Pada 23 Julai 2023 baru-baru ini, Kumon Malaysia yang merupakan program pengayaan selepas sekolah terbesar di Malaysia telah mengadakan satu acara Bual Bicara Bahasa Inggeris Kumon yang pertama untuk meraikan lebih 10,000 pelajar yang telah mendaftar dalam program Kumon English as a Foreign Language (EFL) dan Kumon English as a Native Language (EE). Acara ini yang dirasmikan oleh Encik Atsushi Hasegawa yang merupakan Pengurus Besar Kumon Malaysia.

“Kumon English Talk Show”, Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Inspirasi Anak Berjaya!
Encik Atsushi Hasegawa, Pengurus Besar Kumon Malaysia bersama Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor

Dalam acara Bual Bicara Bahasa Inggeris Kumon ini telah menampilkan Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor yang merupakan Angkasawan Malaysia sebagai speaker jemputan. Beliau yang juga merupakan salah seorang dari Parents Kumon itu turut berkongsi kepada pelajar dengan berkongsi kisah peribadinya dan kepentingan mempelajari bahasa asing. Semasa sesi perkongsiannya, beliau juga berkongsi pengalaman mengajar anak-anaknya bertutur dan membaca bahasa Inggeris pada usia yang sangat muda.

“Kumon English Talk Show”, Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Inspirasi Anak Berjaya!
Antara ibubapa kumon dan pelajar kumon yang menghadiri acara Bual Bicara Bahasa Inggeris Kumon 2023
“Kumon English Talk Show”, Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Inspirasi Anak Berjaya!
Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor berkongsi pengalaman mengajar anak-anaknya bertutur dan membaca dalam bahasa inggeris

“Kumon English Talk Show”, Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Inspirasi Anak Berjaya!

IKLAN

“Program Bahasa Inggeris Kumon telah meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris anak-anak saya dengan ketara. Dengan lembaran kerja secara berstruktur dan secara individu, program ini bertujuan untuk membantu kanak-kanak meningkatkan pemahaman bacaan dan kemahiran perbendaharaan kata mereka. Pada masa yang sama, program ini telah membantu anak-anak saya mengembangkan kemahiran pembelajaran kendiri dan keyakinan dalam berbahasa Inggeris,” kongsinya.

IKLAN

 

IKLAN
@pama.my Anak kembar Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor kini sedang menghadiri Kumon untuk kedua dua bahasa inggeris dan matematik 💯 #drsheikhmuszaphar #kumon #fyp #parentingtips #parenting #majalahpama ♬ Uplifting & Inspiring Pop (Medium) – TimTaj

Kumon Malaysia yang cukup terkenal dengan program Matematik dan Bahasa Inggeris selepas sekolah ini kekal komited dengan misinya menyumbang kepada pembangunan masyarakat Malaysia. Melalui program bahasa Inggeris yang komprehensif dan perkhidmatan inovatif seperti Kumon CONNECT iaitu platform inovatif ini membolehkan pelajar mengakses lembaran kerja Kumon secara digital pada peranti tablet, Kumon Malaysia terus memperkasakan pelajar dan melengkapkan mereka dengan kemahiran yang diperlukan untuk berkembang maju dalam dunia yang semakin mencabar.

Semoga Kumon Malaysia sentiasa memperkasakan lebih ramai pelajar untuk mencapai kecemerlangan akademik dan membangunkan kemahiran hidup yang penting dengan rangkaian program yang komprehensif.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI