Sejurus seorang bayi dilahirkan sehinggalah usia enam bulan, susu ibu adalah makanan terbaik untuk mereka. Bukan sahaja kaya nutrisi, susu ibu juga umpama ‘senjata’ untuk menguatkan sistem imunisasi tubuh anak. Sekiranya ibu mempunyai rezeki untuk menyusukan bayi anda, teruskan. Bukan sahaja si manja dapat khasiat terbaik, and apun boleh turunkan berat badan!
Di samping menjadi satu sumber pemakanan, susu ibu juga memainkan peranan yang penting dalam perkembangan bayi tersebut di masa hadapan. Penyusuan susu ibu membantu meningkatkan sistem imun bayi, IQ, dan tabiat makan yang sihat.
Walau bagaimanapun, terdapat banyak mitos yang mengelilingi amalan ini. Mari kita lihat 5 mitos penyusuan yang patut disangkal:
Susukan Anak, Payudara Jadi Tak Cantik!
Ramai wanita berfikir penyusuan akan membuatkan payudara mereka menjadi kurang menarik. Padahal penyusuan susu badan akan membantu menguatkan payudara anda dan mengelakkannya daripada jangkitan. Jika susu tersekat dalam saluran susu, ia akan memberi peluang kepada pembentukan bakteria dalam tisu payudara, menyebabkan keradangan.
Selain itu, penyusuan jangka masa panjang membantu mencegah kanser payudara dan masalah ovari. Anda juga akan mempunyai peluang untuk membina hubungan dengan bayi anda melalui penyusuan.
Satu kajian baru-baru ini telah menunjukkan bahawa penyusuan susu ibu yang berterusan dalam tempoh 3 tahun pertama akan membantu bayi mewujudkan tabiat makan yang baik di kemudian hari. Anak yang disusui ibunya akan mempunyai sistem imun dan penghadaman yang lebih baik berbanding yang diberikan susu melalui botol.
Penyusuan susu ibu yang dipam tidak setanding dengan susu ibu yang diberikan secara langsung. Kanak-kanak yang disusu botol mungkin mempunyai masalah untuk mengenal pasti apabila kenyang kerana isyarat penghadaman yang lemah. Jadi, mereka akan berterusan makan dan akhirnya mempunyai masalah dengan berat badan mereka.
Semua susu ibu ‘sejenis’
Susu seorang ibu akan sentiasa berbeza daripada susu ibu yang lain. Susu ibu sentiasa berubah bergantung kepada hari anak anda makan dan ia tidak akan sama walaupun selepas 8 jam suhu bilik. Fenomena ini berlaku kerana susu ibu sentiasa berubah bergantung kepada peringkat bayi.
Ads
Apabila bayi anda mula menyusu, susu ibu tersebut lebih banyak mengandungi laktosa dan protein. Pada akhir penyusuan, bayi anda meminum susu yang kebanyakannya terdiri daripada lemak dan kalori.
Susu ibu mempunyai formula unggul sendiri
Ramai orang mempunyai tanggapan salah bahawa susu ibu mempunyai formula unggul dan mempunyai kualiti yang sama daripada setiap ibu. Sedangkan nutrien yang terkandung dalam susu ibu bergantung kepada pemakanan si ibu.
Sebagai contoh, wanita hamil dan wanita menyusu yang kekurangan vitamin dan nutrien tidak dapat membekalkan susu ibu yang baik untuk anak mereka. Oleh itu, sangat penting untuk wanita hamil dan menyusu mengamalkan diet yang seimbang dan gaya hidup sihat.
Susu Beku Kurang Khasiat
Jika anda tidak pasti jika dapat memberikan anak anda makan dengan kerap, anda boleh menyediakan susu ibu yang dibekukan setelah dipam. Susu ibu boleh dibekukan dengan selamat dalam bekas sehingga 4 bulan jika di dalam penyejuk beku biasa, dan sehingga 6 bulan dalam penyejuk beku yang ditetapkan pada 0 darjah.
Menurut statistik global, kurang daripada 40% daripada bayi berusia bawah enam bulan mendapat penyusuan susu ibu. Namun begitu, kadar ini semakin meningkat secara beransur-ansur dengan kesedaran kebaikan penyusuan susu ibu bagi kesihatan ibu dan anak.
Semasa tempoh berpantang, ibu lepas bersalin kena amalkan makanan yang sihat dan berkhasiat. Halia antara makanan yang amat digalakkan kepada ibu berpantang kerana khasiatnya yang terkenal sebagai makanan herba membuang angin yang terbaik.
Halia bukan sahaja mampu menghilangkan masalah angin di kalangan ibu lepas bersalin tetapi juga boleh mempercepatkan proses menyembuhkan luka serta memanaskan badan. Tetapi perlu diingat, halia HANYA boleh dimakan oleh ibu berpantang selepas bayi bebas daripada masalah jaundis!
Semua sedia maklum ibu lepas bersalin kerap mengalami sejuk-sejuk badan, jadi memang elok amalkan makan halia sebab ia membantu memanas dan menyegarkan badan. Bukan sahaja elok untuk wanita lepas bersalin, halia juga boleh menjadi penyelamat kepada ibu hamil yang mengalami alahan. Masukkan hirisan halia di dalam air suam dan campur sedikit madu, ia mampu menghilangkan rasa loya dan muntah yang dialami pada trimester pertama kehamilan.
Orang tua-tua juga percaya pengambilan halia ketika berpantang membantu pengeluaran darah nifas lebih cepat. Antara khasiat halia yang lain termasuk membantu penghadaman makanan, menghilangkan masalah mulut berbau, merawat batuk dan selesema dan banyak lagi.
Rasa halia yang agak pedas dan berangin mungkin tidak berapa digemari oleh sesetengah wanita. Ada pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk mempelbagaikan cara makan halia. Selain ditambah dalam masakan, ia juga boleh dihiris halus dan ditambah dalam minuman, atau dimakan begitu sahaja dengan nasi panas.
Resipi serunding halia ciptaan Puan Naeilah Rejab ini sesuai dijadikan stok makanan tambah selera untuk ibu dalam berpantang. Ia juga sebenarnya boleh dimakan oleh semua orang walaupun bukan sedang berpantang. Baguslah boleh keluarkan angina dalam badan kan.
Projek membuat Serunding Halia Homemade sesuka hati reka. Inspired dari serunding halia Sarawak baru2 ni.
Ke arah healthy food dan healthy life.
Jom buang angin kuskus dalam badan.
Bahan2:
Halia diparut
Bawang putih dihiris nipis
Ikan bilis ditumbuk
Chilli flakes (optional)
*Goreng asing setiap bahan. Dan campurkan semua diakhirnya.
Bayi baru lahir memang penuh keajaiban. Walaupun tubuhnya kecil, setiap pergerakan dan reaksi ada makna tersendiri. Salah satu perkara penting yang dilakukan oleh doktor selepas bayi lahir ialah mengujinya dengan “refleks kejutan” — atau dalam istilah perubatan, dipanggil Moro Reflex.
Memetik dari laman Instagram @tv1indialive, para pengamal perubatan di India menggunakan teknik ‘kejutan’ untuk memeriksa respon serta refleks yang baharu lahir.
Refleks kejutan ialah tindak balas semula jadi bayi apabila terasa seperti terjatuh atau mendengar bunyi kuat. Bayi akan menggerakkan tangan dan kaki ke luar, kemudian menariknya semula ke arah badan — seolah-olah terkejut dan mencari perlindungan. Reaksi ini biasanya disertai dengan tangisan kecil, dan ia sangat normal!
Kenapa Doktor Uji Refleks Ini?
Refleks kejutan bukan saja comel dilihat, tetapi juga petanda penting perkembangan sistem saraf bayi. Ujian ini membantu doktor memastikan otak dan saraf tunjang bayi berfungsi dengan baik. Jika refleks ini tidak ada atau hanya berlaku sebelah badan sahaja, ia boleh menjadi isyarat awal ada sesuatu yang perlu diperiksa dengan lebih lanjut.
Refleks-refleks ini bukan sahaja membantu bayi bertahan dalam dunia luar, malah menjadi asas kepada perkembangan motorik mereka seperti menggenggam, menyusu, dan akhirnya berjalan. Jika ada refleks yang tidak muncul atau masih berterusan selepas usia tertentu, ibu bapa dinasihatkan untuk berbincang dengan pakar kanak-kanak bagi memastikan perkembangan bayi berada di landasan yang betul.
Bila Refleks Ini Hilang?
Biasanya, refleks kejutan ini akan hilang secara semula jadi selepas bayi berusia antara 3 hingga 6 bulan. Jika masih ada selepas usia itu, doktor akan pantau dengan lebih dekat kerana ia boleh menandakan kelewatan perkembangan.
Pa&Ma telah menemubual Dr Nisa Khalil (pakar kanak-kanak) dari Parkcity Medical Centre secara eksklusif berkenaan hal ini.
Sebagai pediatirician kita check refleks ni masa newborn
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ruam lampin merupakan masalah biasa yang sering dialami oleh bayi. Perkara ini sering dan normal terjadi bagi bayi yang berumur 12 bulan ke bawah. Ruam lampin berlaku apabila kulit menjadi radang dan kemerahan di kawasan lampin, termasuklah paha, punggung dan bahagian kemaluan.
Ruam lampin boleh dirawat di rumah sahaja, dan boleh sembuh dengan cepat jika dirawat dengan betul dan baik.
Ruam lampin sering terjadi kerana kerengsaan. Pendedahan terhadap air kencing dan najis untuk tempoh yang lama boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit sensitif bayi terutamanya jika bayi menggunakan lampin yang kurang penyerapan.
Lampin yang terlalu ketat juga boleh menyebabkan rengsa akibat bergeser dengan kulit bayi. Lapisan permukaan lampin yang kasar juga boleh menyebabkan geseran dan menyebabkan ruam.
Menurut Dr Samhan, 1/3 bayi akan mengalami ruam lampin. Ibu bapa pasti akan berasa sayu dengan apa yang dihadapi bayi mereka. Terdapat beberapa tip yang boleh dilakukan untuk elakkan bayi daripada terkena ruam lampin. Mari lihat video perkongsian mengenai tip elakkan ruam lampin.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.