top pakar

Ruam lampin yang sering melanda bayi itu mungkin perkara normal untuk anak-anak. tapi kalau dibiarkan ia juga boleh melarat dan menyebabkan rasa sakit pada si kecil.

Satu situasi yang berlaku kepada seorang ibu pada bayinya yang mempunyai ruam lampin yang teruk sehingga melecet ditambah pula dengan mengalami cirit birit membuatkan keadaan itu bertambah teruk sehingga menyebabkan berlakunya pendarahan.

Ia dikongsi oleh Dr Redza Zainol menerusi laman Facebook miliknya. Menurut Dr Redza ruam lampin memang sering berlaku namun ia perlu dirawat supaya tidak melarat. Doktor ini juga berkongsi tip untuk ibu-ibu lakukan rawat ruam lampin si kecil.

Ruam Lampin Selalu Jadi Dekat Bayi Tapi Kalau Biarkan Boleh Melarat. Ini Tip Doktor Saran Kalau Tak Nak Mudarat!

Berderau darah mak ni bila dia tengok najis bayinya bercampur darah. Kebetulan anaknya baru sampai ke wad sebab cirit birit.

Tempat pertama saya akan periksa ialah pada punggung bayi. Bila diperiksa, punggung anak dah melecet teruk. Sampai berdarah.

Darah tu yang bercampur dengan najis bayi. Dari ruam bayi yang biasa dah melarat teruk sebab anak cirit birit.

Maknya fikir ruam lampin ni tak ada apa. Boleh baik sendiri. Tapi tak semuanya macam tu.

Ruam lampin sangat selalu terjadi. Satu pertiga bayi dan kanak-kanak yang pakai lampin pernah ada ruam lampin.

Ruam Lampin Selalu Jadi Dekat Bayi Tapi Kalau Biarkan Boleh Melarat. Ini Tip Doktor Saran Kalau Tak Nak Mudarat!

Kalau anak dah terkena ruam lampin, boleh gunakan tips ni :

  • Tanggalkan lampin daripada bayi sekerap mungkin, terutama jika ruam bertambah teruk. Seboleh-bolehnya nak punggung sentiasa kering.
  • Kerap tukar lampin bila lampin basah atau kotor.
  • Cuci terus punggung bayi setiap kali tukar lampin.
  • Cuci dengan air yang mengalir, dari arah hadapan ke belakang.
  • Sapu krim pelindung setiap kali tukar lampin. Contohnya Drapo lene atau krim zinc oxide. Mudah cari di farmasi.
  • Elakkan guna bedak talkum. Ia mungkin ada bahan yang boleh pedihkan kulit bayi. Kedua, bedak boleh galakkan pertumbuhan bakteria dan kulat bila bercampur dengan air kencing dan najis.
  • Lap punggung bayi perlahan-lahan setelah mandi. Pedih tu.
  • Boleh mandikan bayi tapi dicadangkan tak lebih 2 kali sehari. Kulit bayi boleh jadi lebih kering.
  • Elakkan guna tisu lembab bayi yang ada alkohol dan pewangi. Kulit anak kita ni nipis dan sensitif. Kena peka dengan barangan bayi yang kita beli.

Ruam Lampin Selalu Jadi Dekat Bayi Tapi Kalau Biarkan Boleh Melarat. Ini Tip Doktor Saran Kalau Tak Nak Mudarat!

Kalau masih melarat, bawa terus berjumpa doktor. Boleh jadi ruam bayi tu dah dijangkiti kuman.

Bantu saya #sebarkan supaya lagi ramai yang tahu ilmu asas penjagaan bayi ni.

Sumber: Redza Zainol

Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.

Ruam Lampin Selalu Jadi Dekat Bayi Tapi Kalau Biarkan Boleh Melarat. Ini Tip Doktor Saran Kalau Tak Nak Mudarat!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI