Mak-mak sekarang tengah sibuk buat kuih raya. Mesti ada bahan kuih raya yang lebih seperti kulit popia, oreo, coklat cair kan? Sebenarnya mama boleh buat kudapan dari bahan-bahan kuih raya! Dah alang-alang tengah siapkan kuih raya tu buatkan sekali popia pisang ni untuk berbuka anak.
Air tangan ibu sememangnya yang terpaling sedap bagi semua anak. Tak hairanlah ada anak-anak yang tidak suka makan di luar dan sanggup pulang ke rumah untuk menikmati masakan ibunya. Begitu sekali penangan air tangan ibu.
Musim PKP yang panjang, beberapa Instagram selebriti turut berkongsi menu-menu kegemaran mereka di Instagram. Pelakon Fasha Sandha antara selebriti yang saban waktu berkongsi menu masakannya setiap hari.
Bukan hanya ketika PKP bahkan berkongsi video masakan setiap hari telah lama dilakukan Fasha. Tak hairanlah ada peminat yang DM bertanya apa menunya untuk hari berkenaan. Hebat bukan?
Bagi anak kelahiran Pulau Pinang ini, sudah semestinya menu kampung yang ringkas menjadi penambat hati suami dan anak-anaknya.
Paling membanggakan, biarpun dipenuhi rutin sebagai ibu yang sarat dengan kerja rumah dan kelas online anak, namun Fasha tidak terlepas untuk memasak setiap hari. Ada sahaja hidangan istimewanya untuk suami dan anak-anak.
“Ramainya dok DM tanya tak masak kaaa. Haih kami kata, kami bukannya pro masak, amateur ja.
“Sebenaqnya, kami masak ja hari-hari tapi ada hari tak sempat nak pegang phone, dan tak sempat nak rekod pun.
“Ok menu hari ni siap sambil dok menyinga dengan Jemyma sbb dia tak fokus bila ada bau sambal.
“Alhamdulillah menu hari ni sambal tumis udang potai segar, broccoli tumis sos tiram, cendawan goreng, ikan goreng garing. Have a good day Kesayanganku,” tulis Fasha menerusi satu hantarannya di Instagramnya.
Namun paling disukai, biarpun hidup mewah sebagai selebriti namun Fasha gemar beserdahana dalam sajian dan menu ringkas menjadi pilihannya sekeluarga. Seronok melihat beberapa menu ringkas Fasha setiap hari.
Dan tidak terkecuali ibu tiga anak ini gemar berkongsi rutin hariannya menguruskan anak-anak.
“Bawal mas tumis cili padi dan kailan. Lambat sikit masak hari ni sebab kalut dengan anak punya presentation for her online class.
Dia baru year 1, baru 6 tahun tapi dah kena belajaq pasai christopher columbus semua mana la ibu nak ingattt nak oi.
Kenapa pembelajaran year 1 pun macam susah ja adoii, dengan ibu-ibu pun kena buat homework n revision,” tulis Fasha menerusi satu hantaran videonya.
PA&MA GALA MOMS yang diinspirasikan bersama CETAPHIL, sebuah program Anugerah Digital yang memberi penghargaan kepada 20 mama millennial yang bukan hanya mempunyai pengaruh yang kuat di media sosial malah memberi inspirasi buat ibu-ibu millennial di luar sana.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @fashasandha
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hujung minggu adalah waktu untuk anda mencuba pelbagai menu dan resipi untuk anak-anak. Tidak dapat menu serba lengkap, menu ringkas seperti apam antara yang menjadi kesukaan anak-anak serta seisi keluarga.
Paling menarik kerana apam cukup mudah disediakan. Hanya blender dan campurkan kemudiannya dikukus hingga masak. Jom cuba resipi ringkas yang dikongsikan oleh Puan Eyza Cik Bunga ini.
Menu simple minum petang 5 beranak. Apam milo. 4 bahan je..mudah sangat. Saya buat ikut cara saya, untuk satu adunan.
Kukus selama 20 minit, api sederhana. Saya ikut resepi kat bawah ni, seperti yang dikongsikan oleh Puan Fatihatul Hakimah.
Nak resipi lengkap boleh ikuti seperti yang dikongsikan olehnya. Insyaallah memang menjadi. Sedap.
APAM MILO 4 BAHAN JERR.
Nak buat kek pelangi tapi tak cukup bahan so terjadi la apam milo yang senang yakmat ni. Yang penting suami dan adik-adik kata sedapp. First time buat tapi menjadi tu yang suka sangat tu nak share hihihi.
Pukul telur, gula sampai berbuih/putih/kembang. Guna blender je.
Masuk tepung gandum, blender lagi sampai sebati.
Adunan tadi bahagi kepada dua bekas, satu bekas biar kosong atau boleh buh pewarna lain, dan 1 bekas lagi letak milo dan kacau-kacau sampai sebati.
Tuang selang seli dalam loyang kalau nak nampak menarik, lorek la guna lidi ke garfu ke untuk nampak berbunga-bunga.
Kukus 20 minit ( air kukusan mesti dah mendidih dulu)
Siap.Adunan nie dapat dua loyang kecik tapi tak smpai malam dah habis.
Info:
* Apam pilihan paling mudah untuk disediakan. Malah paling sesuai untuk anak makan kerana strukturnya lembut, buat anak senang untuk makan. Pun begitu perlulah dikawal penambahan gula di dalamnya agar tidak terlalu manis.
* Apam juga boleh dijadikan finger food buat anak kerana ia senang dipegang.
* Gantikan pewarna dengan perasa pilihan yang lebih sihat seperti warna-warna buah-buahan atau perasa asli lain.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berbanding kek lain, kek yang satu dilihat sedikit istimewa. Tanpa bahan penaik, kek cantik, Kek Planta Rainbow ini tetap menjadi malah hasilnya cukup moist, lembap dan sedap. Bukan itu sahaja malah gabungan warna yang digunakan juga cukup cantik, anak-anak pasti suka. Tidak hairanlah namanya Kek Planta Rainbow.
Kek sedap dan paling mudah disediakan ini dihasilkan oleh Fiza Omel menggunakan resipi yang dikongsikan oleh Chef Azmin Zain. Memang sedap dan terbaik. Malah nak buatnya pun cukup mudah. Nak tahu macam mana kek tanpa bahan penaik ini dihasilkan, jom cuba untuk raya nanti!
Alhamdulillah saya dah try buat resepi dari chef Azmin Zain, Kek Planta Rainbow. Tanpa bahan penaik tapi ia tetap naik gebu dengan jayanya.
Pukul majerin dengan gula sehingga gebu. Masukkan telur sebiji demi sebiji sehingga habis. Masukkan esen vanilla.
Masukkan tepung sikit demi sikit diserta sekali dengan susu cair selang seli. Bahagikan beberapa bekas ikut warna kesukaan kita.
Sapukan loyang dengan majerin dan lapikkan kertas minyak.
Ambik setiap adunan dalam 2 3 sudu ulang sehingga habis. Hentak-hentakkan sikit bagi udara keluar. Ambil lidi bersih dan lorekkan kat permukaan adunan tadi.
Saya guna loyang saiz 7 bakar suhu 160 api atas bawah 1 jam 20 minit. Bergantung pada oven masing-masing ye.
Try dulu bakar suhu 160 45 minit, ambil lidi bersih cucukkan kat permukaan tengah. Bila keluarkan lidi bersih cantik bermakna kek dah masak.
Tips nak kek sedap simpan seharian baru sedap lembab-lembap moist.