Momen indah waktu kehamilan sepanjang sembilan bulan atau kesemua trimester amat diingati oleh setiap wanita yang pernah melaluinya. Kulit merasa gatal semasa hamil juga menunjukkan terdapat tanda awal gangguan yang mengakibatkan kesan kepada kehamilan dan janin termasuk tahap kesihatan ibu dan janin sehingga berkebarangkalian menyebabkan kematian.

Kulit Perut Gatal Semasa Hamil, Doktor Jelaskan Mengapa Ia Terjadi
Sumber foto: www.freepik.com

Kenal pasti kemungkinan kulit merasa gatal dan antaranya adalah:

  • Penyakit psikogenik iaitu desakan untuk menggaru kulit tanpa adanya masalah atau penyebab sistemik
  • Keadaan saraf/neurologi
  • Keabnormalan buah pinggang
  • Keabnormalan hati
  • Gangguan endokrin (tiroid dan diabetes)
  • Anemia kekurangan zat besi
  • Penyakit reumatik atau radang pada sendi
  • Reaksi atau alah kepada ubat-ubatan
  • Jangkitan sistemik, seperti HIV
  • Kulit kering atau xerosis

Kulit Perut Gatal Semasa Hamil, Doktor Jelaskan Mengapa Ia Terjadi

Artikel Menarik: Ada Ibu Hamil Terpaksa Induce Waktu Nak Bersalin, Ibu Sebabnya!

Antara pengalaman yang sering dirasakan oleh para ibu di beberapa bahagian badan termasuk bahagian abdomen atau perut yang terasa gatal berlaku hampir 90% ibu hamil dan juga bahagian kulit berdekatan dengan payudara. Bahkan ada yang menggaru bahagian tersebut sehingga mempunyai kesan calar terutama 24 minggu ke atas.

KENAPA SERING GATAL PADA PERUT?

Apabila kulit mengembang iaitu kulit daripada bahagian perut menjadi semakin kurang lembapan dan kulit kering cenderung berasa gatal dan tidak selesa

IKLAN

PUNCA PERUT RASA GATAL

  1. Adanya hormon kehamilan

Kehamilan menyebabkan terjadinya perubahan hormon terutama hormon estrogen. Perubahan keseimbangan hormon ini memberikan rasa gatal kepada perut.

  1. Perut semakin membesar

Semakin membesarnya perut maka kegatalan perut semakin meningkat, ini disebabkan kerana seiring bertambahnya usia kandungan, perut turut ikut membesar dan meregang, sehingga menyebabkan perut terasa gatal.

  1. Munculnya tanda regangan (stretch mark)

Tanda regangan yang biasanya muncul pada perut ibu boleh juga menyebabkan perut semakin terasa gatal. Stretch mark bahagian perut semakin banyak kerana perut semakin membesar terutama di trimester ketiga menjadi semakin gatal.

Artikel Menarik: Kencing Kotor, Bahaya Untuk Ibu Hamil Kalau Tak Dirawat, Boleh Sebabkan Kematian

IKLAN

TIP KURANGKAN RASA GATAL PADA PERUT

Boleh cuba melegakan kegatalan melalui kaedah berikut:

  • Jangan menggaru – akan meninggalkan kesan parut pada kulit
  • Gunakan Pelembap – jenis yang terasa ringan, lembut, bebas pewangi boleh membendung kegatalan buat sementara waktu dan boleh gunakannya dengan kerap jika perlu. teruskan dengan berhati-hati, kerana ia juga boleh mencetuskan alahan jika digunakan secara tidak betul
Kulit Perut Gatal Semasa Hamil, Doktor Jelaskan Mengapa Ia Terjadi
Sumber foto: www.freepik.com

 

  • Sapu pada krim anti gatal – Losyen calamine merah jambu yang diletakkan pada cacar air mampu memberikan keselesaan bagi beberapa kes kegatalan kulit
  • Ada sesetengah wanita menggunakan minyak vitamin E untuk memberikan kelegaan dan kegatalan yang dialami
  • Rendaman mandian oatmeal yang lembut menggunakan air suam boleh memberi kesan yang baik untuk kulit kering. Cuma pastikan air tidak terlalu panas kerana boleh mengeringkan kulit anda dengan lebih teruk
  • Gunakan pelembap ketika di dalam bilik turut membantu mengelakkan kulit daripada kering
  • Cuba kompres sejuk. Letakkan kain lap yang sejuk dan basah pada tempat yang gatal selama lima hingga 10 minit untuk mendapatkan sedikit kelegaan
  • Untuk kegatalan yang melampau, cuba krim hidrokort – jika perlu. Ia boleh membantu terutamanya untuk gatal-gatal teruk..Hanya gunakan bila perlu dan dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi sebelum membeli dan mencuba Hidrocot. Hanya gunakan apabila benar-benar memerlukannya, gunakan jumlah jumlah yang kecil dan tidak lebih daripada sekali sehari

APA YANG PERLU IBU HAMIL ELAKKAN?

IKLAN
  1. Elakkan menggunakan air panas

Semasa mandi, elakkan menggunakan pancuran air panas atau berendam dalam air panas untuk jangka waktu yang lama kerana boleh mengeringkan kulit.

  1. Elakkan penggunaan produk yang mempunyai Sodium Lauryl Sulfate (SLS)

Kebanyakan produk mandian dan syampu mempunyai ramuan SLS untuk membantu membersihkan kotoran yang melekat pada kulit. SLS juga boleh menyebabkan keradangan jika kandungan SLS tinggi daripada yang disarankan.

  1. Elakkan pemakanan mengandungi banyak lemak serta berminyak

Apabila perut wanita hamil semakin membesar dan kulit menjadi semakin meregang, ketidakselesaan dan gatal-gatal mungkin telah dijangkakan. Hari Raya bakal menjelang tiba tetapi perlu berhati-hati dalam pemilihan makanan agar kesihatan ibu dan bayi tetap diutamakan disamping menikmati juadah bersama sanak saudara.

Namun, jika mempunyai gejala lain atau gatal pada kulit yang teruk hingga sukar untuk tidur atau diatasi, segera dapatkan rawatan daripada Doktor untuk memastikan simptom yang dialami tidak mengundang kemudaratan yang boleh menjejaskan kesihatan ibu dan bayi.

Kredit artikel: Dr Ahmad Zharif Bin Hussein (Pakar Sakit Puan, Metro IVF)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI