Usahawan dan pempengaruh media sosial, Aisyah Hijanah berkongsi berita gembira kelahiran cahaya mata kedua dan berita tersebut dikongsi menerusi laman instagram rasminya.
Sebelum ini Aisyah sempat berkongsi bahawa dia sudah dimasukkan ke wad kecemasan setelah melihat adanya tanda-tanda kelahiran iaitu keluar darah seperti period.
“A NEW JOURNEY BEGINS… Alhamdulillah hari yang ditunggu sampai pun! Semalam Aisyah ada share dekat ig story pasal keluar ‘show’ (lendir + darah). Actually it’s one of the signs to deliver. So Aisyah pergi clinic utk check bukaan & it was 2cm. Baru lagi & contraction pun still irregular & bearable”
“Pagi (6 am, 22/9/22) tengok dah keluar darah macam period. Sama mcm waktu Khadeejah dulu pun keluar darah juga. Tapi since dah ada experience, so berehat dulu dekat rumah, makan-makan, cari kek coklat & main dgn Khadeejah. Alhamdulillah ala kulli hal”
“Then terus pergi hospital, masuk emergency room untuk Dr monitor heart rate baby & contraction. Alhamdulillah contraction pun tak sampai average & still rasa normal lagi. In Shaa Allah rasanya estimate to deliver around few hours lagi. Nanti aisyah update dekat ig story okay! Dr check bukaan dah 3cm, so just ready masuk ward utk tunggu sampai boleh deliver”
Ads
Aisyah yang terkenal dengan perkongsian ilmu agama di laman instagram berkongsi tarikh kelahiran cahaya mata keduanya iaitu pada hari ini, Jumaat 23.9.22 tepat jam 1.28 pagi tadi.
“Assalamualaikum & welcome to the world”
“Lahir pada Sayyidul Ayyam, penghulu segala hari, berkah doa para guru”
Ads
“Jumaat, 23/09/2022 tepat jam 1.28am. Tepat pada hari due date dia”
Buat masa ini Aisyah belum mendedahkan wajah, jantina dan nama bayi keduanya itu.
Tahniah diucapkan buat Aisyah Hijanah dan Alif Teega diatas kelahiran cahaya mata kedua!
Ramai ibu bapa menganggap batuk, selesema atau demam anak sebagai perkara biasa yang akan sembuh sendiri. Namun sebenarnya, ada dua jangkitan virus yang kerap berlaku dan boleh menjadi serius jika tidak dikesan awal iaitu Virus Sinsitial Respiratori atau Respiratory Syncytial Virus (RSV) dan influenza.
Dr. Syed Abdul Khaliq, Pakar Perunding Pediatrik & Neonatologi, berkongsi tentang topik RSV & Influenza: Ancaman Senyap Pada Si Kecil semasa Parenting A+ Forum pada 31 Januari 2026 di SACC Convention Centre, Shah Alam.
Ayuh, Kenali RSV Dulu!
RSV ialah virus yang menyerang saluran pernafasan, terutama bayi dan kanak-kanak kecil – dan boleh berlaku sepanjang tahun di Malaysia. Di peringkat global, 2 daripada 3 bayi akan dijangkiti RSV sebelum harijadi pertama mereka. Virus ini mudah tersebar melalui titisan pernafasan ketika batuk atau bersin, serta sentuhan pada permukaan yang tercemar. Walaupun nampak seperti selesema biasa, RSV boleh menyebabkan kesan serius terutama pada bayi berumur 1 tahun ke bawah.
RSV: Simptom Awal yang Perlu Diperhatikan
Pada peringkat awal, anak yang dijangkiti RSV mungkin hanya menunjukkan hidung berair, batuk ringan dan demam sederhana. Tetapi apabila virus mula menjejaskan saluran pernafasan, nafas anak boleh berbunyi (wheezing), menjadi laju, dan mereka kelihatan lesu. Bagi bayi, tanda seperti kurang menyusu atau berhenti bernafas seketika adalah isyarat penting yang memerlukan perhatian segera.
RSV: Rawatan dan Pemantauan
Tiada ubat khusus untuk membunuh virus RSV. Rawatan biasanya tertumpu kepada sokongan seperti memastikan anak cukup minum, mengawal demam dan memantau pernafasan dengan teliti. Dalam kes yang lebih serius, rawatan di hospital termasuk bantuan oksigen mungkin diperlukan.
RSV: Risiko Komplikasi
Jika tidak dirawat awal, RSV boleh menyebabkan bronkiolitis, radang paru-paru, dan dalam kes yang lebih serius, kegagalan pernafasan. Kanak-kanak yang pernah dijangkiti RSV juga berisiko mengalami masalah pernafasan berulang di masa akan datang.
RSV: Siapa yang Paling Berisiko
Semua bayi berisiko. Tiada cara untuk meramalkan bayi mana yang akan mengalami komplikasi akibat RSV, dan ia bukan sahaja menjejaskan bayi pramatang atau yang mempunyai masalah kesihatan lain.
“85% kes RSV yang teruk berlaku pada kanak-kanak sihat dan tanpa sebarang penyakit. RSV sukar diramal dan boleh menyebabkan komplikasi serius bagi semua bayi.”
Apa Pula Influenza?
Berbeza dengan RSV, influenza sering dianggap selesema biasa, tetapi simptomnya lebih kuat dan datang secara tiba-tiba. Influenza menyerang saluran pernafasan dan boleh berlaku kepada semua peringkat umur, tetapi kanak-kanak adalah antara yang paling mudah dijangkiti.
Influenza: Tanda-Tanda yang Perlu Ibu Bapa Tahu
Anak yang dijangkiti influenza biasanya mengalami demam tinggi, batuk, sakit tekak, hidung berair, sakit badan, sakit kepala dan keletihan yang ketara. Sesetengah kanak-kanak juga boleh muntah atau cirit-birit sehingga menjejaskan tenaga mereka.
Influenza: Rawatan yang Sesuai
Dalam kebanyakan kes, influenza boleh dirawat di rumah dengan rehat cukup, pengambilan cecair yang mencukupi dan ubat untuk mengawal demam. Doktor mungkin memberikan ubat antiviral jika jangkitan dikesan awal, terutama bagi anak yang berisiko mengalami komplikasi.
Influenza: Risiko Komplikasi dan Golongan Berisiko
Jika tidak dirawat dengan baik, influenza boleh menyebabkan radang paru-paru, jangkitan telinga, dehidrasi dan jarang sekali, keradangan otak dan juga boleh membawa maut. Kanak-kanak bawah lima tahun, wanita hamil, warga emas, serta mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti asma atau diabetes adalah golongan yang lebih mudah terjejas.
“Influenza ialah penyakit pernafasan yang mudah berjangkit. Virus influenza berada di Malaysia sepanjang tahun. Kanak-kanak bawah 5 tahun dan yang mempunyai penyakit lain berisiko lebih tinggi dimasukkan ke hospital serta mengalami komplikasi.”
Langkah Pencegahan yang Mudah Dilakukan
Amalan kebersihan seperti kerap mencuci tangan, mengajar anak menutup mulut ketika batuk atau bersin, serta mengelakkan mereka daripada berada di tempat sesak ketika musim jangkitan boleh membantu mengurangkan risiko RSV dan influenza. Pengambilan vaksin bagi influenza dan imunisasi bagi RSV (vaksinasi ibu hamil, atau imunisasi RSV dengan antibodi monoklonal bagi perlindungan bayi), juga penting untuk membina pertahanan awal dan mengurangkan risiko komplikasi.
Lebih baik mencegah daripada merawat. Ibu bapa perlu lebih peka dengan tahap kesihatan anak, memerhati sebarang perubahan kecil pada rutin atau tingkah laku mereka. Dengan langkah pencegahan yang konsisten dan pemantauan awal, kita dapat melindungi si kecil daripada ancaman senyap RSV dan influenza, dan dapat memastikan mereka membesar dengan lebih sihat dan selamat.
Lindungi bayi anda daripada RSV. Bincanglah dengan pakar pediatrik anda mengenai imunisasi dengan antibodi monoklonal. Layari TogetherAgainstRSV.my untuk maklumat lanjut.
Teknik pernafasan Lamaze merupakan salah satu kaedah popular yang sering diamalkan oleh ibu hamil bagi membantu mengurangkan kesakitan ketika kontraksi. Kontraksi yang datang setiap beberapa minit sebelum proses melahirkan anak sememangnya tidak mampu dikawal dan boleh menjadi sangat menyakitkan. Namun, teknik pernafasan yang betul sebenarnya boleh membantu meredakan kesakitan tersebut buat sementara waktu.
Memberi fokus dan tumpuan kepada teknik pernafasan ini juga mampu mengalihkan perhatian daripada rasa sakit. Jadi, apakah sebenarnya teknik ini dan bagaimana ia berfungsi?
Diperkenalkan oleh pakar obstetrik dari Perancis, Fernand Lamaze sekitar tahun 1950-an, teknik pernafasan Lamaze masih digunakan sehingga kini. Ia menggunakan kaedah psychoprophylaxis, di mana wanita dilatih untuk mengawal pernafasan sebagai alternatif kepada ubat tahan sakit semasa kontraksi.
Secara umumnya, teknik ini merangkumi beberapa cara pernafasan seperti:
Teknik ini selamat diamalkan oleh ibu hamil dan tidak melibatkan sebarang risiko berbahaya.
Tujuan utama teknik pernafasan Lamaze adalah untuk mengurangkan kesakitan akibat kontraksi. Kontraksi berlaku apabila otot rahim mengetat dan melentur untuk membantu bayi bergerak keluar melalui saluran kelahiran.
Walaupun teknik ini tidak dapat menghilangkan kesakitan sepenuhnya, ia mampu membantu ibu mengawal reaksi terhadap kesakitan tersebut. Tahap keberkesanannya bergantung kepada toleransi individu terhadap rasa sakit.
Bagi mendapatkan hasil terbaik, ibu hamil disarankan untuk mendapatkan tunjuk ajar daripada pakar. Namun, terdapat beberapa panduan asas yang boleh diamalkan.
Tarik nafas secara perlahan dan mendalam pada setiap permulaan dan pengakhiran kontraksi bagi memastikan tubuh kekal relaks.
Apabila kontraksi berkurang, kembali kepada pernafasan perlahan menggunakan hidung dan mulut.
Teknik pernafasan Lamaze merupakan kaedah semula jadi yang boleh membantu ibu hamil mengawal kesakitan dan emosi ketika bersalin. Walaupun ia tidak menghapuskan kesakitan sepenuhnya, teknik ini terbukti membantu ramai wanita menghadapi proses kelahiran dengan lebih tenang.
Untuk hasil yang lebih berkesan, dapatkan bimbingan daripada doktor atau pakar kebidanan bagi memastikan teknik ini dipraktikkan dengan betul.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahniah diucapkan buat usahawan kosmetik, Madammu yang selamat melahirkan cahaya mata sulungnya semalam.
Madammu yang menjalani rawatan IVF untuk cahaya mata sulungnya bersama suami memilih tarikh indah 9 Jun 2023, Jumaat penuh barakah untuk menyambut kelahiran bayi pertama mereka.
Menerusi Tik Toknya, usahawan cantik jelita itu berkongsi kegembiraan atas kelahiran itu.
“Alhamdulillah, baby A selamat dilahirkan di hari Jumaat yang penuh berakah. Syukur,” tulisnya.
Madammu bagaimanapun masih belum mendedahkan nama, wajah dan jantina anaknya yang dipangil Baby A.
Menerusi video yang dikongsikan Madammu itu, memperlihatkan Baby A yang ditunggu-tunggu ramai ini dibawa masuk ke bilik ibunya.
Teruja dengan perkhabaran gembira itu, pengikut setia Madammu turut meninggalkan pelbagai respons diikuti ribuan ucapan tahniah atas kelahiran yang begitu dinantikan itu.
Terdahulu Madammu dimasukkan ke hospital selepas mengalami kebocoran air ketuban. Bahkan pada Mei lalu, Madammu juga turut dimasukkan ke hospital selepas tidak cukup rehat.
Semoga kelahiran Baby A menceriakan dan mencambahkan rasa bahagia buat keluarga Madammu dan suami.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera parah selepas mata tertusuk besi kusyen kereta ketika dalam perjalanan ke kelas agama di Baling, Kedah.