Mendirikan rumah tangga, sudah tentulah kita mengharapkan agar ada penyeri dalam keluarga. Setiap pasangan pasti mahu menimang cahaya mata secepat mungkin. Sebaik sahaja disahkan hamil, hati rasa teruja. Segala persiapan untuk menyambut kelahiran bayi pun dibuat dengan rasa teruja kan?
Bercerita tentang kehamilan dan kelahiran bayi, tahniah diucapkan buat Alieff Irfan dan Bella di atas kelahiran bayi kembar mereka hari ini. Selepas penantian selama dua tahun, akhirnya kini mereka bergelar ibu dan ayah!
Menurut perkongsian di IG story Bella, dirinya terpaksa menjalani kelahiran melalui pembedahan kerana sudah mengalami kontraksi berulang sejak 8.30 malam semalam serta air ketubannya juga sudah ‘pecah’.
Ads
Tambah Bella lagi, dia sepatutnya bersalin pada 13 September yang akan datang tetapi tidak menyangka bayi kembarnya dilahirkan pada tarikh kemerdekaan Malaysia.
“Tak sangka pulak dapat tarikh merdeka 31/08/2022. Alhamdulillah. Cantik sungguh aturan Allah SWT.”
Selain itu, Bella juga berterima kasih kepada semua yang mendoakan untuk dirinya. Bukan saja Bella, tetapi Alieff juga telah berkongsi berita gembira tentang kelahiran bayi-bayinya di IG story.
Influencer dan model, Intan Saleh juga turut melahirkan rasa teruja di atas kelahiran bayi kembar Alieff dan Bella. Membahasakan dirinya sebagai Muksu, Intan mengucapkan kelahiran bayi kembar kepada Belle yang dipanggil Along dalam keluarga.
Ads
“Alhamdulillah ya Allah.. Tahniah Along and Aliff, baby merdeka!! Tak sabar nak jumpa baby twin. Bertambah dah cucuku hihihiii.. Arhhh muksu sebak,” tulis Intan melalui IG storynya.
Juga sedang menunggu hari, didoakan supaya proses kelahiran Intan akan dipermudahkan. Buat Alieff dan Bella, tahniah sekali lagi di atas kelahiran bayi kembar lelaki dan perempuan mereka. Mungkin selepas ini content di Youtube channel akan berkisar tentang bayi mereka pula, tak sabar nak tengok. Selamat berpantang Bella!
Seminggu dilahirkan, anak kedua pelawak Shuk Sahar terpaksa ditahan di hospital kerana pneumonia dan demam denggi. Keadaan menjadi lebih mencemaskan apabila anak pertamanya turut dijangkiti demam denggi pada masa sama.
Menurut Syuk, pada mulanya saya dan isteri ke hospital untuk memeriksa demam kuning anak tetapi doktor terpaksa tahan di wad kanak-kanak kerana ada jangkitan paru-paru.
“Kebetulan pula anak sulung saya menghidap jangkitan sama dan tambah pula dengan demam denggi. Jadi, saya berkampung di hospital selama 10 hari,” katanya.
Jelas Shuk, jangkitan itu bermula dengan kahak yang melarat hingga ke paru-paru.
“Sakit pneumonia ni serius juga, ia bermula dengan kahak kemudian ke paru-paru. Jadi, anak saya sukar untuk bernafas dengan normal dan perlu bantuan oksigen.
“Doktor cakap penyakit itu serius tetapi kami bernasib baik kerana dapat kesan dengan awal. Jadi, ingin saya berpesan kepada semua ibu bapa, sekiranya perasan anak anda tidak selesa segeralah ke hospital sebab mereka tak tahu nak memberitahu bahawa mereka sakit,” tambahnya.Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah pada 20 Disember 2015 di Sabah dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.
Sumber: Gempak & ig shuk sahar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru berusia setahun empat bulan, namun keadaan kesihatan adik Shahir Shamin Shuhardi cukup menyayat hati.
Menderita akibat saluran jantung terkalih, usus tersumbat dan masalah saluran pernafasan sempit, ia secara langsung menyebabkan pelakon Mawar Rashid terpanggil untuk tubuhkan dana sumbangan di laman instagram bagi membantu keluarga ini.
Pelakon TQ Captain ini turut berkongsi beberapa barangan keperluan asas bayi ini dan turut memaklumkan akan berkunjung ke Kulim, Kedah bagi melihat sendiri penderitaannya.
“Assalamualaikum semua followers yang disayangi. Hati Mawar luluh bila tengok si comel dan keluarga ni mendapat ujian macam ni. Mawar nampak post ni kat FB semalam.
“Terus Mawar pasang niat nak pergi ke tempat diorang kat kulim, Kedah and nak hulurkan bantuan semampu Mawar.
“Tadi Mawar baru je call ibu kepada baby comel ni, nanti beliau akan hantar list keperluan baby ni.. ada yang nak hulurkan bantuan jugak ke kat baby comel ni? jom kita sama2 bantu,” kongsinya.
Sementara itu, Mawar juga turut memohon sumbangan sekurang-kurangnya RM1 bagi mengurangkan menampung perbelanjaan perubatan.
“Mawar dah dapat reply daripada ibu baby comel ni. Mawar plan macam ni, Mawar akan collect derma dari you all. Pastu nanti Mawar akan update kat IG Mawar berapa kutipan yang you all semua dah bank in untuk baby comel ni.
So Mawar boleh gi beli barang-barang keperluan baby ni, termasuklah penapis air untuk baby lepas tu hantar. Jom kita sama-sama tolong baby comel ni.
Terima kasih semua. Walaupun RM1 pun akan membantu keluarga mereka. Semoga murah rezeki dunia akhirat semua ❤️ Ni number account okay. (7063176312 CIMB Wan Arfan Rusyaidi)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila sebut soal anak, suami isteri dah ada perancangannya. Cuma selepas setahun berkahwin belum ada tanda-tanda hamil, jangan berlengah. Mungkin ada masalah tertentu dan memerlukan penyelesaian pakar.
Begitu juga buat pasangan yang dah ada anak pertama tetapi nak dapatkan anak kedua susah lekat, jangan tunggu. Berikut antara tip yang dikongsikan oleh Pakar Sakit Puan & Perbidanan, Dr Hamid Arshat.
11 Cara Mudah Hamil Untuk Wanita & Pasangan Berkahwin
1. ELAK MENANGGUH KEHAMILAN TERLALU LEWAT
Tahukah anda, wanita sebenarnya paling subur sebelum umur 20 tahun. Masa itu belum tumbuh endometriosis , fibroids dan lain-lain penyakit peranakan.
Dengan keadaan ekonomi tidak menentu kini, kita faham ramai yang perlu merancang kehamilan dengan teliti.
Namun sebaiknya disarankan jika ada jodoh jangan tangguh terlalu lewat walau pun masih mengejar pendidikan tinggi dan
2. JUMPA DOKTOR CEPAT JIKA ADA GANGGUAN HAID
Lebih 80% akan hamil satu tahun lepas kahwin. Jika ada senggugut atau gangguan haid janganlah menganggap ia sebagai perkara biasa. Pastikan anda jumpa doktor untuk periksa peranakan dan ujian kesuburan.
3. PASTIKAN TAHAP KESIHATAN SENTIASA BERADA DALAM KEADAAN TERBAIK
Tentukan status kesihatan suami isteri dalam keadaan yang terbaik. Buat rawatan jika ada penyakit.
4. PASTIKAN PASANGAN TIDAK MEMPUNYAI MASALAH SEKSUAL
Mampu buat hubungan seksual yang sempurna dan memuaskan, tidak kiralah bagi pihak isteri ataupun suami.
Ada yang kahwin selama 6 tahun tapi masih gagal menembusi selaput dara isteri kerana mengalami masalah kesihatan seksual tanpa disedari. Berbincanglah dengan pakar untuk mendapatkan kepastian tentang hal ini.
5. GUNAKAN WAKTU SUBUR ISTERI SEBAIK MUNGKIN
Peluang hamil terbaik jika pusingan haid isteri teratur iaitu 28-30 hari (+/- 5 hari). Waktu subur atau ovulation pada hari ke14 jika pusingan 28 hari dan subur hari ke 16 jika pusingan 30 hari. Waktu subur boleh dikesan oleh catitan suhu BBT dan ovulation test kit BBT.
6. HUBUNGAN SEKSUAL JUGA PERLU ADA STRATEGI
Hubungan seksual selang malam mulai hari ke12 hingga hari ke 20. Kekuatan benih suami terbaik dalam jarak 48 jam.
Baca fatihah, ayat Qursi dan tiga Qul sebelum tidur. Baca doa untuk dapat zuriat yang terbaik sebelum jimak agar dilindungi dari gangguan syaitan.
Panduan doa ketika mendatangi isteri :
بِاسْمِ اللَّهِ، اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ، وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا
Maksudnya: Ya Allah, Ya Tuhanku, hindarilah daripada syaitan dan singkirkanlah syaitan itu dari apa yang Engkau rezekikan kepada kami (anak). Sesungguhnya jika ditakdirkan (Allah) buat kamu berdua anak pada waktu itu, maka anak tersebut tidak akan dimudharatkan oleh syaitan selamanya.” [Riwayat al-Bukhari (6388)]
Jangan bangun untuk buang air atau cuci faraj bila bersetubuh pada waktu subur. Kepit peha dan alas bantal dibawah punggung selama 2-4 jam atau terus tidur.
Jika ada peluang pergi cuti ditempat peranginan ketika isteri subur.
7. TENANGKAN JIWA DAN FIKIRAN
Ketenangan jiwa dan lapang fikiran pada kedua suami dan isteri adalah sangat untuk menjayakan kehamilan.
Exercise selama 30 minit sehari dengan berjalan kaki , jogging , kayuh basikal, berkebun, basuh kereta atau cuci rumah. Buat senaman yoga, tai chi atau deep breathing exercise.
Mulut dan hati sentiasa berzikir mengingati dan memuji Allah SWT. Baca quran 2-3 muka setiap hari. Tahan marah dan bersabar walaupun menghadapi provokasi.
8. KAWAL BERAT BADAN
Salah satu perkara yang sering diingatkan ialah kawal berat badan. Kegemukan akan mengganggu hormon subur dan menghindar pematangan telur/ovulation.
9. MAKAN MAKANAN BERKHASIAT
Pemakanan yang berkhasiat dan berzat sangat penting. Sebaiknya 70% makanan dari bahan-bahan segar mentah – buah dan sayuran. Minum jus segar dari buah-buahan dan sayur-syauran.
Jauhkan gula dan manisan, fast dan junk foods . Rujuk garis panduan Piramid Makanan Malaysia 2020 yang terkini oleh KKM.
10. MAKAN MAKANAN TAMBAHAN, SUPPLEMEN DAN VITAMIN
Makan supplemen multivitamin seperti vitamin E dan C, folic acid. Dan tambahan untuk suami zinc dan selenium.
11. LAKUKAN UJIAN MEMBANTU KEHAMILAN JIKA PERLU
Terdapat beberapa prosedur-prosedur ujian menghasilkan kehamilan:
• Xray HSG untuk buka saluran falopian menghasilkan kehamilan dalam 30% dalam tempoh 3-6 bulan.
• Begitu juga prosedur D&C hydrotubation.
• Rawatan suntik benih suami IUI juga menghasilkan 10 – 30 % kehamilan.
• Ubat subur clomid dan ubat subur suntikan gonadotropin juga sama hasilnya.
• IVF ICSI begitu juga hasilnya 30 % kehamilan dengan kos tinggi RM15 – 20K.
• Pembedahan laparoscopy / minilaparotomy untuk mengatasi pelbagai penyakit – cyst, fibroids, endometriosis , tubes blocked dan lain2 menghasilkan 50 – 60% kehamilan dalam jangka panjang.
Semoga bermanfaat untuk semua wanita dan pasangan yang mengimpikan zuriat. Insha Allah.
** Nak shopping barangan bayi pada harga yang berbaloi, klik di sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!