Kulit Popia Lebihan Buat Kuih Raya Boleh Buat Popia Pisang Untuk Anak, Berselera Makan Dengan Topping Pelbagai

Share

Mak-mak sekarang tengah sibuk buat kuih raya. Mesti ada bahan kuih raya yang lebih seperti kulit popia, oreo, coklat cair kan? Sebenarnya mama boleh buat kudapan dari bahan-bahan kuih raya! Dah alang-alang tengah siapkan kuih raya tu buatkan sekali popia pisang ni untuk berbuka anak.

Baca Juga:

Di Mana Mereka Sekarang? Kanak-Kanak Hilang Masih Belum Di Temui Sehingga Kini

Puding Dadih Susu & Buah Naga, Resepi Simple Untuk Bayi Yang Dalam Fasa ‘Teething’

Resepi Rendang Ayam & Kuah Kacang Versi Bayi, Memang Sedap! Baby Pun Boleh Makan Makanan Raya

Berselera makan siap dengan topping yang pelbagai
Resepi Popia Pisang
Bahan-bahan:
  • Kulit popia
  • Pisang
  • Bancuhan tepung gandum (utk lekatkan popia)
  • Susu pekat (guna utk topping cheése)
  • Jem coklat pilihan
  • Serbuk Oreō
  • Cheedár cheesé
  • Cornflakès
  • Nestúm
Cara-cara:
1. Belahkan pisang menjadi dua bahagian.
2. Ambil sekeping kulit popia, letakkan pisang di tengah-tengah.
3. Kemudian balutkan pisang itu dengan kulit popia.
4. Letakkan bancuhan tepung gandum untuk lekatkan kulit popia.
5. Gulungkan mengikut jumlah yang anda inginkan.
6. Gorengkan di dalam minyak yang panas sehingga keperang-perangan.
7. Letakkan topping coklat pilihan anda.
8. Kemudian taburkan topping mengikut citarasa masing-masing. Boleh guna orē0, nutèlla, nestum, cheesé, cornflakēs da lain-lain.
Dan siap untuk dingap!

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

 

IKLAN