Selain kulit bawang, kulit nanas juga boleh dijadikan baja organik. Menariknya, baja organik dari kulit nanas ini boleh melebatkan dan mencantikkan buah. Kalau biasanya kulit nanas kita anggap sebagai sampah dan dibuang begitu sahaja, selepas ini jangan buang lagi ya!
Isi nanas kita makan, kulitnya kita jadikan baja. Berikut dikongsikan ‘resipi’ baja organik menggunakan kulit nanas.
Kulit Nanas Boleh Buat Baja
Bahan-bahan:
1 kg kulit nanas
1 kg gula merah
1 botol yakult
Air hujan/air mineral
Cara-cara:
1. Kisar kulit nanas dengan air hujan atau mineral.
Ads
Ads
2. Larutkan gula merah dan yakult sedikit demi sedikit.
3. Peram bancuhan di kawasan teduh selama 2 minggu dengan menggunakan bekas kedap udara.
4. Buang gas perapan setiap hari dengan membuka penutup sedikit dan tutup semula. (kalau anda skip langkah ini, perapan boleh meletup dan mengotorkan seluruh ruang)
5. Lepas 2 minggu, tapis dan asingkan serdak.
Ads
6. Simpan air yang telah ditapis manakala serdaknya diperam semula sampai terurai 100 peratus.
Buah Tanaman Jadi Lebat & Cantik
Cara guna:
1. Ambil 10 ml pati air nanas dan bancuh bersama satu liter air. Semburkan pada pokok nanas dan buah-buahan lain seperti jambu, limau, durian, terung, cili dan sebagainya.
2. Sembur pada waktu petang setiap tiga hari sekali. Kalau tak sempat, boleh buat seminggu sekali. Jika ada pokok yang sedang berputik, boleh sembur pada putik untuk lebih cantik dan buah melekat.
INFO: Sebenarnya, semua buah yang manis sesuai dijadikan baja buah. Yang penting, kerajinan. Sayang kalau dibuang.
Didik anak berdikari cara psikologi adalah keperluan untuk semua ibu bapa. Tahukah anda bahawa seorang anak tanpa disuruh akan mengambil mainan untuk bermain masak-masak, manakala seorang lagi anak akan ke sudut bacaan memilih buku. Mereka tidak meminta orang dewasa membantu sebaliknya melakukannya sendiri!
Hakikatnya menggalakkan anak melakukan sendiri merupakan salah satu cara memupuk sikap berdikari. Sediakan sokongan dan panduan kepada anak untuk cuba menyelesaikan masalah. Bagaimana pula, bagi anak yang tidak mampu melakukan dengan sendiri. Berikut tujuh tip secara psikologi untuk mendidik anak untuk menjadi seorang yang berdikari.
7 CARA LATIH ANAK ADA SIFAT BERDIKARI
1.Tugasan kecil kepada tugasan besar
Mulakan dengan tugasan kecil. Bahagikan tugasan besar kepada bahagian kecil. Semasa anak menyelesaikan tugasan kecil dengan jayanya, ajak melakukan tugasan yang lebih besar. Umpamanya setelah menyelesaikan puzzle, tingkatkan cabaran untuk tahap yang lebih sedikit cabarannya. Jangan lupa jika anak berjaya, beri penghargaan kepadanya.
2. Permainan bebas
Rancang masa “permainan bebas” dalam jadual harian. Anak memerlukan masa untuk membuat peraturan sendiri dan membina sempadan. Gunakan masa untuk membuat pemerhatian individu semasa anak bermain sendirian atau secara kumpulan.
Jadual tugasan harian boleh dijadikan penanda aras peningkatan kebolehan anak berdikari. Gunakan carta bina graf jangkaan yang dicapai oleh setiap anak. Ubah tugasan mengikut harian atau mingguan.
Semasa anak menyelesaikan tugasan, anak boleh meletakkan kertas pelekat pada bahagian namanya dicarta. Aktiviti tugasan termasuklah memberi makan ikan, menyiram pokok, memulangkan buku ke rak yang betul, membersihkan bilik dan lain-lain tugasan yang sesuai dengannya.
4. Bantuan menguruskan masa
Bantu anak belajar menguruskan masanya sendiri. Terdapat anak yang tidak tahu apa yang perlu dilakukannya. Malah ada yang tidak tahu menjalankan aktiviti. Anak sebegini perlu diberi bantuan mengurus dengan menstrukturkan masa permainan bebas dan aktiviti.
5.Pilihan permainan
Sebaik-baiknya sediakan pilihan permainan buat anak. Mulakan dengan memberikan dua pilihan kemudian bergerak kepada tiga pilihan apabila anak sudah matang. Contohnya,”Adik hendak bermain buaian atau gelongsor?” Anak perlu memilih salah satu daripada dua pilihan yang dicadangkan. Aktiviti ini dapat membina kebebasan untuk berfikir dan belajar.
6. Lakukan tugasan sehingga selesai
Biarpun tugasan itu kecil, anak perlu menyelesaikannya. Beri pujian kepada anak kerana mengikut arahan. Jika perlu boleh diulang atau diajar semula perkara yang mereka tidak jelas. Tidak semua anak dapat memahami arahan dengan cepat.
Memulangkan semula setiap peralatan ditempat yang betul dapat membantu anak belajar berdikari. Guru boleh melabel sama ada dengan gambar atau perkataan pada almari atau bekas peralatan. Isyarat ini dapat membantu anak mengingat kedudukan peralatan untuk disimpan. Disamping itu menggalakkan anak meningkatkan perkembangan literasi.
7. Mempunyai kawan baik
Menggalakkan persahabatan juga dapat membina perkembangan imej sendiri yang positif. Secara tidak langsung meluahkan perasaan simpati dan penyayang kepada orang lain.
Kesimpulannya, aktiviti yang mudah dapat membina keyakinan diri secara individu disamping menggalakkan anak menyelesaikan masalah tanpa mengharap bantuan orang lain.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mama pama mana yang tak stress bila anak kecil asyik berjaga tengah malam, menangis, merengek atau melompat macam tak ada esok? Akibatnya, satu rumah tak cukup tidur, mata jadi lebam macam ‘panda’, badan pun lesu sepanjang hari.
Sebenarnya, ada beberapa tabiat harian yang tanpa sedar kita buat, jadi punca anak susah tidur malam. Jom semak, mama papa ada buat tak? Kalau ada, cepat-cepat ubah demi kualiti tidur si kecil dan juga kesihatan kita.
Ramai mama papa beri anak tengok telefon atau tablet sebelum tidur dengan alasan nak ‘cool down’. Sebenarnya, skrin gadget mengeluarkan cahaya biru yang ganggu hormon tidur anak. Mata nampak letih, tapi otak masih aktif. Akhirnya, anak berjaga sampai lewat malam.
Tip Pa&Ma: Tukar rutin, gantikan dengan bacaan buku cerita atau berzikir sebelum tidur.
Tidur siang memang bagus, tapi kalau terlalu lama atau tidur lewat petang, memang susah anak nak lelap malam. Badan dah segar masa waktu malam, ibu ayah pula terpaksa berjaga sama.
Tip Pa&Ma: Pastikan tidur siang anak tidak lebih 2 jam dan elakkan tidur selepas jam 5 petang.
Ada anak yang minum susu coklat, makan biskut atau jajan manis sebelum tidur. Gula dalam badan buat anak lebih bertenaga dan susah nak tidur.
Tip Pa&Ma: Pilih snek ringan yang sihat seperti susu suam atau buah sebelum waktu tidur.
Hari biasa tidur awal, hujung minggu tidur lambat. Lama-lama, badan anak pun ‘confuse’ bila masa sepatutnya dia perlu tidur. Pola tidur yang tak konsisten ini antara punca anak susah tidur malam.
Tip Pa&Ma: Cuba latih anak tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari, termasuk hujung minggu.
Bilik terlalu panas, lampu terlalu terang atau bising boleh ganggu anak nak lena. Kadang-kadang tilam tak selesa pun jadi punca si kecil merengek tengah malam.
Tip Pa&Ma: Pastikan bilik tidur selesa, gelap, dan suhu bilik sesuai untuk anak tidur lena.
Mama papa, bila anak cukup tidur, mood dia pun lebih ceria, perkembangan otak dan emosi pun lebih baik. Paling penting, kita pun tak jadi ‘zombie’ siang hari! Jom sama-sama ubah tabiat harian dan cipta rutin tidur yang sihat untuk si manja.
Nak anak tidur lena, mama papa pun tenang… Barulah hidup lebih bertenaga!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiada siapa yang menduga, anak-anak yang pergi meninggalkan kita dahulu. Bagi ibu bapa, biarlah mereka dahulu yang pergi sebelum anak-anak. Namun ajal maut, semuanya kehendak Allah S.W.T.
Bagi yang masih bernafas, hargailah orang disekeliling anda kerana kita tak tahu bila masanya nyawa akan diambil. Hargailah anak-anak, sayangilah mereka. Hargailah ibu bapa, berjasalah kepada mereka.
Ini arwah anak saya. Anak syurga. Tiba-tiba teringat kat dia. Gambar ini di ambil seminggu sebelum beliau pergi pada usia 1 tahun 4 bulan. InsyaAllah akan sampai giliran ayah mu pula nanti.
Abang kakak. Kasihi anak-anak kita. Mereka adalah mutiara yang menerangi hidup kita. Hargai setiap saat apabila bersama mereka. Peluk cium mereka lama-lama.
Apabila berjauhan betapa rindu tak terkata. Tersangat rindu kepada mereka ini tak mampu nak diungkap dengan kata-kata.
Kepada ibu-ibu. Jaga kata-kata kita terhadap anak. Marah macam mana sekali pun, jangan sesekali ungkapkan perkataan buruk terhadap mereka. Apatalah lagi mengherdik mereka.
Ketika marah baca LAA HAULA WA LAA QUWWATA ILLAA BILLAAH. Dan ketika tidurkan anak baca Ya Latif banyak kali, supaya hati kita ini jadi lembut, anak-anak ada sifat simpati.
Ibu ibu lebih banyak masa bersama anak-anak, terutama ibu-ibu suri rumah yang mulia. Ibu ibu-ibu suri rumah yang mulia paling banyak diuji dengan gelagat anak-anak. Tak mengapa ibu ibu. Itu semua pahala dan tanda anak kita sihat membesar.
Kepada ayah-ayah para suami yang mulia. Hargai isteri kita. Hargai susah payah mereka besarkan anak-anak. Dari dalam rahim sehingga dewasa jiwa mereka sangat rapat dengan anak berbanding kita. Mereka akan sanggup buat apa sahaja demi anak-anak.
Sekiranya kita memuliakan isteri, bermakna kita telah memuliakan ibu kepada anak-anak kita. Saat kita mencium dahi, mengasihi mereka bermakna kita telah mengasihi ibu kepada anak kita.
Hidup tak lama. Nak sama-sama masuk syurga. Nak hidup bahagia.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kenali Dr Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan termuda Malaysia yang baru bergelar ayah. Usia muda, latar belakang perubatan dan nilai kekeluargaan menjadikan beliau simbol kepimpinan generasi baharu.