Setiap benda yang kita kenalkan atau buatkan untuk anak-anak, kena step by step, untuk bagi biasakan anak kita dengan benda baru, termasuklah memberus gigi.
0-6 BULAN
Pada masa ini biasanya anak belum tumbuh gigi. Tetapi gusi anak juga perlu dibersihkan. Mudah sahaja. Ambil kain lampin, lembapkan, kemudian balut pada jari kelingking. Sapukan pada gusi atas dan bawah bayi kita. Bersihkan sisi susu. Mudah kan?
6-18 BULAN
Gigi sudah mula tumbuh. Ada yang seawal umur 6 bulan sudah ada 4 batang gigi susu di depan. Jangan abaikan. Ada beberapa cara:
1] Sebagai permulaan, gunakan kaedah lampin tadi. Pastikan semua permukaan gigi dibersihkan.
2] Gunakan ‘finger toothbrush’. Mudah untuk bersihkan gigi depan.
Ads
3] Kalau gigi sudah banyak, terutamanya gigi geraham dah tumbuh, boleh tukar kepada berus gigi kanak-kanak.
Pada masa ini, perlahan-lahan kenalkan ubat gigi. Terpulang nak guna ubat gigi yang mana. Yang ada flourida lagi bagus. Ibu bapa mesti buatkan. Tolong gosokkan. Kalau tak, ubat gigi hanya jadi mainan atau makanan.
18-36 BULAN (1 1/2- 3 TAHUN)
Ads
Pada masa ini, gigi susu sudah tumbuh keluar semua. 20 batang semuanya.
1] Sudah wajib gunakan berus gigi kanak-kanak dan sudah dibiasakan dengan ubat gigi.
2] Ibu bapa wajib gosokkan gigi anak. Tak boleh biarkan mereka gosok sendiri.
3] Wajib gosok semua permukaan gigi. Termasuk gigi geraham dan belakang gigi.
Ads
4] Hendak diikutkan, mesti gunakan ubat gigi berflourida. Sebab itu ibu bapa yang perlu gosokkan. Untuk elak anak tertelan. Dan wajib gunakan ubat gigi hanya satu lapisan nipis sahaja.
3-6 TAHUN
Pada masa ini, ibu bapa masih lagi perlu gosokkan gigi anak. Perlahan-lahan biarkan mereka buat sendiri tapi haruslah DIPANTAU. Bukan ditinggalkan mereka menggosok sendiri. Gosok gigi bersama.
Pada masa ini juga ajar anak meludah dan berkumur. Jangan lengahkan lagi untuk gunakan ubat gigi berflourida. Sebab itu peringkat umur begini sama ada mereka DIBANTU atau DIPANTAU cara-cara mereka menggosok gigi.
Ketika membeli barangan dapur, kita sering kali melihat label “Use By” dan “Best Before” pada bungkusan makanan. Namun, tidak semua orang benar-benar memahami maksud di sebalik istilah-istilah ini. Mengetahui perbezaannya bukan sahaja penting untuk keselamatan makanan, tetapi juga membantu mengurangkan pembaziran.
Label “Use By” merujuk kepada tarikh terakhir makanan itu selamat untuk dimakan. Ia biasanya digunakan untuk makanan yang mudah rosak seperti susu, daging segar, atau makanan yang perlu disimpan sejuk. Jika makanan telah melepasi tarikh ini, ia tidak lagi selamat dimakan walaupun kelihatan, berbau atau rasa masih baik. Makanan seperti ini boleh menyebabkan keracunan makanan.
Contoh makanan berlabel “Use By”:
Susu segar
Yogurt
Daging mentah
Makanan siap masak sejuk beku
Selepas tarikh ini, makanan tidak lagi selamat dimakan walaupun ia mungkin masih kelihatan baik atau tidak berbau.
Sementara itu, label ini merujuk kepada kualiti makanan, bukan keselamatannya. Tarikh ini menunjukkan sehingga bila makanan itu berada dalam keadaan terbaik dari segi rasa, tekstur dan nutrisi. Selepas tarikh ini, makanan masih boleh dimakan tetapi mungkin tidak lagi mempunyai kualiti terbaik.
Contoh makanan berlabel “Best Before”:
Biskut
Pasta kering
Bijirin sarapan
Coklat
Selepas tarikh ini, makanan masih boleh dimakan, selagi ia tidak berkulat, berbau pelik, atau berubah rasa drastik.
Gunakan akal dan deria: bau, rasa dan lihat.
Simpan makanan di tempat kering, sejuk dan gelap (pantry atau almari makanan).
Tahukah anda? Sejuta tan makanan dibazirkan setiap tahun di seluruh dunia kerana salah faham tentang label ini. Dengan memahami perbezaan ini:
Anda boleh kurangkan pembaziran makanan.
Jimat wang dengan guna makanan secara bijak.
Elakkan keracunan makanan dengan ikuti panduan penyimpanan.
Semak tarikh sebelum beli, terutama untuk makanan segar.
Gunakan makanan yang berlabel “Guna Sebelum” dulu sebelum tarikh tamat.
Labelkan makanan dengan tarikh buka, jika tiada.
Bekukan makanan sebelum tarikh “Guna Sebelum” jika tak sempat guna.
Amalkan sistem FIFO (First In, First Out) di dapur, guna stok lama dahulu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Berapa berat baby masa lahir ya?” Itulah antara soalan popular untuk diajukan ketika melawat bayi baru lahir atau setiap kali berbual tentang perihal bayi.
Isu berat badan bayi juga ada kala menimbulkan kebimbangan apabila ia tidak selari dengan perkembangannya. Berat badan bayi bukannya merujuk semata-mata berapa berat bayi tu semata-mata, ia adalah penanda aras perkembangan dan tumbesaran bayi. Setiap perkembangan bayi mesti mengikut aliran carta kesihatan yang betul.
Berat badan bayi yang baru dilahirkan berbeza antara 2.5 hingga 4.5kg. Ukuran berat bayi boleh ditentukan berdasarkan faktor genetik, kesihatan ibu dan pemakanan ibu sepanjang kehamilan.
Berat bayi bergantung kepada beratnya semasa dilahirkan. Menjelang umur lima hingga enam bulan, kebanyakan bayi akan mencapai berat badan dua kali ganda daripada berat badan ketika dilahirkan. Makanan amat penting untuk pertumbuhan bayi. Bagi enam bulan pertama bayi amat bergantung kepada susu ibu. Ketika ini berat bayi akan meningkat.
Namun bagi bayi yang mempunyai masalah kesihatan seperti masalah penghadaman, cirit birit berterusan, muntah akan menjejaskan perkembangan bayi. Bayi perlu mendapatkan pemeriksaan lanjut daripada doktor.
Apabila anda menyedari bahawa berat bayi menurun, jangan panik! Ia perkara biasa bagi bayi selepas dilahirkan. Biasanya selepas 10 hingga 14 hari, berat bayi akan menurun antara 10% hingga 20% daripada berat badan asal. Dapatkan pemantauan kesihatan bayi untuk mengesan sebarang ciri abnormal jika berat badannya semakin menurun!
Sebelum lahir, bayi mendapat bekalan nutrien melalui plasenta secara tetap, tetapi selepas dilahirkan bayi mendapat sumber makanan melalui penyusuan susu ibunya. Selepas dua minggu berat bayi akan mula bertambah disebabkan oleh penyusuan susu ibu.
Tetapi jika berat bayi masih berkurangan iaitu tidak mengikut carta kesihatan yang betul, ia mungkin disebabkan kesihatan bayi dan tidak mendapat susu ibu yang cukup. Oleh itu, ibu perlu mendapatkan maklumat mengenai penyusuan susu ibu yang betul seperti pelekapan dan tempoh penyusuan sehingga bayi kenyang (pemberian susu foremilk dan hindmilk kepada bayi).
Ibu yang mempunyai saiz badan yang besar maka bayinya juga besar atau ibu mempunyai saiz badan kecil? fakta ini tidak benar! Namun, jika berlaku, ia mungkin disebabkan oleh faktor genetik, bayi yang dilahirkan adalah sihat. Ada juga yang disebabkan oleh masalah kesihatan seperti rahim, uri, pemakanan dan penyakit yang dihidapi oleh ibu semasa hamil.
Misalnya kencing manis tidak terkawal semasa hamil akan mengakibatkan bayi dilahirkan bersaiz besar dan badannya mengalami masalah kurang gula. Masalah lain pula ialah bayi yang dilahirkan mungkin tidak aktif dan mudah mendapat sawan.
Bayi akan ditimbang selepas dilahirkan dan berat badannya akan direkodkan dan perkembangannya dicatitkan setiap bulan walaupun ketika anda masih berpantang. Malah ia diteruskan semasa anda mendapatkan suntikan imunisasi anak di klinik. Maklumat tumbesaran bayi akan dicatatkan dalam rekod kesihatan bermula setelah bayi dilahirkan.
Jika bayi anda dilahirkan bersaiz besar, ia tidak perlu dirisaukan asalkan beratnya dalam lingkungan kesihatan. Jika berlaku peningkatan yang tinggi sehingga keluar daripada had paras yang sepatutnya, doktor atau jururawat akan bertanya mengenai jumlah penyusuan bayi, berapa kali bayi kencing dan berapa lama dia tidur.
Ia tidak menjadi masalah asalkan berat bayi masih lingkungan carta kesihatan. Tetapi jika berat bayi telah turun ke paras yang rendah pihak doktor akan membuat pemeriksaan lanjut.
Bayi pramatang selalunya dilahirkan kurang berat badan dan tidak boleh dibandingkan dengan bayi yang dilahirkan cukup bulan. Bayi pra matang mempunyai carta perkembangan khas sendiri.
Selalunya bayi pramatang mempunyai jadual penyusuan untuk menaikkan berat badannya. Ini kerana bayi pra matang ini kerap tidur dan tidak akan bangun untuk menyusu. Oleh itu, bayi pra matang diberi susu khas untuk meningkatkan berat badannya. berbanding permintaan penyusuan bayiz
Kembar selalunya dilahirkan dengan berat badan yang berbeza. Jadi setiap mereka mempunyai carta dan perkembangan masing-masing.
Biasanya, perkembangan bayi akan dicatat dalam carta kesihatan pertumbuhan bayi. Carta ini dijadikan rujukan dan panduan untuk mengetahui sama ada bayi mengalami pertumbuhan yang normal atau tidak.
Pastikan anda melakukan pemeriksaan rutin perkembangan kesihatan bayi untuk mengetahui perubahan-perubahan yang terjadi setiap bulan.Carta ini akan dapat membantu jika timbul sebarang masalah kesihatan kepada anak anda. Melalui carta kesihatan bayi akan menunjukkan berat badan idea pada setiap bulan dan pertumbuhan tinggi dan ukuran lilitan kepalannya.
Menurut carta pertumbuhan kesihatan, berat badan bayi yang sihat akan menunjukkan peningkatan pada setiap pertambahan usianya. Rujuk jadual berikut bagi berat tinggi badan bayi ideal dan lingkaran kepala menurut WHO (WorldHealth Organization) bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi yang dilahirkan pada 13 Mac lalu yang diberi nama Raden Muhammad Rafael ini adalah anak ketiga Raf Yaakob dan pertama buat Mawar.
Tidak menunggu lama untuk mendedahkan wajah Raden, Mawar berkongsi kegembiraan itu dan ternyata semua peminatnya teruja melihat Raden yang dikatakan mirip mommynya.
Rata-rata yang melihat Raden berasa geram kerana berkulit cerah, hidung mancung, mata sepet. Paling membuatkan peminat Mawar lagi bertambah geram kerana pipinya yang begitu gebu.
Ketika dilahirkan berat Raden 3.4 kilogram dan netizen juga turut membuat andaian seperti anak Jepun.
Sebagai menghargai peminat yang mendoakan kesihatannya dan Raden, Mawar berterima kasih kerana sehingga kini Raden tiada masalah dan membesar dengan sihat dan kuat.
Mawar juga bersyukur Allah bagi peluang untuknya bergelar ibu kerana baru tahu nikmat ini selepas memeluk anak sendiri.