Kanak-kanak yang sering terdedah dengan asap rokok berdepan risiko menghidap pelbagai penyakit seperti jangkitan paru-paru, lelah dan masalah pendengaran.
Apabila sebatang rokok dibakar, perokok melepaskan lebih 4 ribu bahan kimia ke ruang udara melalui asapnya.
Kanak-kanak adalah golongan yang mudah terdedah dengan asap rokok berbanding golongan dewasa.
Boleh dikatakan kanak-kanak yang menghidap penyakit paru-paru adalah daripada keluarga yang sekurang-kurangnya mempunyai seorang perokok.
Walaupun ahli keluarga terbabit merokok di luar rumah dan menganggap ia tidak akan memberi kesan kepada anak, ia adalah pemahaman yang salah.
Ads
Apabila seorang perokok itu merokok, dia ada kesan-kesan nikotin di kulit, di baju, dan apabila dia balik, dia mendukung, mencium anak. Jadi kesan itu juga beri kesan negatif yang dipanggil sebagai third stream smoker.
Ads
Berikut perkongsian dari Dr Aen Saari dalam twitter mengenai satu kes yang dikendalikannya dan boleh menyedarkan ibu bapa.
Anak masuk kali ke-8 disebabkan asma. Si ayah, “anak saya setiap bulan mesti check in hospital. Saya tak tahu kenapa. Saya dah cuba elakkan itu ini tapi tak menjadi juga.” Si emak, “haah, Dr. Saya siap ada mesin neb sendiri dekat rumah, Dr. Senang kalau anak semput.”
Ads
Saya, “ada sesiapa merokok kat rumah tak?” Si emak, “ada, Dr. Suami saya.” Tapi masih lagi in denial ya. Bukan asap rokok sahaja yang bahaya. Partikel asap rokok yang melekat kat tubuh badan, baju, dalam mulut tu pun bahaya. Dia trigger reaksi hipersensitif budak yang sensitif.
Lagi-lagi budak yang memang ada masalah atopi (eczema, resdung (allergic rhinitis). Performance anak dekat sekolah drop sebab banyak masa anak dekat hospital bukan dekat sekolah.
Bahu bayi tersangkut ketika kelahiran (shoulder dystocia) adalah antara masalah kecemasan yang boleh berlaku ketika proses kelahiran. Bayi patah tulang bahu, cedera saraf dan kurang oksigen antara risikonya.
Menurut Dr Sharina Mohd Razali, Pakar Perbidanan & Sakit Puan Columbia Asia Bukit Rimau, bahu bayi tersangkut ketika kelahiran ia adalah keadaan di mana kepala bayi yang telah lahir tetapi bahunya tersangkut pada tulang pubis ibu.
Sekiranya berlaku, doktor perlu melakukan langkah kecemasan tambahan (additional manouvres) untuk membantu melepaskan bahu bayi yang tersangkut pada tulang pubis tersebut.
RISIKO BAHU TERSANGKUT KEPADA BAYI
Kebanyakan masa bahu bayi boleh dilepaskan tanpa sebarang masalah tetapi dalam beberapa kes bahu tersangkut ini kadangkala boleh menyebabkan masalah kepada bayi seperti;
Patah tulang bahu.
Kecederaan pada saraf.
Kekurangan oksigen (birth asphyxia).
Masalah ini boleh berlaku dalam 1 dalam 150 kelahiran (0.7%) dan lebih kerap berlaku pada ibu-ibu yang menghidap penyakit kencing manis semasa mengandung. Hakikatnya ia sangat sukar diramal.
7 KEADAAN MENINGKATKAN TERJADINYA BAHU BAYI TERSANGKUT SEMASA PROSES KELAHIRAN
Oleh sebab ia sukar diramal ketika hamil, ibu-ibu yang perlu memahami siapa yang berisiko tinggi untuk mengalami bahu bayi tersendat ketika kelahiran. Dengan ini perlu mengambil langkah awal serta persediaan mental dan fizikal.
Sejarah bahu bayi tersendat ketika kelahiran sebelumnya.
Ibu yang menghidap kencing manis.
Bayi yang besar dan ibu menghidap kencing manis.
Indeks jisim tubuh (BMI) ibu lebih dari 30.
Kelahiran secara paksa (indius).
Proses bersalin yang sangat lama.
Kelahiran menggunakanventouse atau forseps.
DALAM KECEMASAN, LANGKAH-LANGKAH INI AKAN DILAKUKAN
Bagi kes kecemasan di mana ia terjadi tanpa jangkaan atau dikenali sebagai obstetric emergency, pakar sakit puan dan bidan yang bertugas akan memberikan rawatan segera. Sekiranya berlaku bahu bayi tersendat semasa proses kelahiran, red alertakan dimulakan untuk mendapat bantuan dari pasukan perubatan.
Ibu akan diminta berhenti meneran untuk mengelakkan kecederaan lebih teruk pada bayi. #1. Doktor akan menyuruh ibu membengkokkan paha dan lutut ke arah perut ibu bagi menambah ruang vagina supaya bahu bayi boleh dilepaskan dari tulang pubis ibu. Ini dipanggil Mc Roberts manouvre. #2. Sekiranya manouvre pertama gagal, langkah seterusnya ialah doktor pakar akan menekan pada bahagian abdomen ibu iaitu pada atas tulang pubis bertujuan untuk menolak dan melepaskan bahu bayi yang tersangkut. #3. Andai manouvre kedua gagal, doktor akan memasukkan tangan dalam vagina dan cuba menolak bahu bayi dan cuba melepaskan bahu bayi yang tersangkut. Guntingan episiotomi akan dilakukan sekiranya belum dibuat untuk memudahkan manouvre tersebut diatas. #4. Akhir sekali sekiranya semua gagal ibu mungkin akan disuruh menelangkupkan badan (on all four hands and legs) kerana ini juga boleh membantu melepaskan bahu bayi.
IBU KENCING MANIS PASTIKAN GULA TERKAWAL
Masalah bahu bayi tersangkut ini sukar dielakkan kerana sukar diramal. Cara yang boleh dilakukan untuk mengelakkannya ialah dengan adalah ambil langkah berjaga-jaga jika ibu mempunyai risiko terutamanya ibu yang menghidap kencing manis. Bersalin secara induksi boleh mengelakkan masalah ini.
Elakkan sama sekali kehamilan yang terlebih tempoh bagi ibu yang mempunyai kencing manis. Doktor selalunya akan mencadangkan bersalin melalui pembedahan caesarean jika berat bayi melebihi berat normal iaitu 4kg. Walau bagaimana pun risiko bahu tersangkut masih boleh berlaku pada bayi yang mempunyai berat kurang dari 4kg lebih-lebih lagi jika ibu menghidap diabetes.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Saat bayi baru dilahirkan, ibu bapa orang yang paling gembira dan bersyukur. Perasaan tak sabar bawa pulang anak ke rumah memang berita yang ditunggu untuk berkongsi kegembiraan dengan ahli keluarga.
Apabila bayi dibawa pulang, pastinya saudara mara dan rakan-rakan yang tahu akan datang untuk melawat bayi. Masa ini, masing-masing akan pegang dan cium bayi kerana teruja.
Perasaan geram nak cium dan gomol itu memang tak boleh dielakkan oleh sesiapa tetapi jika tak dielakkan dari awal, kesannya pada bayi kita tak tahu. Boleh jadi masalah lebih teruk kerana bayi masih mempunyai sistem imun yang lemah dan cepat jatuh sakit.
Sebagai tetamu, perlu ada had ketika melawat bayi. Janganlah tunggu ibu bapa bayi yang cakap. Kadang nak cakap lebih takut terasa hati. Sepatutnya kita sebagai tetamu yang perlu tahu batas dan elakkan mencium dan memegang bayi.
Hormatilah ibu bapa bayi. Sebaiknya berikan dulu ibu dan bayi rehat. Nak datang melawat mungkin boleh, tapi tunggulah sehingga habis pantang untuk kedua-dua cepat pulih dan sihat. Maklumlah kadang waktu pantang ni ibu pun tak dapat rehat cukup kerana berulang alik ke klinik atau hospital untuk check kuning atau follow up lain.
Perkongsian dari Dr Redza Zainol ini mungkin boleh jadi peringatan bersama.
Nafas laju, demam, batuk
Saya hembus nafas perlahan-lahan selepas saya terima panggilan dari Jabatan Kecemasan. Bayi usia 2 bulan ni nafasnya laju, demam tinggi dan batuk.
Selepas diteliti, bayi ni memenuhi kriteria sebagai pesakit SARI (Severe Acute Respiratory Infection). Nama lainnya ialah jangkitan pernafasan akut teruk.
Menurut polisi Kementerian Kesihatan Malaysia, pesakit SARI perlu dimasukkan ke wad isolasi dan disaring untuk Covid-19.
Selepas selesai memakai pakaian lengkap PPE, saya masuk ke wad isolasi untuk mengambil sampel Covid-19 dari hidung dan tekak bayi ni. Dibantu oleh jururawat yang cekap, kerja saya jadi mudah.
Dipeluk cium saudara mara yang melawat
Menurut ibunya, bayi mula demam dan batuk selepas dipeluk cium oleh saudara mara yang datang ke rumah. Beliau cuba untuk menegah tapi ada saja alasan yang diberi.
Saya jadi kagum sebab ibu ni sangat sabar orangnya. Bukan calang-calang sebab tinggal di wad isolasi ni sangat tak selesa.
Bayangkan kipas tak boleh dibuka, jadi bayi asyik menangis sebab kepanasan. Ibu pula jadi kepenatan cuba menenangkan bayi.
Sampel Covid-19 pada bayi perlu diambil dan paling sedih, ayah bayi tak boleh datang melawat sampailah keputusan Covid-19 siap.
Elaklah pegang dan cium bayi
Selepas keputusan sampel Covid-19 disahkan negatif, barulah boleh pindah ke wad biasa.
Nasihat saya, jangan suka-suka pegang dan cium bayi orang tanpa izin ibu dan ayah bayi tu. Penjarakan sosial tu termasuk antara orang dewasa dan bayi kecil juga.
Biarlah penjaga utama bayi saja yang pegang dan cium bayi tu. Kalau bayi masuk ke wad isolasi dan kita sanggup menjaga bayi tu sepenuh masa, maknanya kitalah penjaga utama bayi tu.
Sistem imun bayi belum matang
Bayi ni sistem imunnya belum matang, jadi mudah dijangkiti kuman. Banyak kuman yang ada pada orang dewasa, gejalanya tak teruk tapi pada bayi sampai boleh mengancam nyawa.
Bila pergi ke rumah orang, ingat tau apa yang saya kongsikan ni. Kadang-kadang kita tak sengaja sebab seronok sangat nampak baby kan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sememangnya kes jangkitan Covid-19 dikalangan kanak-kanak dikatakan jarang dijumpai, namun hari ini sudah ramai kanak-kanak yang telah terkesan dengan virus yang merbahaya ini. Malah di luar negara ada yang sudah terkorban kerana Covid-19
Sebelum ini pelakon dan pengacara popular Neelofa pernah memuat naik perkongsian tentang anak sepupunya yang berusia enam bulan disahkan positif Covid-19. Dalam IG story yang dimuat naik itu, Neelofa memohon orang ramai untuk mendoakan kesihatan si comel Noor Sameera Mohd Nazlee yang tinggal di Brunei.
Sameera anak kepada sepupu Neelofa, Noor Cahaya dijangkiti virus tersebut daripada kontak rapat yang merupakan ahli keluarga yang baru pulang dari luar negara.
Tapi syukur kepada Yang Maha Esa, dalam perkembangan terbaru di akaun Instagram milik Noor Cahaya, anak perempuannya itu difahamkan telah pulih daripada jangkitan tersebut. Menurutnya si comel Noor Sameera telah bebas daripada virus dan kini sudah boleh pulang ke rumah selepas 18 hari menjalani sesi rawatan di salah sebuah pusat perubatan di Brunei.
Noor Cahaya dalam perkongsiannya itu juga mengucapkan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dan menitipkan doa buat Sameera.
Alhamdulillah 🤲🏻😭 syukur ya Allah after 18 Days finally Noor Sameera is recovered from covid19 and shes home ! Thankyou to everyone, family friends followers who keep checking on her thru msgs and DMs and who keep us in ur prayers n doa.. hanya Allah sahaja Dapat balas jasa baik semua … 🤲🏻 Semoga Allah lindung kita dari wabak penyakit ini dan segala penyakit amin amin .. 🤲🏻❤️
Melatih anak-anak kecil berpuasa ini, memerlukan kita menjernihkan hati kita. Fokus untuk melakukannya kerana mencari redha Allah.Bila kita faham akan perkara ini, maka bila...