Kulit Kering & Garu Badan Sampai Berdarah. Seorang Lagi Bayi Ekzema Dibantu DP Eina Azman

Share

Bayi ini mengalami ekzema yang teruk dengan simptom kulit kering dan kegatalan. Mungkin kerana tidak selesa, badan digaru sehingga berdaran. Adik Thaqif Arjuna ialah anak kecil ketiga yang dibantu Datin Paduka Eina Azman.

Keprihatinan Datin Paduka Eina Azman dan suami, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet menarik perhatian netizen. Dia juga mengakui ekzema yang dialami oleh Thaqif ini lebih serius berbanding dua adik beradik yang telah dibantunya sebelum ini iaitu Lela Safiya dan  Muhammad Nayl Safiy.

MENGETAHUI TENTANG THAQIF MELALUI DM DI INSTAGRAM

eina_azman Salam semua… Pertama sekali Eina nak ucap terima kasih kepada semua hamba-hamba Allah yang banyak DM Eina beritahu tentang sakit yang Thaqif Arjuna alami. Eina dapat tau pasal Thaqif sakit masa Eina di Langkawi.

LAWATI THAQIF DI PULAU PINANG

So daripada Langkawi 26 November 2018 baru-baru ni Eina dan suami decide untuk pergi melawat baby Thaqif dan ibunya @atieatyra di Penang.

BUAT KEPUTUSAN BAWA THAQIF MENDAPATKAN RAWATAN DI KL

So selepas melawat dan berbincang kami decide nak bawa Thaqif datang ke KL untuk berjumpa dengan doctor pakar kulit.

DOKTOR NASIHATKAN JANGAN LUPA UBAT

Alhamdullilah hari ni Thaqif dan ibunya datang bersama nenek nya sekali berjumpa doctor pakar kulit. Eina rasa gembira sbb doctor kata insya Allah Thaqif boleh sembuh yang penting ubat jangan tinggal?

GARU BADAN SAMPAI BERDARAH

To be honest kes kali Eina rasa lagi teruk??? Thaqif tak habis2 garu 1 badan sampai berdarah darah?

SUSAH NAK TIDUR KERANA PEDIH SATU BADAN

Sayunya hati tengok Thaqif yang nak tidur pun susah dek kerana pedih 1 badan??? ya Allah ringan kan lah segala sakit yang Thaqif rasai.

AKAN MENANGGUNG KOS PERUBATAN THAQIF

Insyallah saya n suami akan tanggung perubatan Thaqif sehingga sembuh. So for those yang nak memberi sumbangan kepada keluarga @atieatyra bagi  kan sedikit beban mereka walaupun Rm1 boleh bank in di number account Nur Athirah Binti Zainal 07140147267526 CIMB . semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua…. ??????

NETIZEN PUJI KEPRIHATINAN DATIN PADUKA EINA AZMAN & SUAMI

Netizen memuji keprihatinan ibu bapa kepada Karl Kareef & Arianna Aubrey ini. Masing-masing mendoakan kesembuhan buat adik Thaqif dan kemurahan rezeki Datin Paduka Eina & suami.

Sumber: eina_azman

IKLAN