“Terima kasih atas doa semua! Alhamdulillah anak-anak saya yang positif Covid baru-baru ini doktor dah sahkan bebas.” Itu luahan penuh kesyukuran ibu kepada 4 anak, Nesra Ayob.
Menurut Nesra, dia sangat-sangat bersyukur kerana Allah mempermudahkan urusan anaknya walaupun mereka masih kecil dan berisiko tinggi. Lagi sedih ketika kuarantin, tiga anak kecilnya terpaksa berpisah dan ditempatkan di pusat kuarantin lain.
Assalamualaikum. Ingat lagi tak saya 3 anak positif covid. Baby 13 hari baru lahir, anak umur 2 tahun dan 4 tahun.
Alhamdulillah terima kasih Ya Allah, terima kasih semua yang mendoakan kesihatan anak-anak Nesra. Anak-anak sihat dah, keputusan pun ok.
Ads
Alhamdulillah petang kelmarin anak-anak, Aqief dan Ariel terlebih dulu discharge di pusat kuarantin.
Tiba-tiba semalam pula datang nurse bagitau saya pun boleh discharge juga. Alhamdulillah anak Nesra yang masih dalam pantang pun boleh keluar hospital juga.
Ads
Tinggal seorang je lagi anak lelaki di pusat kuarantin, sebab keputusan sebelum ni negatif. Jadi terpaksa swab lagi. Kalau keputusan negtif juga, baru abang Aidil boleh keluar pusat kuarantin. Doakan anak saya yang lagi seorang ni bebas Covid dan kami dapat kembali bersatu semula.
Sebelum ini, Pa&Ma menyiarkan kisah anak Puan Nesra berumur 4 dan 2 tahun serta bayi berusia 14 hari yang positif Covid susulan ahli keluarga terdekat turut disahkan positif.
Walaupun terpaksa berpisah sementara, dia tetap bersyukur ketiga anak-anaknya ok dan tetap aktif bermain serta sentiasa ada selera untuk makan.
**Berminat nak dapatkan keperluan barangan rumah pada harga menarik, klik di sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sakit belakang selepas bersalin dan ketika menyusukan anak ialah satu kebiasaan. Ada ibu yang akan sakit belakang semasa menyusu walau pun sudah mengaplikasikan posisi penyusuan yang betul. Apa lagi langkah yang boleh dilakukan untuk mengelakkan sakit belakang?
Menurut pakar laktasi, Rita Rahayu Omar, keluhan wanita tentang sakit belakang adalah biasa. Lebih-lebih lagi di kalangan wanita hamil. Lazimnya, sakit beransur hilang selepas dua minggu melahirkan. Walau bagaimanapun, ia boleh kembali menyerang apabila anda mula mendukung bayi setiap hari.
BERAT ANAK SEMAKIN BERTAMBAH
Apabila bayi semakin meningkat usia, beratnya bertambah dan boleh menyebabkan sakit belakang. Berat berlebihan menyebabkan otot perlu bekerja lebih kuat dan meningkatkan tekanan pada sendi. Jadi, sakit belakang yang anda alami mungkin bukan sepenuhnya disebabkan oleh amalan penyusuan susu ibu.
Menjaga bayi boleh memberikan tekanan kepada belakang tubuh. Asalnya, anda mungkin mengangkat atau mendukung bayi seberat 3 hingga 4kg. Apabila bayi mencecah usia setahun, beratnya dianggarkan 8kg. Kemudian, beratnya meningkat 11 hingga 13kg. Jadi, kesemua berat ini menambah tekanan kepada belakang tubuh ibu!
POSISI PENYUSUAN PERLU SEIRING DENGAN POSTUR BADAN
Kebanyakan ibu baru secara tidak sengaja menjadikan masalah sakit belakangnya lebih teruk seperti tidak mengamalkan posisi penyusuan yang baik semasa menyusu tanpa disedari.
Sebagai contoh, anda mungkin terlalu fokus untuk memastikan bayi melekap dengan betul sehingga salah duduk. Ia memberi tekanan kepada leher dan otot atas bahagian belakang tubuh sewaktu anda menunduk. Wanita yang mengalami sakit belakang sebelum atau semasa hamil cenderung untuk mengalami semua sakit yang sama selepas bersalin terutamanya jika sakit itu teruk atau bermula pada awal usia kehamilan.
Jika anda melahirkan bayi secara caesarean, tunggu sehingga minggu keenam kelahiran atau sehingga mendapat kebenaran doktor sebelum mula melakukan senaman. Tambahan pula, risiko sakit belakang adalah lebih tinggi di kalangan wanita muda dan bagi mereka yang berat badan berlebihan. Antara langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah sakit belakang:
Kedudukan tubuh ketika mendukung dan memberi bayi makan akan memberi kesan kepada apa yang bahagian belakang rasai. Sematkan dalam minda setiap hari:
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kadang kala, yang baru pertama kali bergelar ibu, tidak tahu yang anda mengalami jahitan terbuka. Dalam hal ini, episiotomi dan caesarean merupakan dua jenis luka bersalin yang perlu sentiasa dipantau. Kebanyakan kes, jahitan terbuka boleh berlaku dalam tempoh dua minggu pertama selepas bersalin tanpa penjagaan yang teliti.
Dalam kebanyakan kes, jahitan terbuka adalah disebabkan jangkitan kuman pada luka bersalin. Tidak dinafikan ia adalah pengalaman yang menakutkan. Bakal ibu juga akan merasa ‘seriau’ jika membayangkan hal ini. Ikuti penerangan daripada Dr Nurul Azwa Hasny, Pakar Perbidanan & Sakit Puan Dari SALAM Shah Alam Specialist Hospital berkaitan topik ini.
RISIKO JAHITAN TERBUKA
Risiko tinggi untuk jahitan terbuka atau lambat sembuh boleh dibahagikan kepada dua iaitu faktor ibu itu sendiri yang mengalami masalah diabetes, obes, merokok, tidak cukup zat (malnourish) dan kurang daya tahan penyakit. Manakala faktor luaran lain ialah jenis atau tahap luka. (Luka bersalin umumnya ada empat tahap). Luka tahap tiga dan empat lebih kerap jahitan terbuka.
Dalam hal ini, penggunaan antibiotik diperlukan. Kebanyakan doktor akan prescribe antibiotic kepada ibu-ibu yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan pada luka. Dalam pada itu, faktor umur dan bilangan kehamilan , tidak meningkatkan risiko jahitan terbuka.
Jahitan terbuka disebabkan oleh beberapa perkara. Antara penyebabnya ialah penggunaan benang untuk menjahit luka bersalin. Ini kerana ada benang yang cepat menyerap iaitu sebelum kulit bercantum kembali. Selain itu, bergantung juga pada jenis tisu pada kawasan luka tersebut.
Ada sesetengah wanita mempunyai tisu terlalu nipis dan mudah terkoyak dan memang berisiko untuk luka terbuka kembali selepas dijahit. Satu lagi perkara yang turut menyebabkan jahitan terbuka ialah cara jahitan yang terlalu ketat pada luka ibu akan cenderung jahitan terbuka.
Tanda-Tanda Jahitan Terbuka:
-Rasa sakit yang amat atau melebihi dua hingga tiga hari. (Biasa rasa sakit akibat episiotomi hanyalah selama dua hari. Tetapi sekiranya kesakitan itu berterusan, mungkin ada jangkitan kuman.
-Bengkak, merah, bernanah atau keluar apa-apa cecair yang berbau atau jahitan nampak terbuka.
Jika tidak dirujuk kepada doktor, kemungkinan akan ada beberapa komplikasi yang berlaku di kawasan jahitan yang terbuka:
-Kesan fizikal, psikologi dan sosial jika tidak dirawat.
-Boleh menjadi punca tempat jangkitan merebak ke dalam badan
-Boleh menyebabkan sakit berterusan, sukar untuk membuang air, sakit apabila melakukan hubungan kelamin,
-Hubungan dengan bayi terganggu, sukar untuk menyusu badan kerana sakit pada luka tersebut.
APA PERLU BUAT?
Apabila menyedari jahitan terbuka, anda perlu segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Doktor akan memeriksa untuk memastikan adakah perlu dijahit semula ataupun tidak. Sekiranya bahagian yang terbuka tidak terlalu besar, doktor akan mencadangkan ibu membersihkan sendiri, kadang-kala digalakkan rendam dengan air garam dan ubat sapuan akan diberikan supaya luka sembuh dengan sendiri (secondary wound healing) . Akan tetapi, sekiranya yang jahitan yang terbuka itu besar, doktor akan menjahit semula setelah luka tersebut bersih.
Anda mungkin trauma jika mengalami situasi ini. Namun selepas dijahit risiko untuk terbuka semula adalah minimum kecuali berlaku lagi jangkitan pada luka yang baru dijahit itu. Jahitan yang terbuka mungkin akan berulang lagi jika jangkitan pada luka itu tidak dibersihkan sepenuhnya atau masih ada jangkitan. Oleh kerana itu, ada sesetengah kes, luka yang terbuka semula boleh terus dijahit, mesti dibersihkan setiap hari atau pengambilan makan antibiotik untuk beberapa hari sehingga jangkitan tiada barulah jahitan dilakukan semula.
TEMPOH UNTUK SEMBUH
Masa yang diambil untuk menjahit semula luka bergantung kepada keadaan dan saiz luka tersebut. Jahitan biasanya menggunakan benang yang lebih kuat dan diserap/reput semulajadi. Selepas diperiksa, kawasan luka akan dibius, luka yang terbuka akan dibersihkan, kemudian baru dijahit semula. Biasanya luka bagi episiotomi akan sembuh dalam tempoh 10 hingga 14 hari.
Manakala bagi luka pembedahan, tempoh tersebut cukup untuk kulit bercantum kembali. Walau bagaimanapun, tempoh penyembuhan ini boleh diguna pakai selagi tidak ada sebarang jangkitan kuman pada bahagian pembedahan. Umumnya, semua jenis luka boleh sembuh sepenuhnya dalam masa 42 hari iaitu enam minggu.
BANYAKKAN PENGAMBILAN VITAMIN C
Sekiranya inginkan luka cepat sembuh, amat penting anda lakukan pengambilan makanan seimbang. Pastikan tubuh cukup vitamin terutama vitamin C kerana dapat mempercepatkan proses penyembuhan. Selepas bersalin digalakkan mengambil multivitamin. Makan sayur dan buah-buah banyak kerana kandungan seratnya boleh mengurangkan sembelit.
Sekiranya sudah lebih 14 hari namun luka masih tidak sembuh, jumpalah doktor segera kerana risiko jangkitan. Seharusnya semasa anda hamil, anda perlu mengambil makanan yang berzat dan kandungan hemoglobin mencukupi agar dapat mempercepatkan proses penyembuhan luka selepas bersalin kelak
JAGA KAWASAN LUKA
Amat penting anda memastikan kawasan luka sentiasa kering. Bagi luka episiotomi, pastikan luka dilapkan kering-kering selepas ke tandas dan sapukan ubat luka yang diberi oleh doktor. Begitu juga dengan luka caesarean. Selepas mandi, luka tersebut dilapkan sehingga kering. Kalau ingin gunakan barut, letakkan lapisan kain kapas atau tisu yang tidak melekat supaya boleh menyerap peluh agar kawasan luka sentiasa kering. Hal ini sangat penting kerana jika lembap, jangkitan mudah berlaku.
Jom sertai komuniti ibu Pa&Ma Moms To Be. Anda boleh ikuti forum, ajukan soalan-soalan kepada doktor dan menggunakan pelbagai tools di sini. Sign up di https://momstobe.majalahpama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Entonox adalah pelega kesakitan yang paling banyak digunakan di dalam proses kelahiran kerana pelbagai kelebihan. Ketahui cara sedut entonox dengan betul agar ia berfungsi lebih efektif.
Kelahiran akan menyebabkan kesakitan terutamanya kontraksi. Mempelajari tentang proses kelahiran akan membantu anda menyediakan minda dan fizikal terhadap bagaimana ia berjalan, kemungkinan yang akan berlaku dan alternatif kepada pelega kesakitan yang boleh diambil. Antara pelega kesakitan yang digunakan semasa proses kelahiran ialah bius epidural, suntikan pethidine dan gas entonox.
Menurut Dr Siti Eshah Bahari, Pakar Perbidanan & Sakit Puan KPJ Selangor Specialist cara sedut yang betul akan mengoptimumkan kesan yang entonox bagi melegakan kesakitan.
Entonox ialah campuran gas nitrous oxide dan oksigen. Ia digunakan meluas di dalam bidang perubatan dan kerap digunakan oleh ibu-ibu untuk melegakan sakit kontraksi semasa proses kelahiran.
Entonox banyak digunakan namun kegagalan para ibu menggunakannya dengan betul menyebabkan entonox tidak dapat berfungsi dengan betul.
KELEBIHAN GUNA ENTONOX SEBAGAI PELEGA KESAKITAN SEMASA BERSALIN
CARA SEDUT ENTONOX Entonox disarankan untuk diambil pada akhir peringkat kelahiran iaitu sebelum bukaan serviks sampai 10cm. Sekiranya pada peringkat awal ibu telah mengambil suntikan pethidine, pada akhir peringkat pertama kelahiran kontraksi yang lazimnya akan lebih kuat dan para ibu boleh mengambil pelega sakit ini.
Ibu hamil tonton video doktor kongsi amalan tip rangsang anak pintar sejak dalam kandungan lagi!
INFO: Walaupun entonox tidak mempunyai kesan sampingan yang besar, ia boleh menyebabkan anda pening. Ada sesetengah wanita rasa tidak selesa, mengantuk dan gagal untuk fokus. Jika tanda-tanda ini berlaku, hentikan penggunaan dan dapatkan bantuan petugas perubatan dengan segera.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!