Situasi semacam ini selalu berlaku pada kita. Konon nak simpan duit raya anak supaya jadi banyak dahulu dan kemudiannya baru nak menyimpan di bank, sudahnya duit raya anak hilang tanpa dikesan. Malah tak perasan letak di mana.
Paling dikesalkan, adakalanya kita terpaksa pakai duit raya anak untuk kegunaan kita. Konon nak pinjam sekejap, sudahnya lupa hendak pulangkan semula. Hal yang semacam inilah tidak patut berlaku pada kita.
Mengumpul duit raya anak agar menjadi lebih banyak dan menyimpannya sendiri adalah keputusan yang kurang bijak dan tidak patut diambil oleh ibu bapa. Selain bimbang terguna, ada waktunya kita sendiri terlupa di mana kita simpan wang tersebut. Hal semacam inilah yang patut kita elakkan.
Menurut Perunding Kewangan Bertauliah, Pn Kay Bee, menyimpan duit raya anak perlulah dirancang dengan bijak dan cermat. Adalah lebih baik, ibu bapa melaburkan duit anak itu untuk kegunaan mereka di masa hadapan.
Simpan Cara Bijak!
Salah satu cara paling mudah untuk menyimpan dan dalam masa yang sama menggandakan tabungan anak kecil kita adalah dengan membuat pelaburan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB). Ibu bapa boleh membuka Akaun Bijak untuk anak-anak seawal usia bayi lagi.
ASB bukan sekadar simpanan biasa bahkan ianya merupakan suatu pelaburan yang memberikan pulangan agihan pendapatan tahunan. Duit simpanan anak -anak akan berkembang dengan kuasa kompaun jika disimpan dalam tempoh masa yang panjang.
Ads
Jika pelaburan dibuat di awal usia anak-anak, ibu bapa mempunyai masa yang lebih panjang untuk mencapai matlamat kewangan misalnya untuk kegunaan menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi, modal untuk mencapai impian dalam bidang keusahawanan, deposit rumah pertama anak atau perkahwinan. Mulakan dengan jumlah yang kecil; setiap sen yang dilaburkan, lama kelamaan boleh berkembang.
Pelaburan yang dibuat dengan konsisten walaupun dalam jumlah yang kecil tetap boleh memberikan manfaat di masa hadapan. Jadi tak rugi kalau ibu terus menyimpan duit raya anak dengan bijak setiap tahun secara konsisten.
Sebenarnya hendak menyimpan wang anak kini tidaklah sesukar dahulu bila mana pergi ke kaunter untuk membuat transaksi. Kini anda sudah boleh melabur secara online dengan portal atau mobile apps myASNB atau menerusi perbankan internet ejen ASNB. Kalau takut terlupa, buatlah potongan Auto Labur, pelan pelaburan sistematik untuk akaun anak yang lebih menjimatkan masa anda.
Apa itu Auto Labur? Auto Labur adalah kemudahan pelaburan sistematik secara online yang disediakan oleh ASNB yang membolehkan ibu bapa untuk simpan duit anak-anak secara konsisten setiap bulan.
Ads
Hanya tetapkan sahaja berapa jumlah yang kita mahu simpan dalam akaun anak serendah RM30 sebulan, dan secara automatik ia akan ditolak dari akaun bank yang ibu bapa tetapkan. Mudah bukan?
Kempen Labur Raya ASNB!
Sepanjang musim raya ini, simpan duit raya anak anda di ASB atau ASB2, anda berpeluang memenangi lebih lagi duit raya. Kempen ini sedang berlangsung dan akan berakhir pada 31 Julai 2021, menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM225,000 untuk lebih 3,000 pemenang!
Selain itu, bagi pendaftaran baharu Auto Labur, anda boleh mendapat rebat tunai sebanyak RM10, terhad kepada 2,500 peserta terawal.
Ads
Istimewa untuk penonton Tanya Pakar Pa&Ma bagi episod bersama host Fizi Ali dan Perunding Kewangan Bertauliah, Pn Kay Bee, anda berpeluang untuk menang RM50 unit percuma. Seramai 150 orang pemenang bertuah akan dipilih secara rawak. Menarik bukan?
Nak tahu macam mana caranya?
Jangan susah hati, mudah sahaja nak sertai.
Tambah pelaburan minimum RM100 ke akaun anak-anak di ASNB secara online menerusi portal myASNB atau mobile apps pada 2,3 dan 4 Julai 2021.
Seramai 50 orang pemenang bertuah akan dipilih setiap hari pada 3 hari tersebut iaitu seramai 150 jumlah keseluruhan pemenang bertuah.
Hanya tonton Tanya Pakar Pa&Ma dan jangan lupa untuk tekan butang like dan share serta subscribe youtube Pa&Ma.
Apa tunggu lagi, sambil-sambil kita simpan duit raya anak, sambil kita melabur untuk masa hadapan anak-anak kita.
Nak tahu lebih lanjut tentang KEMPEN LABUR RAYA 2021 ASNB, klik sahaja di SINI.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap detik kehamilan adalah momen yang penuh makna dari degupan jantung pertama si kecil hingga harapan yang menggunung tinggi untuk meniti masa depan. Kini bagi meraikan bakal ibu di Malaysia CARiNG Pharmacy membawakan satu peluang istimewa untuk meraikan perjalanan luar biasa ini.
‘Mom-to-be Moments Giveaway’ adalah kempen yang dikhususkan buat semua bakal ibu di Malaysia dengan jumlah hadiah keseluruhan bernilai 𝗥𝗠𝟮𝟱,𝟎𝟎𝟎 yang menanti pemenang! Bersedialah untuk dimanjakan dan dihargai sepanjang fasa kehamilan anda.
Hadiah Lumayan Bernilai RM25,000!
Anda berpeluang menangi hadiah yang lumayan dalam Mom-to-be Moments Giveaway ini, antaranya:
Hadiah Pertama: Pakej Penjagaan Berpantang bernilai RM10,000 untuk 1 pemenang
Hadiah Kedua: Fotografi Potret Bayi bernilai RM1,499 untuk 3 pemenang
Hadiah Ketiga: Pakej Pilates Pascabersalin benilai RM1,000 untuk 3 pemenang
Hadiah Saguhati: Set Pemulihan CARiNG bernilai RM800 untuk 5 pemenang
Cara Penyertaan ‘Mom-to-be Moments Giveaway
Nak sertai? Mudah sahaja, ikuti langkah-langkah berikut: 1. Hantar 3 resit pembelian (min RM50 setiap satu) daripada mana-mana outlet CARiNG, Georgetown atau Wellings Pharmacy 2. Lampirkan gambar jelas kad temu janji antenatal anda sebagai bukti kehamilan 3. Isi borang penyertaan di pautan berikuthttps://bitly.cx/LJo4I Penyertaan terbuka hanya kepada ibu hamil warganegara Malaysia.
Tempoh Peraduan
Tempoh peraduan bermula dari 1 Mei – 25 Mei 2025, dan yang menariknya, resit pembelian yang bertarikh seawal 1 April 2025 turut diterima untuk penyertaan! Jadi, jika anda sudah membuat pembelian di CARiNG, Georgetown atau Wellings Pharmacy sejak 1 April, pastikan anda simpankan resit tersebut.
Kumpulkan 3 resit pembelian bernilai minimum RM50 setiap satu, dan anda sudah layak untuk menyertai Mom-to-be Moments Giveaway! 🎉 Anda juga boleh jejak pembelian anda melalui Caring Membership App lebih mudah dan tersusun!
Siapa Layak Sertai? Hanya Untuk Ibu Mengandung Sahaja
Peluang ini eksklusif untuk bakal ibu sahaja, kerana anda berhak diraikan! Tak perlu jadi influencer, tak perlu viral, cukup sekadar anda seorang ibu mengandung yang membuat pembelian di farmasi yang tersenarai. Paling best pemenang akan dipilih secara rawak, jadi semua orang ada peluang yang sama rata!
Syarat Mudah, Ganjaran Luar Biasa
Syarat-syarat adalah seperti berikut ✔ Warganegara Malaysia ✔ Sedang hamil semasa penyertaan dihantar ✔ Hanya satu penyertaan untuk setiap peserta ✔ Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan tidak boleh dipindah milik Para pemenang akan diumumkan selewat-lewatnya pada 4 Jun 2025
Jangan Lepaskan Peluang, Ini Saat Anda Bersinar Sebagai Ibu Hebat
Jadi apa tunggu lagi bakal ibu sekalian? Inilah masa untuk anda dihargai, disayangi dan diraikan dengan penuh gaya! ‘Mom-to-be Moments Giveaway’ bukan hanya tentang hadiah tapi tentang menyambut fasa kehidupan baru dengan penuh penghormatan.
Sertai sekarang dan jadikan kehamilan anda lebih bermakna dengan peluang memenangi hadiah eksklusif bernilai ribuan ringgit.
Sebagai ibu bapa yang berkerjaya, letih apabila pulang dari pejabat dan melihat rumah bersepah. Tak mungkin mahu dibiarkan, walaupun penat tetap mahu mengemas rumah untuk keselesaan keluarga.
Kebersihan dan kekemasan rumah harus dipelihara kerana khuatir anak-anak mudah
jatuh sakit jika sering terdedah dengan habuk dan debu. Rumah yang tidak dikemas akan mengumpul banyak habuk dan debu kotor dan menjejaskan kesihatan anak-anak.
Sering terdedah dengan habuk boleh menyebabkan alergi, tidak hairanlah
mengapa anak sering mengalami selsema dan batuk.
MACAM MANA NAK KEMAS RUMAH CARA MUDAH?
1. Buat Jadual
Untuk memudahkan proses mengemas rumah, anda perlu menyediakan jadual khas. Susun jadual mengikut waktu yang anda selesa untuk menjalankan proses mengemas rumah. Pilih kerja rumah yang tidak terlalu berat pada hari bekerja. Proses mengemas rumah secara total dibuat ketika hari bercuti.
2. Minta Bantuan Ahli Keluarga
Jangan buat semuanya sendiri! Mintalah bantuan dari suami dan anak-anak untuk mengemas bersama. Agihkan tugasan mengemas supaya tidaklah terlalu berat setiap kerja mengemas untuk dibuat.
3. Pilih Peralatan Mengemas Yang MUDAH
Ini paling utama! Dengan adanya peralatan mengemas yang canggih dan praktikal sudah tentu memudahkan kerja ibu bapa untuk mengemas rumah. Untuk membersihkan habuk dan debu, carilah vakum yang berkualiti.
Untuk para ibu bapa, anda pasti akan teruja dengan Panasonic Power Cordless Stick Vacuum Cleaner (MC-BJ980W147/R147) ! Rekaannya yang unik dan cantik, didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu putih dan merah. Ia juga sangat praktikal dan mesra pengguna, sangat mudah
untuk digunakan.
Daya Sedutan Hebat!
Walaupun kecil tetapi daya sedutannya memang hebat, 200W. Paling menarik rekaan Full
Capture Power Nozzle membolehkan sedutan di celah-celah ruang yang sempit.
Berus bentuk V pada vakum dapat mengumpul segala habuk dan kekotoran ke bahagian tengah nozel untuk mudah disedut. Vakum ini mengubah kuasa daya sedutan secara automatik mengikut jumlah habuk yang dikesan (jika menggunakan operasi automatik).
Bateri Tahan Lama
Dengan hanya sekali cas (tempoh mengecas tiga jam), ia boleh menyedut segala kotoran dalam tempoh 65 minit. Lama kan? Dalam tempoh itu, kerja membersihkan rumah pasti dapat diselesaikan.
Pengesan Habuk
Paling canggih teknologi pengesan habuk pada vakum membolehkan anda mengenal pasti sama ada habuk masih wujud atau sudah pun dibersihkan.
Apabila lampu merah menyala, menandakan habuk dikesan pada sudut berkenaan dan apabila lampu bertukar biru pula menandakan bebas habuk.
Hanya 2.6kg!
Dengan segala kehebatan yang ada pada vakum ini, beratnya hanyalah 2.6kg. Anak-anak pun boleh menggunakannya. Kerja rumah tidak susah dan memenatkan lagi dengan Panasonic Power Cordless Stick Vacuum Cleaner. Setiap ciri yang ada pada vakum ini direka khas untuk memberi kemudahan kepada setiap ibu bapa untuk membersihkan rumah, kerana semua layak untuk menggunakan hanya yang terbaik!
29 Januari yang lalu, seorang kanak-kanak warga China berumur 4 tahun datang bercuti ke Langkawi bersama keluarganya. Dengan penularan wabak virus coronavirus ketika itu, dia juga turut disahkan positif menghidap virus tersebut.
Namun dia kini telah pulih dan disahkan bebas sepenuhnya daripada virus yang telah meragut ramai nyawa. Menurut laporan Berita Harian, Ia adalah kes pertama membabitkan individu disahkan positif coronavirus yang pulih daripada jangkitan itu di Malaysia.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sampel klinikal terhadap kanak-kanak berusia empat tahun itu yang dirawat di wad isoloasi Hospital Sultanah Maliha, kini didapati negatif daripada 2019-nCoV.
Jelasnya, sampel klinikal diambil sebanyak dua kali berturut-turut sejak kanak-kanak itu dikesan positif coronavirus pada 29 Januari lalu, sebelum disahkan negatif. Sehubungan itu, katanya, kanak-kanak itu yang kini sihat, sudah dibenarkan pulang.
Boleh dirawat
“Kes ini menunjukkan bahawa jangkitan 2019-nCoV boleh dirawat dan pesakit boleh kembali sembuh sepenuhnya, sebagaimana banyak lagi kes lain yang turut dilaporkan di negara China.
“Tanggapan ramai bahawa penyakit ini pastinya membawa maut kepada mereka yang menghidapnya adalah tidak tepat.
“KKM ingin mengucapkan tahniah kepada Hospital Sultanah Maliha Langkawi yang telah memberikan rawatan dan pemantauan yang rapi sehingga kanak-kanak ini sihat semula dan dibenarkan pulang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Malaysia masih kekal dengan 10 kes positif coronavirus
Pada 29 Januari lalu, Dr Noor Hisham memaklumkan mengenai kes positif kanak-kanak itu, selain dua lagi individu yang turut dikesan positif pada hari sama.
Setakat jam 6 petang semalam, sebanyak 10 kes didapati positif 2019-nCoV di negara ini, termasuk seorang rakyat Malaysia pertama dijangkiti wabak itu, manakala kes disyaki (PUI) ialah 213.
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.