnya berlaku kira-kira dua minggu selepas konsepsi.
6 Kuat sentap
Anda yang dulunya hati kering, kini sudah menjadi begitu sensitif. Ada kalanya anda merajuk dan berkecil hati hanya disebabkan hal kecil sahaja. Hah! Ini mungkin tanda anda sedang berbadan dua. Hormon kehamilan yang ada dalam badan anda membuatkan anda mengalami mood swings.
7 Air liur lebih banyak
Perubahan hormon semasa hamil menyebabkan sesetengah wanita hamil mengeluarkan lebihan saliva (air liur) tiga atau empat kuarts setiap hari. Bagi mengurangkan ketidakselesaan ini, anda boleh mencuba minum jus lemon.
Sesetengah simptom yang disenaraikan di atas mungkin akan menyebabkan anda tertekan. Kami sarankan supaya anda menikimati alam kehamilan anda kerana siapa tahu selepas bersalin nanti anda akan rindukan salah satu daripada simptom-simptom tersebut. Good luck, Mama!
Kelahiran cahaya mata adalah detik paling membahagiakan buat seorang wanita. Namun di sebalik kegembiraan itu, ibu tetap berdepan dengan risiko kesihatan serius sekiranya tidak diberikan pemantauan yang rapi. Salah satu komplikasi paling berbahaya selepas bersalin ialah masalah darah beku.
Darah beku selepas bersalin atau pulmonary embolism (PE) berlaku apabila salur darah di paru-paru tersumbat akibat ketulan darah. Keadaan ini boleh berlaku secara tiba-tiba dan mengancam nyawa sekiranya tidak dikesan serta dirawat segera.
Beberapa faktor meningkatkan risiko seorang ibu mengalami PE selepas bersalin, antaranya:
Sejarah keluarga yang pernah mengalami darah beku, vena varikos atau trombosis vena dalam (DVT).
Berat badan berlebihan, khususnya dengan BMI melebihi 30, dan lebih berisiko jika mencecah 40 ke atas.
Kehamilan kembar atau kelahiran secara pembedahan caesarean.
Masalah kesihatan seperti praeklampsia, diabetes atau jangkitan selepas bersalin.
Sindrom iritasi usus yang boleh mencetuskan pembentukan darah beku.
Jika anda mempunyai salah satu faktor ini, sebaiknya lakukan pemeriksaan dengan pakar obstetrik supaya rawatan pencegahan dapat diberikan lebih awal.
Mengesan PE bukanlah mudah kerana simptomnya sering menyerupai tanda biasa kehamilan. Namun ibu perlu lebih peka jika mengalami:
Sesak nafas secara tiba-tiba
Sakit dada yang berpanjangan
Bengkak pada kaki
Doktor biasanya akan menilai sejarah perubatan, melakukan ujian darah, imbasan CT, MRI atau ultrasound bagi mengesahkan kehadiran darah beku.
Langkah pencegahan boleh dimulakan sejak hamil dan diteruskan selepas bersalin:
Pilih untuk melahirkan di hospital atau pusat bersalin bertauliah supaya rawatan kecemasan dapat diberikan segera.
Kekal aktif dengan senaman ringan dan berjalan kaki untuk melancarkan peredaran darah.
Selepas bersalin, cuba bangun dan bergerak dari katil seawal mungkin. Bagi ibu yang menjalani pembedahan caesarean, berjalan segera selepas dibenarkan doktor sangat membantu mencegah darah beku.
Gunakan stoking mampatan atau alat sequential compression (SCD) untuk memperbaiki aliran darah.
Ambil ubat pencair darah seperti heparin jika disarankan oleh doktor.
Minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi.
Langkah pencegahan sebaiknya bermula sebelum kehamilan lagi. Wanita disarankan untuk mengamalkan gaya hidup sihat seperti pemakanan seimbang, rutin senaman berkala serta mengekalkan berat badan ideal.
Kesimpulannya, darah beku selepas bersalin adalah komplikasi berbahaya tetapi boleh dicegah dengan langkah pencegahan yang betul.
Ibu hamil perlu sentiasa peka dengan perubahan tubuh, menjaga kesihatan dan segera berjumpa doktor jika mengalami tanda-tanda mencurigakan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mungkin ramai yang mengalami haid tidak datang selepas bersalin dan berlanjutan beberapa bulan semasa menyusukan si kecil. Tapi tidak bermakna ibu tidak subur. Tetap boleh termengandung jika tidak menggunakan sebarang kaedah perancang keluarga.
Walaupun haid tidak kunjung tiba, tidak bermakna mama tidak boleh hamil, hati-hati ye mama! Ada kes yang menyusu dan tidak datang haid tiba-tiba beberapa bulan kemudian rasa ada tendangan janin dalam rahim.
Keadaan ini normal dan banyak berlaku di kalangan ibu yang menyusukan bayi. Ini kerana hormon prolaktin yang dirembeskan menambah lagi pengeluaran susu ibu.
Namun, hormon prolaktin ini juga akan membuat haid tidak teratur atau “tidak datang” sama sekali. Proses di mana penyusuan ibu menyebabkan haid tidak datang dinamakan sebagai lactational amenorrhoea.
TIADA HAID DALAM TEMPOH MENYUSU TIDAK BERMAKNA MAMA TIDAK SUBUR
Ramai ibu menyangka lactational amenorhoea bererti “tidak subur” dan ibu tidak akan hamil ketika menyusukan bayi.
Ini sama sekali kurang tepat. Perlu difahami apabila bayi yang disusukan berusia kosong hingga enam bulan, 90% daripada wanita yang menyusukan anak secara eksklusif tidak hamil.
Tetapi apabila bayi berusia lebih dari enam bulan, peratus ini akan menurun. Dianggarkan hanya 10% sahaja ibu yang menyusukan bayi yang berusia lebih dari 12 bulan tidak akan hamil (melainkan mereka menggunakan cara-cara merancang yang lain).
TIDAK MENYUSUKAN BAYI TAPI HAID TIDAK KUNJUNG TIBA, INI MUNGKIN SEBABNYA
Jika anda tidak menyusukan anak secara eksklusif dan masih juga tidak didatangi haid, anda bolehlah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan untuk mengetahui puncanya.
Berikut adalah 6 sebab-sebab mengapa seseorang wanita itu tidak didatangi haid.
#1: KEMUNGKINAN HAMIL
Sebab utama tidak datang haid ialah mengandung. Mungkin anda terkejut tetapi ramai wanita yang menyusukan anak sering bertanya bilakah haid akan datang, tiba-tiba mereka merasa tendangan janin di dalam rahim.
Oleh itu, bagi ibu yang tidak didatangi haid disarankan melakukan ujian “urine pregnancy test” bagi menentukan sama ada hamil atau tidak.
#2: PCOS
Kemungkinan yang kedua ialah masalah hormon. Terdapat pelbagai jenis hormon di dalam tubuh wanita yang mengganggu kitaran haid.
Antaranya masalah hormon tiroid, Polycystic Ovarian Syndrome dan hyperprolaktinemia. Doktor yang merawat akan melakukan ujian bagi mengenal pasti masalah ini.
#3: TIDAK BERLAKU OVULASI
Haid tidak datang juga boleh disebabkan oleh kilang ovari yang belum mengalami ovulasi. Selepas melahirkan bayi, haid hanya akan datang semula jika berlakunya ovulasi. Adalah sukar untuk menentukan bila ovulasi akan berlaku. Tetapi bagi mereka yang menyusukan bayi, proses ovulasi ini mungkin akan berlaku lebih lambat.
#4: STRES
Masalah stres dari segi mental dan fizikal boleh menyebabkan darah haid tidak muncul tiba. Kurang tidur juga merupakan sejenis “stres” dan ini juga mempengaruhi kitaran haid kita.
#5: BERAT BADAN DAN KETIDAKSEIMBANGAN HORMON
Selain itu, masalah berat badan juga boleh mempengaruhi kehadiran haid dalam hidup seseorang wanita. Kadang kala masalah berat badan dan ketidakseimbangan hormon juga sering berkait dan menyebabkan haid tidak datang.
Misalnya, pesakit hypothyroid akan mengalami pertambahan berat badan dan mengalami masalah haid. Oleh itu dapatkan rawatan doktor jika anda mengalami mana-mana gejala-gejala yang tertera seperti di atas.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.