Kudis buta boleh merebak bila berkongsi tuala, habis berjangkit satu keluarga. Gatalnya tidak dapat dibawa bincang dan apabila garu akan sampai berdarah. Kudis buta atau nama lainnya, “scabies” adalah keadaan kegatalan pada permukaan kulit yang digigit oleh kutu “sarcoptes scabiei.”
Kudis Buta Boleh Merebak Bila Kongsi Tuala
Apabila dilihat di bawah mikroskop, kutu ini berbadan bulat dan mempunyai 8 kaki. Kutu ini betina dan akan menggorek masuk ke dalam kulit untuk bertelur dan mati kemudian. Apabila telur menetas, ianya akan menjadi kutu dan akan menyebabkan kegatalan.
Ini pesanan daripada Dr Ahmad Sahman untuk merawat kudis buta.
Bagaimana boleh berjangkit?
Ia sangat mudah berjangkit melalui sentuhan langsung kulit seseorang dengan orang yang mengalami kudis buta. Kutu ini boleh didapati pada tuala, selimut, baju atau cadar yang diguna pesakit kudis buta dan boleh hidup selama tiga hari dan kemudiannya akan mati.
Ia akan hidup lebih panjang jika mampu menumpang pada ‘perumah baru’ dan boleh hidup lebih 30 hari.
Habis Berjangkit Satu Keluarga
Jangkitan scabies biasanya berlaku di tempat-tempat awam seperti taska dan tadika, sekolah, asrama dan pusat-pusat penjagaan yang mana orang ramai kerap berhubungan dan berinteraksi antara satu sama yang lain.
Ruam scabies biasanya melibatkan celah-celah jari tangan dan kaki, ketiak, pusat, kawasan pinggang, kemaluan dan celah paha, manakala sangat jarang melibatkan muka dan kepala.
Bagaimana ingin merawatnya?
Rawatan pertama: Menggunakan losyen anti scabies
Losyen Permethrin 5%:
Ads
– Sesuai digunakan kanak-kanak 2 bulan ke atas dan wanita mengandung
– Sapu dan biarkan semalaman
– Contoh: A-Scabs lotion
Emulsi Benzyl Benzoate (EBB) 25%:
– Sapu dan biarkan pada kulit 24 jam, kemudian mandi.
– Dewasa (12 tahun ke atas): pakai losyen 25% tanpa perlu di campur dengan air
– Kanak-kanak (2-12 tahun): campur losyen dengan air pada nisbah 1:1 (kepekatan jadi 12.5%)
– Bayi (2 bulan ke atas): campur losyen dengan air pada nisbah 1: 3 (kepekatan jadi 8.3%)
– Jika perlu, ulang rawatan selepas 5 hari penggunaan kali pertama.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pendarahan selepas bersalin adalah punca utama kematian ibu di kebanyakan negara di seluruh dunia. Pendaftaran Obstetrik Kebangsaan (NOR) telah melaporkan pada tahun 2012 kadar pendarahan serius selepas bersalin adalah 0.09%, iaitu masih di bawah paras Petunjuk Prestasi Utama (KPI) <0.5%. Walau bagaimanapun di Malaysia, ia masih menjadi antara punca utama kematian ibu.
Adalah normal untuk mengalami sedikit pendarahan selepas bersalin. Pendarahan berlaku sebaik sahaja uri dipisahkan daripada rahim dan tindak balas semula jadi hormon badan iaitu oksitosin. Ia membantu rahim mengecut dan seterusnya menghentikan pendarahan. Pendarahan daripada rahim lazimnya agak banyak sejurus bayi dan uri dilahirkan. Ia akan berkurangan secara berperingkat dalam beberapa jam.
Walau bagaimanapun wanita akan terus mengalami sedikit pendarahan secara berterusan yang akan berkurangan dalam beberapa hari selepas bersalin dan diikuti dengan perubahan warna darah tersebut daripada merah terang ke warna coklat. Pendarahan ini dinamakan lochia atau darah nifas.
Definisi pendarahan selepas bersalin yang digariskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) adalah pendarahan yang berlebihan dan luar daripada kebiasaan selepas bersalin. Terdapat dua jenis tumpah darah selepas bersalin iaitu:
Tumpah darah primer (primarypostpartum haemorrhage): Kehilangan darah selepas bersalin lebih daripada 500ml (bersalin normal) atau 1000ml (bersalin secara pembedahan caesarean) dalam tempoh 24 jam selepas bersalin. Ia berlaku kepada lima daripada 100 orang wanita yang bersalin. Pendarahan yang teruk, melebihi dua liter adalah jarang berlaku, iaitu enam daripada 1000 wanita yang bersalin.
Tumpah darah sekunder (secondary postpartum haemorrhage):kehilangan darah selepas bersalin dalam lingkungan 24 jam hingga 12 minggu selepas bersalin. Ia boleh berlaku kepada kurang daripada dua daripada 100 wanita yang bersalin.
Antara penyebab tumpah darah yang teruk selepas bersalin ialah rahim gagal mengecut, lekat anti suri dalam rahim, koyakan vagina atau serviks yang teruk, masalah sistem pembekuan darah dan jangkitan kuman pada rahim.
Wanita yang kehilangan banyak darah selepas bersalin akan mengalami keletihan yang luar biasa, pucat, sesak nafas dan degupan jantung yang laju. Apabila pendarahan dibiarkan berterusan tanpa rawatan yang pantas dan sewajarnya, pendarahan yang serius boleh menyebabkan pesakit mengalami kegagalan kardio respiratori sehingga meragut nyawa.
Maka, ia perlu dikesan seawal mungkin dan dirawat dengan segera sebelum keadaan menjadi lebih teruk. Antara risiko yang boleh mengundang pendarahan selepas bersalin adalah pernah mengalami tumpah darah di kehamilan terdahulu, Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 35kg/m2, pernah melahirkan empat orang anak atau lebih, kehamilan kembar atau lebih, uri bawah (placenta praevia), uri lekang (placenta abruptio), tekanan darah tinggi, kekurangan sel darah merah (anemia), kelahiran secara pembedahan (caeserean), proses kelahiran yang dipaksa (induction), cebisan uri tertinggal di dalam rahim, kelahiran yang dibantu menggunakan forsep atau vakum, berat bayi melebihi 4kg (macrosomia) dan umur ibu melebihi 40 tahun.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu muda ini tabah menghadapi ujian apabila anak pertamanya mengalami jantung berlubang manakala anak kedua pula jantung berlubang dan bengkak hati.
Apa sahaja demimu anak. Demikian yang dikatakan ibu tunggal tabah,Puan Normala Syakilla Arman ini tatkala bercerita tentang dua cahaya mata comelnya, Muhammad Harraz, 2 tahun & MUhammad Harizz, 2 bulan yang mengalami sakit kronik.
Kedua-duanya mengalami penyakit jantung berlubang sejak lahir. Namun si adik, Harizz tidak sekadar mengalami jantung berlubang, dia juga mengalami hati membengkak yang menyebabkan dia perlu dirujuk kepada pakar perubatan & pusat perubatan jantung di ibu negara hampir saban bulan. Manakala si abang pula perlu dirujuk ke IJN setiap 3 bulan sekali.
Syakilla yang dulunya bekerja terpaksa melepaskan jawatannya demi menjaga kedua-dua amanahnya itu yang sememangnya perlukan lebih perhatian. Dia mengakui sukar untuk mendapatkan orang yang boleh menjaga anaknya yang memerlukan penjagaan dan pemantauan rapi darinya. Lebih menyedihkan ialah apabila anak-anak tidak diberikan nafkah oleh bekas suaminya.
RUTIN HARIAN & KEKERAPAN MEMBERIKAN UBAT
Ibu muda ini memulakan rutin harian seawal 6 pagi. “Setiap hari rutin saya selepas solat Subuh, kedua-dua mereka akan saya berikan ubat & dimandikan. Harizz diberikan susu menerusi tiub khas.
“Harazz makan 2 jenis ubat setiap 6 jam sekali manakala Harizz pula perlu diberikan ubat setiap 3 jam. Oleh kerana dia makan ubat & minum susu 3 jam sekali, maka tiub susu memang perlu kerap dibersihkan. Begitulah rutin saya menguruskan Harizz sehingga ke malam dan keesokkan harinya. Harazz minum susu formula dan hanya perlu diberikan ubat seperti biasa,” kata Syakilla.
PEMERIKSAAN RAPI
Kata ibu muda ini, si sulung Harraz perlu ke IJN setiap 3 bulan dan perlu dibawa untuk pemeriksaan di sebuah hospital di Pahang setiap bulan. Manakala si kecil Harizz perlu mengambl 5 jenis ubat setiap 3 jam. Dia perlu meminum susu menggunakan tuiub dihidung untuk mengelakkn jantungnya semakin lemah bila menyusu menggunakan botol susu melalui mulut.
REDA & TERIMA UJIAN ALLAH
Apabila ditanya bagaimana dia begitu tenang menghadapi ujian ini, Syakilla mengakui dia reda semua yang berlaku walau pun pada awalnya sukar menerima kenyataan. “Saya seperti ibu-ibu lain, perasaan sedih kecewa semua ada, Yelah anak sulung pun belum sihat sepenuhnya lagi, sudah diuji dengan anak kedua dengan penyakit yang sama. Memang sedih, tapi saya reda dan terima dengan hati terbuka ujian Allah beri kepada saya ini.”
KOS TINGGI
Syakilla turut mengakui kos pembedahan dan prosedur rawatan Harraz & Harizz dianggarkan sebanyak RM30 ribu untuk setiap seorang. Tidak termasuk kos ulang alik ke IJN setiap seorang rm200, minyak kereta dan sebagainya.
“Saya ibu tunggal membesarkan ank tanpa nafkah dari suami. Penceraian terjadi semasa saya mengandungkn Harizz. Kini apabila tidak bekerja saya hanya bergantung kepada ayah yang bekerja kilang. Selain itu saya ada adik 4 orang adik yang masih bersekolah yang perlu ditanggung oleh ayah,”kata Syakilla.
Bagi anda yang ingin meringankan beban ibu ini,bolehlah menghulurkan sumbangan kepada Normala Syakilla Binti Arman melalui akaun Bank Islam 06037023296993.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Petah berkata-kata dan tak lokek dengan senyuman, Wan Ainun Mardhiah Wan Saiful Syahriza, 4 tahun tetap mahu menjalani kehidupan seperti rakan seusianya.
Namun siapa sangka di sebalik senyumannya itu, Ainun disahkan mengalami tiga penyakit kronik iaitu spina bifida (tulang belakang bengkok), hydrocephalus (lebihan cecair dalam kepala) dan buah pinggang bengkak.
Menurut ibunya Hasnizan Mohd Salleh, 37, keadaan Ainun mula di kesan ketika usia kandungan 7 bulan. Masa doktor sahkan yang Ainun mungkin akan lahir tak normal perasaan ketika itu sangat sedih.
“Cukup masa melahirkan Ainun, dia terpaksa dimasukkan di wad NICU selama 3 bulan. Melihat keadaannya saya jadi kuat dan reda takdir yang Allah bagi. Saya percaya Allah nak bagi pahala lebih untuk saya mempunyai anak istimewa ini,” katanya.
Disebabkan tulang belakang bengkok, kawasan situ tiada kulit dan lembik kemerahan. Jadi doktor telah buat pembedahan dengan mengambil kulit belakangnya yang lain untuk tutup tempat yang terbuka itu.
Bagaimanapun pembedahan kali pertama tak berjaya dan terpaksa buat kali kedua. Alhamdulillah ia berjaya.
Lumpuh dari pinggang ke bawah
Penderitaan Ainun masa bayi bukan setakat itu sahaja tetapi dia juga terpaksa melalui pembedahan membuang lebihan cecair di kepala.
Bagi memudahkan pergerakannya, doktor telah memasukkan tiub halus sebesar saiz dakwat pen. Jadi lebihan air itu akan keluar melalui air kencing.
Hasnizan juga menjelaskan walaupun Ainun berusia 4 tahun, dia tak boleh berjalan dan bergerak dengan laju. Segala keperluannya perlu diuruskan. Setiap 3 jam sekali perlu membantunya buang air kecil.
“Apa yang menyedihkan, apabila Ainun ingin bergerak dia terpaksa mengengsot guna siku atau berguling-guling kerana dia lumpuh dari pinggang ke bawah. Disebabkan berguling tulang belakangnya kembali luka dan perlu dicuci setiap hari.
“Doktor ada juga mencadangkan untuk melakukan pembedahan menutup tulang belakangnya yang bengkok, kena tunggu dia besar kerana waktu itu mungkin dia dah faham dan boleh hadkan pergerakan.
“Ini kerana apabila melakukan pembedahan sekali lagi, sekurang-kurangnya dua minggu perlu meniarap,” jelasnya.
Bagi memastikan tumbesaran Ainun normal, dia juga perlu minum susu khas seperti yang dicadangkan doktor.
Bab makan pun kena kawal juga sebab Ainun tak boleh makan dalam kuantiti yang banyak. Jika tak dia akan muntah.
Hasnizan bersyukur dalam keadaan sekarang ini bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 sangat membantu walaupun dalam sebulan sekurang-kurangnya RM600 perlu diperuntukan untuk keperluan Ainun.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.