Bila dah gunakan botol susu pastilah ia perlu dicuci dengan betul sehingga bersih. Betul tak? Persoalannya ramai yang tak sedar walaupun botol susu kelihatan bersih namun kuman di berus botol masih ada.
Ini antara yang ramai ibu bapa terlepas pandang. Kebanyakannya menganggap apabila dah membersihkan botol susu semuanya dah selamat. Tapi hakikat di sebaliknya ramai tak tahu.
Kadang-kadang bila anak sakit perut, cirit-birit, muntah-muntah kita akan anggap puncanya sebab salah makan.
Jadi lepas ni bila dah tau pencuci botol susu salah satu tempat kuman membiak pastikan lebih peka.
Berikut perkongsian dari Mohd Fhais mengenai hal ini.
Tersentak saya bila baca posting Dr. Saidatul Husna berkenaan span basuh pinggan yang boleh jadi ‘silent killer’ pada mak ayah kita terutama yang ada kencing manis.
Bahaya betul !
Lepas baca post tersebut terus terlintas di kepala,
Ads
“Pencuci botol susu anak pun guna span juga”
Kadang-kadang tu basuh botol anak susunya dah basi, kerak susu melekat di puting, walaupun basuh sehingga bersih di mata tapi mata kita mana boleh nampak kuman.
Mana nampak kalau kuman dari susu basi tadi melekat pada span, kerak susu yang di sental pada puting tadi pun boleh terselit dalam span.
Dah dekat 6-7 bulan pencuci botol ni tak di ganti.. Syukur alhamdulillah Allah masih lindungi anak-anak saya.
Ads
Secara logiknya span tu memang dah terkumpul banyak kuman berbahaya terutamanya Escherichia Coli (E-Coli). Masa basuh botol tanpa sedar kuman ini boleh melekat semula pada botol.
Kita tak nampak ni !
Kesian anak kecil boleh jadi loya, deman, muntah dan cirit birit kalau kuman E-Coli ni menyerang perut mereka.
Memang bernasib baik betul tak jadi apa-apa pada anak selama ni. Kena tukar sebelum terjadi apa-apa, menyesal tak guna nanti.
Di rumah tiada pencuci lebih jadi sementara nak pergi beli yang baru saya ambil langkah-langkah pencegahan ini yang Dr. Saidatul kongsikan.
Rendam/rebus span dengan air panas selama 5 minit.
Boleh juga hangatkan di dalam microwave pada suhu terpanas selama 2 minit.
Nota (ini hasil carian di google):
Suhu kepanasan untuk membunuh kuman di sarankan pada 100 darjah celsius dan ke atas.
Ini langkah pencegahan sementara sahaja. Seelok-eloknya 3 minggu sekali tukar yang baru.
Kalau berkaitan kesihatan anak-anak ni ibubapa kena selalu sangka buruk jangan melengah, sebab bila dah berlaku sesuatu nanti sangat buruk akibatkan pada anak dan diri ibubapa sendiri.
P/s : Tolong saya sampaikan pesanan penting ini pada ibubapa di luar sana yang masih ada anak menyusu guna botol supaya mereka lebih prihatin dengan bahaya kuman ni.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketika kita meraikan anak-anak dan seluruh keluarga untuk berhari raya bersama-sama, jangan dilupakan soal kesihatan diri yang perlu kita dahulukan.
Walaupun pelbagai juadah tradisional dihidangkan bagi memeriahkan sambutan, sekali gus membuatkan kita cenderung untuk makan secara berlebihan, namun jangan diikutkan hati. Adalah penting untuk mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan diri biarpun semasa meraikan Syawal.
Menurut Pakar Perunding Gastroenterologi dan Hepatologi di Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway, Dr Lim Sim Yee turut menitipkan pesanan untuk sentiasa menjaga diri dan pemakanan sihat anak sepanjang musim perayaan ini. Jangan makan berlebihan.
“Makan berlebihan semasa raya boleh menyebabkan berat badan bertambah, terutamanya apabila mengambil lebih banyak kalori daripada yang dibakar. Ini boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan bagi jangka masa panjang, misalnya peningkatan risiko obesiti serta penyakit berkaitan seperti diabetes dan penyakit jantung.
“Makan terlalu banyak atau mengambil hidangan yang mengandungi lemak dan gula yang tinggi juga boleh menyebabkan masalah penghadaman seperti senak perut, kembung perut dan sembelit,” kongsinya.
Malah Dr Lim menyarankan agar memilih makanan lebih sihat seperti hidangan yang dipanggang atau dibakar bagi menggantikan hidangan bergoreng atau mengandungi lemak tinggi.
Pilih juadah yang mengandungi protein tanpa lemak, bijian penuh dan perbanyakkan sayur-sayuran. Anda boleh juga mengawal saiz makanan dengan menggunakan pinggan yang lebih kecil atau mengambil kuantiti yang lebih sedikit bagi setiap hidangan. Makan dengan perlahan juga boleh membuatkan anda cepat kenyang selain dapat mengelakkan makan berlebihan.
Menguruskan pengambilan gula agak mencabar semasa musim perayaan kerana banyak juadah tradisional, minuman dan pencuci mulut mempunyai kandungan gula yang tinggi. Justeru, pilihlah air mineral atau minuman tanpa gula. Anda juga boleh membuat minuman sendiri dengan mencampurkan air kosong dengan hirisan buah-buahan dan herba. Buah-buahan segar boleh menggantikan keinginan terhadap makanan manis tanpa mengandungi gula tambahan.
“Anda juga boleh cuba membuat versi pencuci mulut tradisional yang lebih sihat dengan menggunakan pemanis semula jadi bagi menggantikan gula putih seperti kurma, madu dan sirap mapel. Kurangkan kandungan gula dalam resipi dan lebihkan pengambilan serat seperti bijirin atau buah-buahan,” kata Dr Lim.
Pilih snek anak, elak biskut terlalu banyak
Kanak-kanak juga cenderung untuk makan terlalu banyak biskut dan snek, serta minum minuman kordial dan berkarbonat semasa melawat keluarga dan rakan-rakan semasa musim perayaan. Menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak dengan memilih pemakanan sihat boleh membantu mereka membuat pilihan makanan yang betul.
“Tetapkan had berapa banyak makanan manis atau berkalori tinggi yang boleh dimakan oleh anak anda setiap hari semasa musim perayaan.
“Pupuk mereka untuk berkongsi makanan dengan keluarga dan rakan-rakan daripada memakannya sendirian, dan galakkan mereka mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal seperti berjalan kaki atau berbasikal. Ini boleh membantu membakar lebihan kalori dan tenaga, dan secara tidak langsung menjurus kepada amalan gaya hidup sihat,” ulas Dr Lim lagi.
Dr Lim turut berkongsi beberapa petua untuk menyediakan hidangan tradisional yang lebih sihat.
Rendang
Gunakan potongan daging yang lebih nipis seperti dada ayam atau daging lembu tanpa lemak, dan kurangkan jumlah santan yang digunakan. Anda juga boleh memasukkan lebih banyak sayur-sayuran seperti lada benggala dan brokoli untuk menambah khasiatnya.
Ayam Masak Merah
Pilihlah dada ayam tanpa kulit untuk menggantikan paha ayam yang tinggi lemak, dan kurangkan jumlah minyak sewaktu memasak. Masukkan lebih banyak sayur-sayuran seperti lobak merah dan bayam untuk meningkatkan densiti nutriennya, dan gantikan garam dan gula dengan pilihan lebih sihat seperti herba dan rempah ratus bagi menambah rasa hidangan.
Kuah Kacang
Gunakan mentega kacang asli dan bukannya mentega kacang yang diproses kerana ia mungkin mengandungi garam dan gula tambahan. Kurangkan kandungan gula dan masukkan bahan-bahan lain yang kaya dengan khasiat seperti halia dan bawang putih untuk meningkatkan manfaat kesihatannya.
Sayur Lodeh
Kuah sayuran ini selalunya dimasak dengan pelbagai jenis sayur-sayuran termasuk kekacang, terung dan kubis. Ia adalah hidangan rendah kalori, padat dengan nutrien yang mengandungi serat tinggi serta antioksidan. Bagi menjadikannya lebih sihat, kurangkan jumlah santan atau pilih jenis rendah lemak.
Acar
Acar merupakan sayur jeruk yang sering disajikan sebagai hidangan sampingan. Ia merupakan hidangan rendah kalori, mengandungi serat yang tinggi dan kaya dengan vitamin dan mineral. Bagi menjadikannya lebih sihat, kurangkan jumlah garam dan gula.
Ketupat
Juadah yang dibuat daripada beras dan dibalut dengan daun kelapa ini membekalkan sumber tenaga yang baik untuk tubuh badan. Ia juga rendah lemak dan tidak mengandungi kolesterol. Walaupun ia merupakan pilihan yang sihat, anda boleh menjadikannya lebih sihat dengan menggandingkannya dengan lauk-lauk berasaskan sayuran.
Lemang
Pilih versi yang dibuat dengan beras perang bagi menggantikan beras putih kerana ia mengandungi lebih banyak serat dan nutrien. Anda juga boleh mengurangkan jumlah santan atau memilih jenis rendah lemak.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Pa&Ma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu yang sedang menunggu hari nak bersalin, pasti dah buat persediaan untuk menyambut orang baru dalam ahli keluarga. Selain menyediakan kelengkapan bayi, barangan ibu juga penting terutama bab penjagaan luka.
Dalam tempoh berpantang ini, ibu harus betul-betul jaga kesihatan diri bagi memastikan emosi ibu terkawal dan luka bersalin cepat sembuh. Bagi memudahkan semua ibu, panduan yang dikongsikan oleh Puan Azlina Ina melalui pengalamannya sendiri selepas melahirkan anak diharapkan dapat membantu.
Perkongsian baik untuk ibu-ibu yang akan bersalin dan akan mengalami luka episiotomi, melecet, koyak, pembedahan atau jahit yang banyak. Sumpah sekejap je baik dan cantum lukanya.
Boleh cari di farmasi atau mana-mana shopee farmasi kesihatan. Jadi dah boleh siap sedia awal-awal ya. Semoga membantu ibu-ibu yang sedang menunggu hari bersalin.
Guna yang ni lepas bersalin sumpah selesa dan lembut. Tak bergulung macam pad biasa jadi tak sakit pun. Boleh je masa nak bersalin bagi pad ni pada nurse dan pesan lepas bersalin pakai yang ni inshaAllah mereka bantu pakaikan. Sangat-sangat membantu.
Kalau ibu yang czer pun bagus pakai ni sebab tak perlu dah pakai seluar dalam nak buka. Cuma koyak tepi jadi tak payah membongkok buka seluar dalam.
Ni kalau ibu takut buang air besar yang keras, boleh minum start pertama kali lepas bersalin dan lepas tu nak buang air tak risau dah. Macam saya sebab buasir selain kena makan buah-buah segar, kena minum ni juga bagi najis lembut.
Ini pula pencuci luka paling baik selain Dermacyn. Spray je dan dap dengan cotton ball. Mudah resap, bagus elakkan luka bernanah atau bengkak akibat jangkitan kuman sebab bahagian Miss V kerap basah sebab kita kerap buang air kecil. Jadi kalau setiap kali buang air besar, spray dan dap bagi bersih.
Gel paling baik untuk cantumkan luka jahit dan czer seawal mungkin inshaAllah. Tak melekit macam gel yang mudah meresap dan sejuk je bila di sapu kat luka. Mahal sikit tapi sangat-sangat membantu luka cepat sembuh dan sangat berkesan. Disyorkan sapu malam nak tidur.
Biasa sapu waktu pagi lepas mandi. Tugas dia antiseptik bagi kurangkan kesan jangkitan kuman atau luka bernanah. Tapi tak membantu untuk cantumkan luka.
Jadi ia sesuai untuk luka-luka yang ringan dan bukan dalam. Kalau luka agak dalam dan banyak jahit better guna hydrocyn sapu 2 kali sehari kalau luka sekadar melecet dan jahit luar cream ni memadai.
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangis pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Batuk dan selsema bayi antara masalah kesihatan yang kerap menyerang si kecil, terutama bila cuaca tak menentu atau selepas mereka mula dihantar ke taska. Bila anak tak sihat, ibu ayah pasti rasa risau dan serba tak kena melihat si manja sukar tidur, hidung tersumbat dan kerap menangis. Namun, tahukah anda bahawa pemberian ubat batuk dan selsema kepada bayi di bawah usia dua tahun sebenarnya tidak digalakkan?
Menurut pakar pediatrik, ubat batuk dan selsema komersial boleh memberi kesan sampingan yang serius kepada bayi kecil. Ini kerana sistem tubuh mereka masih belum matang untuk memproses bahan kimia yang terdapat dalam ubat tersebut. Malah, kebanyakan ubat ini tidak terbukti berkesan untuk bayi dan boleh menyebabkan masalah seperti gangguan pernafasan, mengantuk melampau atau muntah.
Sebagai gantinya, ibu ayah boleh membantu anak pulih secara semula jadi dengan cara yang lebih selamat dan lembut. Berikut antara empat rawatan semula jadi yang boleh dicuba di rumah:
Bawa bayi ke bilik air dan biarkan wap dari air panas memenuhi ruang selama beberapa minit. Wap ini boleh membantu mencairkan hingus dan melegakan saluran pernafasan bayi. Pastikan anda memantau si kecil sepanjang masa untuk keselamatan.
Apabila hidung bayi tersumbat, gunakan penyedut hingus untuk mengeluarkan lendir dengan lembut. Ia membantu bayi bernafas dengan lebih selesa, terutamanya sebelum tidur atau menyusu.
Larutan garam steril boleh membantu melembapkan hidung bayi dan mencairkan hingus yang pekat. Titiskan 1–2 titis pada setiap lubang hidung sebelum menggunakan penyedut hingus.
Bagi bayi bawah enam bulan, teruskan penyusuan susu ibu dengan kerap. Susu ibu bukan sahaja membekalkan air yang mencukupi, tetapi juga antibodi penting untuk melawan jangkitan. Bagi bayi lebih besar, tawarkan air kosong secukupnya jika sudah mula makan pepejal.
Selain itu, pastikan bilik tidur bayi bersih dan bebas habuk. Elakkan penggunaan penghawa dingin terlalu sejuk dan jauhkan bayi daripada asap rokok atau bau kuat. Persekitaran yang bersih dan udara lembap membantu mempercepatkan pemulihan batuk dan selsema bayi.
Ingat, batuk dan selsema ringan biasanya akan pulih sendiri dalam masa 7–10 hari. Namun jika anak mengalami demam tinggi berpanjangan, sukar bernafas, tidak mahu menyusu atau kelihatan terlalu lemah, segera bawa ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Penjagaan penuh kasih sayang dan kesabaran ibu ayah adalah ubat terbaik buat si kecil. Dengan rawatan semula jadi batuk dan selsema bayi yang betul, anak akan cepat pulih dan kembali ceria seperti biasa. 🌼
Ketahui cara sekat video Indonesia di YouTube dengan mudah menggunakan tetapan aplikasi, fungsi sekatan dan kawalan ibu bapa bagi membantu anak menguasai Bahasa Melayu dengan lebih baik.