Wanita didapati lebih cenderung untuk menghidapi penyakit buah pinggang yang kronik (CKD) berbanding lelaki.

Bernama melaporkan kajian yang dilakukan oleh Institute of Health Metrics and Evaluation (IHME) mendapati golongan wanita didapati lebih cenderung untuk menghidapi penyakit buah pinggang yang kronik (CKD) berbanding lelaki

Ketua Jabatan dan Konsultan Kanan Nefrologi Hospital Serdang, Prof Dr Goh Bak Leong memberitahu Bernama, ada beberapa sebab berbeza yang menjadikan jangkitan CKD lebih mudah kepada wanita, termasuk ketersediaan kemudahan kesihatan untuk wanita di sesetengah negara.

“Namun, sehingga kini penyebabkan kajian masih dijalankan secara konsisten oleh semua negara maju dan membangun mengenai faktor penyakit ini memberikan kesan yang berbeza antara lelaki dan wanita,”katanya.

IKLAN

Seperti yang dinyatakan di dalam laman web Hello Doktor, tanda-tanda kegagalan buah pinggang kronik adalah seperti di bawah:

  • Ujian darah yang tidak normal, termasuk diagnosis anemia
  • Ujian air kencing yang tidak normal
  • Bengkak di muka, tangan, dan kaki
  • Sakit kepala
  • Tekanan darah tinggi
  • Hilang selera makan
  • Loya dan muntah
  • Rasa logam di dalam mulut
  • Penurunan berat badan yang tidak dapat dijelaskan
  • Sesak nafas
  • Sakit dada
  • Lebam mudah
  • Warna kulit kuning ke coklat
  • Gatal
  • Kekejangan otot atau twitches
  • Kebas dan sensasi kesegaran
  • Tulang lemah yang meningkatkan risiko patah tulang
  • Keletihan
  • Masalah tidur
  • Kekeliruan
  • Sawan
  • Coma

Melalui perkongsian seorang ahli farmasi di aplikasi tiktok iaitu Puan Noori, dia berkongsi 5 tabiat perempuan yang boleh rosakkan buah pinggang. Jom ketahui tabiat tersebut supaya kita dapat mencegah sebelum merawat!

Baca Juga: 

IKLAN
  1. Faktor Anak Jalan Lambat Yang Ibu Bapa Tidak Tahu, Doktor Jelaskan Puncanya.
  2. Doktor Kongsikan 5 Makanan Dan Minuman Anak Asthma Perlu Elakkan Ketika Berpuasa 
  3. Bahaya Bagi Anak Ambil Dos Berlebihan Doktor Terangkan Mengapa

 

5 tabiat perempuan yang boleh rosakkan buah pinggang

IKLAN
    1. Minum terlalu banyak kopi yang boleh menyebabkan tekanan kepada buah pinggang.
    2. Minum banyak alkohol yang boleh menjejaskan fungsi buah pinggang untuk tapis darah.
    3. Kurang minum air kosong yang menyebabkan toksik tidak boleh dikeluarkan sepenuhnya dari badan.
    4. Banyak makan gula yang menyebabkan diabetes, boleh merosakkan saraf dan salur darah di buah pinggang.
    5. Tahan kencing yang menyebabkan tumbuh batu karang.

Oleh itu, saranan Doktor Goh untuk mengatasi peningkatan atau permulaan penyakit buah pinggang pada wanita, seperti emeriksaan berkala untuk penyakit buah pinggang dan mengambil tindakan sepatutnya untuk menjaga tekanan darah dan kadar gula dalam darah.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI