Kesihatan

Kulit Nipis Bayi Terus Melecur Lepas Kena Air Panas, Elak Sapu Benda Pelik-Pelik!

Share

Kita selalu sangat disogokkan dengan mitos-mitos kesihatan yang tidak tepat. Anak kena air panas disapukan ubat gigi, terkena minyak panas disapukan garam. Macam-macam lagi cara yang tidak masuk akal.

Tak perlukan semua sapuan pelik-pelik, hanya ikuti cara mudah ini untuk mengelakkan lecuran yang lebih teruk. Perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini wajar mak ayah kena ingati bila berdepan detik cemas.


Kecederaan akibat terkena air panas adalah kecederaan yang sering berlaku pada kanak-kanak. Ibubapa dan pengasuh harus tahu tindakan yang betul jika ini berlaku.

Berikut adalah tindakan yang perlu diambil jika anak terkena air panas:

1. Jauhkan diri dan anak daripada sumber bahaya (pemanas/air panas/dapur gas/soket elektrik/dsb). Tenangkan diri, kemudian tenangkan anak.

2. Tanggalkan semua barang kemas (gelang/cincin/rantai), jam tangan, pakaian yang berada pada kawasan yang terkena air panas.

3. Alirkan air bersih bersuhu bilik di anggota terlibat selama 15-20 minit. Elak gunakan air sejuk atau ais. Elak sapu kicap, ubat gigi, losyen, dsb.

4. Jika terdapat gelembung pada kulit yang melecur, tak usah pecahkan gelembung berkenaan. Hanya tutup dengan kain bersih.

5. Jumpa doktor dengan segera sekiranya kawasan lecuran lebih besar daripada tapak tangan anak(tanpa jari), atau melibatkan muka serta kemaluan.

Kawasan lecuran perlu dirawat dengan baik, untuk mengelakkan risiko jangkitan kuman, parut, dan kecacatan pada kawasan terlibat.

Oleh itu, jika anak atau asuhan terkena air panas, bawalah berjumpa doktor.

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Kesihatan dan Perubatan

Menarik: Aduhai Berketak-Ketak, Usia Nak Masuk 3 Bulan, Anak Neelofa Dah Nak Pandai Meniarap!

Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

IKLAN