Kulat Kat Dinding Rumah Bagi Kesan Buruk Pada Otak! Ini Cara Natural Bersihkannya

Share

Kulat kat dinding bukan saja sakitkan mata bila tengok. Geli pun ada. Tapi paling malang ialah ramai tak tahu impak lain kulat kat dinding ni.

Kulat kat dinding rumah adalah toksid. Kulat macam ni bagi kesan buruk pada otak.
Jadi amat penting untuk anda atasinya.

Berikut tip yang dikongsikan oleh Dr Rizal Abu Bakar untuk nyahkan kulat dari dinding dengan cara natural berikut:

1. Gunakan cuka. Masukkan cuka ke dalam bekas botol spray. Tak perlu tambah air.

Cuka hanya ada 20% acetic acid. Kalau lebih nanti kurang acetic acid.

Spray kawasan kulat. Biarkan 1 jam. Lepas sejam boleh lap kawasan kulat dengan kain.

2. Guna Baking Soda. Masukkan satu 1/3 sudu besar ke dalam botol spray. Goncang hingga larut.

Spray kawasan yang terkena kulat. Lap kawasan itu dengan kain bersih. Bilas tempat sama dengan air bersih.

Kemudian spray sekali lagi dengan air Baking Soda. Biarkan kering.

3. Air Lemon. Gunakan 3-5 lemon. Perah dan keluarkan jus lemon.

Tanpa perlu tambah air spray kawasan yang terkena kulat.

Lap kawasan itu dengan kain yang dibasahkan. Boleh diulang sekiranya masih ada kesan kulat. Tidak perlu dibilas dengan air.

Mudah bukan. Jaga diri. Jaga otak. Cari yang alami atau natural.

Kredit: Dr Rizal Abu Bakar

Nak dapatkan info lanjut mengenai e-WORKSHOP ini klik http://www.wasap.my/60139974978/EworkShopPAMATINISPA

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN