Kronologi kes Zara Qairina, anak syurga yang perginnya gemparkan negara, benar-benar mengundang sebak di hati seluruh rakyat Malaysia. Pemergian pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan, Sabah, ini bukan sekadar kisah duka, tetapi satu tragedi yang membuka mata masyarakat tentang keselamatan anak-anak di sekolah berasrama.

Kronologi Lengkap Zara Qairina, Anak Syurga Yang Perginya Gemparkan Negara

Pada awal pagi 16 Julai lalu, sekitar jam 3 pagi, adik Zara ditemui tidak sedarkan diri berhampiran longkang asrama. Difahamkan, beliau dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sebelum dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth I. Seluruh keluarga, rakan dan warga sekolah berdoa agar Zara kembali pulih, namun Allah lebih menyayanginya.

Kronologi Lengkap Peristiwa

  • 16 Julai: Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri berhampiran asrama. Dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth I.

  • 17 Julai: Disahkan meninggal dunia. Jenazah dikebumikan di Kampung Kalamauh Mesapol, Sipitang.

  • 18 Julai: Menteri Pendidikan beri jaminan kerjasama penuh kepada pihak polis untuk siasatan telus.

  • 21 Julai: Ibu Zara, Puan Noraidah Lamat, menggesa siasatan adil. Kali terakhir melihat anaknya pada 12 Julai ketika program gotong-royong sekolah.

  • 28 Julai: Polis beri jaminan siasatan menyeluruh dan menggesa hentikan spekulasi.

  • 30 Julai: Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi menafikan penglibatan beliau dan isteri dalam kes ini.

  • 31 Julai: Siasatan di peringkat akhir, 60 individu sudah direkod keterangan.

  • 1 Ogos: Ibu memohon penggalian semula mayat demi bedah siasat untuk mencari kebenaran.

  • 6 Ogos: Peguam keluarga gesa hentikan spekulasi yang beri tekanan kepada keluarga.

  • 7 Ogos: Ibu menyerahkan telefon bimbit berisi rakaman perbualan dengan arwah kepada polis.

  • 8 Ogos: AGC arahkan penggalian semula mayat dan tindakan lanjut siasatan.

  • 9 Ogos: Perdana Menteri beri jaminan siasatan telus tanpa kompromi. Proses penggalian semula dan bedah siasat dijalankan segera.

Kronologi Lengkap Zara Qairina, Anak Syurga Yang Perginya Gemparkan Negara

Ads

 

Gelombang Solidariti & Doa Rakyat

Sejak tragedi ini berlaku, media sosial dibanjiri dengan tanda pagar #JusticeForZara. Rakyat seluruh negara bersatu hati memohon agar kebenaran terbongkar dan keadilan ditegakkan. Bukan sahaja warga Sabah, malah seluruh Malaysia berasa kehilangan seorang anak yang berani dan berhak mendapat pembelaan.

Ads

Pengajaran Buat Semua Ibu Bapa

Kes ini menjadi peringatan besar buat semua — bahawa keselamatan anak di sekolah berasrama memerlukan perhatian berterusan. Ibu bapa digalakkan berkomunikasi rapat dengan anak, bertanya keadaan mereka, dan memastikan mereka tahu saluran aduan jika berlaku buli atau ancaman.

Ads

Dalam duka ini, kita juga belajar bahawa suara masyarakat mampu memberi kesedaran kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dengan telus. Semoga roh adik Zara Qairina ditempatkan di syurga, dan kisah ini menjadi pengajaran yang berharga buat kita semua.

💔 Al-Fatihah buat Zara Qairina.

Sumber: Harian Metro

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads