Uncategorized

Kuih Bakar Pandan Wangi. Tiada Pewarna, 100 Peratus Jus Pandan

Share

Kuih bakar pandan antara kuih yang disukai ramai dari pelbagai lapisan umur dan sedap di makan. Cara pembuatannya juga cukup mudah.

Resipi yang dikongsikan oleh Puan Rosni Musa boleh di cuba.

Terima kasih Nasrah Abdul Rahim untuk resipi yang awesome ni. Saya panjangkan resipi ini moga dapat memberi manfaat buat semua.

Resipi yang menggunakan jus daun pandan semata. Wangi jer ketika membakarnya.

Jom kita layan resipi kuih bakar pandan nih.

Bahan-bahannya

2 cawan tepung gandum
1 cawan gula ( boleh kurangkan sikit )
1 cawan air pandan (8 helai daun pandan dikisar dengan 1 cawan air)
400ml santan kotak
1 cawan air biasa
3 biji telur
2 sudu besar butter/marjerin dicairkan
1/2 sudu kecil garam
Pewarna hijau & kuning
Bijan yang telah disangai

Satukan semua adunan

Masukkan ke dalam blender & blend sehingga halus.

Tuang ke dalam bekas lalu dititikkan sedikit pewarna hijau & kuning. Kacau rata.

Oleskan acuan dengan sedikit minyak. Jika tiada acuan bolehlah menggunakan loyang 8 inci. Bakar sebentar acuan di di dalam oven selama 10 minit.

Atau panaskan acuan di atas dapur gas dengan menggunakan api yang kecil. Kemudian sapu minyak & tuang adunan lalu ditaburkan bijan.

Bakar atas dapur gas sampai nampak keperangan dibahagian tepi. Kemudian bolehlah alihkan ke dalam oven untuk proses seterusnya.

Cara ini untuk menjimatkan masa membakar. Dan mendapatkan kerak di bahagian bawah dengan cepat.

Tuangkan adunan ke dalam acuan. Kalau guna acuan ni dapat 4 biji.

Taburkan bijan

Bakar di dalam oven selama 1 jam dengan suhi 180’c atau sehingga masak. Kalau nak berkerak sila kuatkan suhu dan tambah masa membakar.

Kuih bakar pandan fresh from oven.

Kuih bakar pandan fresh from oven.

Kredit Resipi: Rosni Musa

IKLAN