Patung kecil berbulu, bermata besar dan berwajah pelik ini mungkin nampak seperti mainan biasa untuk si kecil, tapi siapa sangka, Labubu kini jadi fenomena seluruh dunia!
Bukan sekadar mainan, Labubu kini digilai kanak-kanak, remaja malah orang dewasa termasuk selebriti terkenal seperti Lisa BLACKPINK, Rihanna, Dua Lipa dan Kim Kardashian yang turut mempunyai koleksi peribadi Labubu mereka.
Lebih menarik, di sebalik kegilaan ini, tersembunyi kisah kejayaan seorang anak muda China, Wang Ning, yang berjaya bergelar jutawan termuda di negaranya hasil daripada perniagaan patung koleksi seperti Labubu.
Baru berusia 38 tahun, Wang Ning kini tersenarai sebagai individu ke-10 terkaya di China dengan kekayaan mencecah AS$22.7 bilion atau lebih RM107 bilion, menurut laporan Forbes.
Dari Buku Cerita ke Koleksi Rare
Labubu bukan calang-calang watak. Ia mula diperkenalkan oleh Kasing Lung, seorang artis berdarah campuran Hong Kong-Belgium, melalui siri ilustrasi The Monsters pada tahun 2015.
Ads
Pada tahun 2019, Pop Mart, syarikat milik Wang Ning, memperoleh lesen memasarkan watak Labubu, dan sejak itu, dunia mula mengenali patung comel berwajah pelik ini. Pop Mart memperkenalkan konsep blind box, iaitu kotak misteri yang tidak diketahui isinya sehingga dibuka.
Konsep ini membuatkan ramai ibu bapa dan anak-anak seronok setiap kali membuka kotak, selain ada yang menjadikannya koleksi istimewa atau pelaburan jangka panjang.
Apa Istimewanya Labubu?
Labubu dikategorikan sebagai ugly-cute, atau dalam bahasa mudah, ‘pelik tapi comel’. Ciri-ciri seperti berbulu, bermata besar dan ekspresi unik ini memang menjadi tarikan kanak-kanak. Golongan dewasa pula tertarik kerana keunikan dan nilai sentimental yang ada pada patung ini.
Ads
Tidak hairanlah, patung edisi khas Labubu pernah dilelong sehingga 1.08 juta Yuan (lebih RM700,000) di Beijing!
Kini, Labubu bukan sahaja menjadi koleksi kanak-kanak, malah sudah diangkat sebagai simbol budaya pop antarabangsa, malah mendapat kerjasama jenama mewah seperti Coach dan Louis Vuitton.
Wang Ning: Dari Kedai Kecil ke Empayar Berbilion
Wang Ning memulakan Pop Mart pada tahun 2010 sebagai sebuah kedai gaya hidup kecil di Beijing. Selepas memberi tumpuan penuh kepada perniagaan patung koleksi, terutamanya art toys, Pop Mart berkembang pesat.
Ads
Nilai saham Pop Mart melonjak lebih tiga kali ganda dalam masa setahun, menjadikan syarikat itu antara pemain utama dalam pasaran mainan koleksi dunia.
Kini, Pop Mart memiliki kedai di bandar utama dunia seperti New York, Tokyo, London, dan taman tema khas di Beijing, yang menjadi destinasi wajib untuk peminat Labubu dan koleksi Pop Mart.
Mainan & Minat Anak, Ada Potensi Besar
Fenomena Labubu membuktikan bahawa minat anak-anak terhadap patung dan permainan bukan sekadar suka-suka. Hari ini, koleksi mainan boleh jadi simbol status, pelaburan, malah sumber inspirasi kejayaan besar.
Kisah Wang Ning adalah contoh bahawa dengan kreativiti dan usaha, minat terhadap dunia kanak-kanak boleh membina empayar perniagaan bertaraf global.
Nota Pa&Ma: Ibu ayah, jangan pandang rendah minat anak-anak, walaupun sekecil mengumpul patung comel seperti Labubu. Mana tahu, inilah permulaan kepada kejayaan besar mereka suatu hari nanti!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Isu nafkah anak tiada tarikh luput, kerana ia adalah amanah seorang bapa terhadap darah dagingnya sendiri. Itulah mesej yang cuba disampaikan oleh pelakon Rita Rudaini apabila tampil mempertahankan tindakan rakan selebriti, Raja Azura, yang kembali ke mahkamah menuntut hak tiga anaknya.
Walaupun sudah lebih 15 tahun berpisah dengan bekas suami, langkah berani Raja Azura itu membuktikan bahawa nafkah anak bukan isu remeh. Ia adalah hak anak-anak yang wajib ditunaikan tanpa mengira masa.
Hutang Tetap Hutang
Menurut Rita Rudaini, nafkah anak tidak seharusnya dikaitkan dengan tempoh masa perpisahan kerana tanggungjawab seorang bapa tidak pernah tamat.
“Saya sokong penuh. Nafkah anak bukan soal masa, tapi tanggungjawab dan tanggungjawab tiada tarikh luput. Hutang tetap hutang,” tegasnya.
Rita turut mengingatkan bahawa sikap culas dalam menunaikan nafkah akan memberi kesan buruk kepada hubungan seorang bapa dengan anak-anak di kemudian hari.
“Nanti bila sudah tua, dah sakit, sibuk nak salam, nak peluk, nak minta duit pada anak. Lepas tu kalau anak tak peduli, mak pula dituduh hasut, anak dituduh derhaka. Shame on you!” katanya penuh makna.
Raja Azura Hanya Mahu Bela Hak Anak
Dalam kenyataannya kepada media, Raja Azura menjelaskan bahawa tuntutan nafkah yang difailkan bukan bertujuan untuk berbalah, sebaliknya mahu memastikan hak anak-anaknya terbela. Beliau sedar bahawa keperluan pendidikan, kesihatan dan kebajikan anak-anak tidak boleh dipandang ringan.
Hakikatnya, ramai ibu tunggal di luar sana senasib dengan Raja Azura. Mereka terpaksa bekerja keras, menggalas dua peranan sekaligus sebagai ibu dan bapa, di samping berdepan dengan kos sara hidup yang semakin tinggi.
Realiti Ibu Tunggal di Malaysia
Kisah Raja Azura hanyalah satu daripada ribuan cerita ibu tunggal di Malaysia. Ada yang bertahun-tahun berjuang di mahkamah, ada yang memilih untuk berdiam diri kerana penat, dan ada juga yang tidak pernah berhenti menuntut hak anak-anak walau apa pun cabarannya.
Buat para bapa, ingatlah bahawa perceraian hanya menamatkan hubungan suami isteri, bukan hubungan seorang ayah dengan anak-anak. Nafkah adalah kewajipan, bukan pilihan.
Inspirasi Buat Semua
Keberanian Raja Azura menuntut hak menjadi inspirasi kepada ramai ibu tunggal untuk tidak berdiam diri, manakala suara lantang Rita Rudaini pula menjadi penguat semangat bahawa seorang ibu sanggup lakukan apa sahaja demi anak-anak.
Kerana akhirnya, anak-anak yang mendapat nafkah secukupnya bukan sahaja terjamin kebajikan dan masa depan mereka, malah akan membesar dengan rasa hormat dan kasih terhadap kedua-dua orang tua.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menghargai penat lelah serta kesakitan isteri melahirkan zuriat, para suami yang bertanggung jawab akan melakukan apa sahaja untuk memudahkan proses berpantang suri hatinya. Ketika bersalin, nyawa si isteri dipertaruhkan maka selayaknya diberi penghargaan oleh suami.
Begitulah yang dilakukan oleh suami ini, Muhammad Taqiyyudin yang berkongsi ceritanya membawa bayinya ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan demam kuning tanpa membawa isterinya bersama.
Memandangkan isterinya baharu sahaja melahirkan tidak sampai lima hari, suami ini tidak mahu membawa ‘orang rumahnya’ bersama ke klinik.
Ini gambar semalam, bawa puteri kesayangan ‘cek kuning’ di klinik kesihatan. Tiba² nurse tanya,
“Mana isteri awak? Tak datang ke”
Dalam hati aku, aik baru bersalin tak sampai 5 hari takkan nak bawa datang. Nurse pun minta Qiey duduk dulu di ruangan menunggu.
Sambil tu nurse sempat bergurau…
“Weyh, laki datang sorang² dukung anak dari tadi lagi.”
Nurse lagi satu pun jawab,
“Fuh kalau laki aku ni memang takkan laa”
Baru Qiey sedar, ramai lelaki di luar sana yang masih belum sedar. Tanggungjawab sebagai seorang suami teramat besar, bukan sekadar pergi kerja sahaja.
Dalam tempoh isteri lepas bersalin, layanlah dia bagai bidadari. Sakitnya bersalin takkan mampu kita tanggung walau ada ‘sixpack’ sekalipun. Kesakitan yang teramat dahsyat itu hanya mampu ditanggung orang yang selalu kita anggap lemah.
Cubalah, ambil alih semua tugas isteri dalam masa beberapa hari lepas bersalin. Baru kita tahu betapa penatnya isteri menjalani kehidupan setiap hari. Ya, itulah isteri yang kita anggap ‘tidak bekerja’.
Kerja mereka sebenarnya jauh lebih penat dari anda. Mereka tiada ‘office hour’, mereka juga tak boleh claim ‘overtime’ walau kadang2 terpaksa bekerja sampai pagi ketika anak sakit.
Pesan Qiey, hargailah isteri anda. Mereka bukan ‘hamba abdi’, tetapi mereka bukti cinta abadi.
Qiey, Surarumah sepenuh masa.
Perkongsian suami ini sebenarnya menunjukkan suami juga boleh mengambil alih tugas seorang isteri pada waktu yang diperlukan. Isteri yang baharu bersalin memerlukan rehat yang secukupnya. Sebagai suami, tidaklah jatuh martabat anda sekiranya membantu isteri. Bahkan bertambah kasih sayangnya terhadap anda.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Eda Ezrin, penyanyi dan personaliti terkenal, baru-baru ini memohon untuk diberi ruang bagi menyelesaikan urusan peribadi selepas mengharungi pengalaman yang cukup mencabar. Setelah dibebaskan daripada tahanan di Thailand, Eda Ezrin kini memilih untuk menikmati masa bersama keluarga sebelum kembali aktif dalam dunia seni.
Dalam satu kenyataan kepada media, Eda Ezrin, yang nama sebenarnya Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, menegaskan bahawa dia kini memerlukan masa untuk pulih dan menenangkan diri selepas menghadapi dugaan besar. “Saya ingin meminta ruang untuk fokus kepada diri sendiri dan keluarga saya,” kata Eda, sambil mengharapkan agar orang ramai memberi peluang untuk dia menikmati ketenangan selepas peristiwa yang berlaku.
Kehidupan Eda Ezrin bersama suami, Mohd Affendi Ahmad, dan empat rakannya berubah secara drastik apabila mereka ditahan di Penjara Pusat Narathiwat, Thailand, pada tahun lalu. Mereka dituduh memiliki pil methamphetamine, namun akhirnya dibebaskan oleh Mahkamah Wilayah Narathiwat pada Mac 2025 setelah didapati tidak bersalah. Walaupun dibebaskan, mereka tetap ditahan sementara menunggu keputusan lanjut dari pihak pendakwa raya, yang akhirnya membenarkan mereka pulang ke Malaysia pada Ogos 2025.
Kini, Eda Ezrin memilih untuk mendiamkan diri dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga. “Saya minta maaf jika saya tidak dapat memberikan sebarang komen atau respons kepada pertanyaan, tetapi saya memerlukan masa ini untuk fokus kepada keluarga dan urusan peribadi saya,” tambahnya lagi.
Tentu sekali, ramai peminat Eda Ezrin rindu akan kemunculannya di dunia seni. Namun, buat masa ini, Eda ingin memastikan bahawa dia benar-benar bersedia untuk kembali ke industri setelah melalui semua cabaran ini. Dia juga menyatakan bahawa selepas beberapa bulan ini, dia berharap untuk kembali aktif dalam kerjaya seni dengan semangat yang lebih segar.
Keluarga Eda Ezrin sendiri dilaporkan turut memberikan sokongan padu dalam tempoh yang mencabar ini. Setelah mengalami ujian yang besar, Eda kini memilih untuk mendalami nilai-nilai keluarga dan membina semula hubungan yang lebih erat dengan orang yang paling disayanginya.
Buat masa ini, mari kita berikan ruang dan sokongan kepada Eda Ezrin dalam tempoh pemulihan ini, agar dia dapat kembali dengan lebih kuat, penuh semangat, dan lebih bersedia untuk meneruskan perjuangannya dalam dunia seni.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.