Bersyukurlah ibu bapa dapat lihat wajah anak-anak sejak mereka keluar dari perut ibu hingga mereka membesar depan mata kita. Geram, marah, penat itu semua ujian yang Allah bagi untuk lihat sejauh mana kita dapat bersabar mendidik amanah yang diberi.

Mungkin anda tak rasa apa-apa kerana setiap hari, celik mata sampailah lelapkan semula mata dapat lihat setiap tingkah laku anak-anak tapi bagi ibu bapa yang nikmat penglihatannya diambil Allah pasti menantikan saat ini untuk melihat sendiri anaknya membesar.

Perkongsian dari seorang guru, Nadwa Nasir ini mengundang sebak apabila seorang anak muridnya yang baru masuk tahun 1 dianggap seorang anak yang kuat dan sangat memahami keadaan kedua ibu bapa yang tidak dapat melihat.

Kuatnya Kamu Anak! Murid Darjah 1 Pimpin Tangan Mak Ayah Buta Tunjuk Kawasan Sekolah

Layanan anak kecil ini seolah-olah ibu bapanya dapat melihat situasi sebenar di depannya dan langsung tidak kekok dan malu berdepan dengan orang ramai.

Tulis nombor telefon mak ayah walaupun terbalik

Menerusi perkongsian itu, seorang kanak-kanak perempuan telah hadir ke sekolah bersama ibu dan bapanya bagi mengikuti sesi orientasi.

Apa yang menghibakan adalah dia memimpin tangan kedua orang tuanya yang cacat penglihatan bagi bersama-sama menemaninya memulakan alam persekolahan.

IKLAN

Dia sendiri menulis nombor hp mak ayah. Walau baru bertatih menulis.. Walau nombornya terbalik..

Kuatnya kamu wahai anak. Berdikarinya kamu pada usia terlalu muda ini.

“Mak ni kantin, ni padang sekolah…”

Selesai orientasi, kanak-kanak tersebut telah memimpin ibu dan bapanya pergi meninjau kawasan sekolah dan memaklumkan setiap kemudahan yang terdapat dikawasan sekolah tersebut.

Situasi sayu itu cukup menjentik hati sesiapa yang melihatnya. Tabahnya mu anak!

IKLAN

Dia pimpin mak ayah dia.. Tunjuk kelas dia kat mana.. Padang kat mana.. Kantin kat mana.. Macam la mak ayah dia boleh melihat😭

“Mak, sini la kantin.. Mak, ni padang sekolah…”

Mak dia tanya dia.. “mana pondok mak nak tunggu kamu nanti…?”
Dia jawab… “sini la mak… Kat sini…” (padahal depan dia je pondok tu.. Tapi si anak explain macam nampak-nampak je) 😭

Kamu anak yang kuat!

IKLAN

Dalam pada itu, Nadwa turut menitipkan doa agar anak muridnya itu berjaya di dunia dan akhirat serta kuat menempuhi kehidupan.

Teacher doakan kamu berjaya dunia akhirat.. Kamu yang paling kuat.. Buat teacher rasa teacher perlu kuat lebih dari kamu bagi menempuhi 2020.

Air mata tumpah tanpa disedari

Sementara itu, perkongsian dari Nadwa ini turut menjentik hati orang ramai dan semuanya mengharapkan anak kecil ini terus berjaya dan dapat kekuatan untuk menjaga ibu bapanya dengan sepenuh kasih sayang.

Jadilah anak yang membanggakan kedua ibu bapa. Balaslah setiap pengorbanan yang diberikan dan semoga membesar menjadi anak solehah.

Kuatnya Kamu Anak! Murid Darjah 1 Pimpin Tangan Mak Ayah Buta Tunjuk Kawasan Sekolah

Sumber : Nadwa Nasir

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI