Semua ibu menyimpan niat untuk menyusukan anak-anak sehingga usia mereka mencecah dua tahun. Namun terdapat beberapa kekangan yang menghalang para ibu untuk mencapai target itu. Ketika menyusukan anak, kedudukan yang salah menyebabkan ibu dan anak merasa kurang selesa.

Kuningnya Warna Air Kencing Anak. Itu Petanda Dia Tak Cukup Susu!

Akibatnya, susu tidak dapat diminum oleh anak dan ibu pula mengalami masalah sakit puting payudara. Berikut adalah perkongsian yang sempat Pa&Ma dapatkan daripada jururawat laktasi dari KPJ Selangor Specialist Hospital, Shamsina Zul Kapli,  tentang kedudukan yang betul ketika menyusukan bayi.

Sebenarnya, anak boleh disusukan bukan sahaja ketika ibu sedang duduk dan berbaring, bahkan ketika anda berdiri dan berjalan. Paling penting, posisinya haruslah betul.

APA PERLU IBU TAHU?

Ibu harus berada dalam keadaan selesa. Jika sedang duduk, ampu bayi dengan kemas dan sokong bahagian kepalanya (bayi berbantalkan lengan ibu). Jangan kepit kepala bayi di celah siku.

Artikel Menarik: [Kenapa Bayi 6 Bulan Ke Bawah Perlu Dibekalkan Susu Perahan Dingin Lebih? Ini Jawapan Kaunselor Laktasi]

Letakkan bantal menyusu di bawah badan bayi bagi menyokong tubuhnya dan juga tangan anda yang memegang anak.

IKLAN

Jari pada tangan yang mengampu kepala bayi haruslah diletakkan pada celah punggung untuk menguatkan sokongan pada tubuhnya. Sebelah lagi tangan, ampu payudara supaya tidak menghempap muka bayi.

CARA-CARA MENDUKUNG BAYI

  1. Cradle hold

Kuningnya Warna Air Kencing Anak. Itu Petanda Dia Tak Cukup Susu!

Bayi dipegang menggunakan sebelah tangan dan tubuhnya diampu oleh tangan ibu. Kepalanya berbantalkan lengan ibu.

  1. Cross cradle hold

Kuningnya Warna Air Kencing Anak. Itu Petanda Dia Tak Cukup Susu!

IKLAN

Bayi dipegang menggunakan sebelah tangan secara bersilang. Jika menyusukan di sebalah kanan, maka tangan kiri yang memegang bayi. Kemudian tangan kanan pula perlu mengampu payudara.

  1. Football hold

Kuningnya Warna Air Kencing Anak. Itu Petanda Dia Tak Cukup Susu!

Bayi dipegang dengan sebelah tangan dan dikepit pada bahagian bawah ketiak. Pastikan tubuhnya mengiring dan menghadap sisi. Sebelah tangan lagi, ampu payudara dan suakan ke mulut bayi. Jangan tolak kepala bayi tetapi sokong dan bawa ke arah payudara anda.

Artikel Menarik: [Mulut Bersih, Gigi Elok Boleh Buat Wanita Lebih Subur. Suami Pun ‘Mendekat’]

IKLAN

Kuningnya Warna Air Kencing Anak. Itu Petanda Dia Tak Cukup Susu!

Jika menyusukan bayi ketika berbaring, pastikan anda dan anak mengiring pada arah yang sama. Pastikan kedudukan mulut bayi dan payudara ibu selari. Sebelah tangan, masih perlu ampu payudara. Kepala bayi boleh diampu dengan lengan atau diletakkan pada bahagian bawah lengan.

Setiap ibu mempunyai bentuk puting payudara yang berbeza. Boleh jadi sebelah panjang dan sebelah pendek. Bayi biasanya lebih sukakan puting yang penjang. Ibu dan anak akan berasa selesa pada satu kedudukan menyusu tetapi apabila ditukarkan kepada payudara yang satu lagi, bayi akan menolak.

Jika ini yang berlaku, ibu boleh menggunakan teknik mendukung football hold supaya bayi tetap di posisi yang sama walaupu payudara sudah bertukar.

Artikel Menarik: [Mahal Macam Mana Pun Botol Susu Anak, Tetap Kena Tukar 3 Bulan Sekali!]

Bagaimana mahu tahu bayi menghidap susu dengan betul?

Air kencing banyak dan tidak pekat (jernih). Biasanya air kencing kuning hari ketiga keempat. Perhatikan cara penyusuan anak, biasalah selepas hari-hari selepas itu air kencing akan lebih jernih (jika penyusuan dibuat dengan baik).

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI