Hanya ibu ayah yang mengenali anak-anak sendiri. Sebabnya lain anak, lain perangai. Lain orang, lain cabaran. Jangan sesekali compare journey kita dan ibu ayah lain. Memang takkan sama. Journey besarkan anak sendiri pun akan lain-lain walaupun adik beradik dari rahim yang sama. Macam-macam cerita dan drama.
Tak kisah laa ibu ayah berkerja atau suri rumah. Penat dia lain macam betul.
Ada orang kata jaga baby senang, baby tidur jer. Ada orang kata, jaga anak bila dah pandai cakap senang, mudah sikit faham kita cakap.
Haaa, padahal nya, setiap tahun, ada cabaran berbeza. Macam main game bila kita nak level up
Fasa bayi 0-12 bulan
– Ada masa taknak tidur, nangis jer.
– Kena bersengkang mata siang malam.
– Belum lagi kalau kembung perut ke, jenis melekap jer.
Fasa 1- 2 tahun
– Fasa merangkak, mengutip berjalan.
– Tangga dan pintu almari memang terpaling favorite.
– Rumah kena sentiasa bersih sbb ada tukang ‘mop lantai’.
– Fasa kena pantau 24 jam.
Ads
Fasa 2-3 tahun
– Fasa tantrum. Mengamuk tak dapat barang.
– Pandai menjerit, merajuk.
– Nak jalan jer, taknak duduk dalam stroller.
Fasa 4-5 tahun
– Dah banyak ‘kepandaian’ orang kata.
– Banyak drama, demand, dan banyak mulut.
Fasa 5-6 tahun
– Boleh tarik nafas sikit dah.
– Kena bentuk elok supaya mudah dengar kata.
– Fasa kena jadi kawan yang happy go lucky betul-betul supaya mudah handle.
Kemudian fasa-fasa yang kena didik anak solat, didik anak cara berkawan, didik anak kawal sifat marah dan sebagainya.
Ads
Kemudian, pejam celik, pejam celik anak-anak akan meniti fasa dewasa yang kita perlu jadikan mereka kawan supaya mereka trust dan percaya kita.
Fuhh. Bukan mudah kan? InshaAllah. Ilmu parenting kena cari hari-hari. Kena sentiasa belajar especially dengan anak. Jadi ibu bapa kena rendahkan ego untuk belajar dengan anak.
Penat. Tapi, every moment is worth it, inshaAllah. Anak-anak ni amanah Allah.
Ikan bilis rangup dengan nasi panas sememangnya buat kita makan bertambah-tambah. Pun begitu bila makan ikan bilis yang liat bukan rasa selera terbantut.
Rupanya ada cara paling senang nak rangupkan ikan bilis, seperti yang dikongsikan oleh Pn Liza Idris. Hanya gunakan saja cuka dan gaulkan rata sebelum digoreng. Wajib cuba petua ini kerana sememangnya berkesan.
Meh sini nak share petua ikan bilis goreng kekal rangup. Saya dah cuba banyak petua. Ternyata petua ni berkesan untuk digunapakai.
Cuci ikan bilis dan tapis bagi betul-betul kering. Kiranya sejam sebelum masak tu, cuci la siap-siap ye. Ada yang tak cuci tau sebab takut ikan bilis jadi liat. Tak bagus gini. Seeloknya cuci dulu.
Panaskan kuali tanpa minyak, goreng sikit atau sangai sekejap je.
Renjiskan cuka ikut keperluan.
Gaul cuka dan ikan bilis bagi mesra. Saya gaul pakai tangan. Air tangan seorang isteri untuk suami gitu.
Panaskan minyak, biar betul-betul panas. Nak tahu panas atau tidak, boleh la celup jari tu. Kemudian, goreng ikan bilis yang dah gaul dengan cuka tadi.
Dah garing, angkat dan toskan minyak.
Siap. Kalau goreng banyak pastikan letak dalam bekas kedap udara.
Saya suka goreng dan simpan buat stok. Letak dalam sambal pun masih rangup dan tak liat.
Senang betul guna baby wipes, cepat dan mudah nak lap baby masa tukar pampers. Tapi sedarkah papa mama semua, penggunaan baby wipes perlu dielakkan jika sumber air yang mengalir masih ada.Jika papa mama nak guna baby wipes, selepas itu harus menggunakan air yang mengalir
Kadang-kadang bukan tak tahu tapi terlupa tentang hukum. Benda-benda instant nampak memudahkan papa mama tapi haruslah mengikut landasan agama yang telah ditetapkan. Perkongsian dari facebook Ustaz Syed Shahridzan boleh dijadikan panduan dan peringatan kepada papa mama semua.
HUKUM GUNA TISU BASAH (BABY WIPES)
Ustaz..mohon bg penerangan tentang mengelap kotoran dengan wet tissue boleh tak? Sebab ramai kaum ibu yang guna sewaktu tukar pampers bayi…terutama sewaktu musafir. Terima kasih banyak2 ustaz.
JAWAPAN:
Mengelap kotoran yang dalam kategori najis dengan tisu basah(baby wipes) mesti dielakkan ia tidak menepati syarat-syarat penyucian sesuatu dari najis.
Najis bayi (selain mukhaffafah) termasuk dalam kategori najis mutawassitah yang mana syarat pembersihannya mestilah menghilang ain(objek) dan seluruh kesan-kesannya iaitu bau warna dan rasa.
Syarat Penyucian
Syarat penyucian najis mutawassitah jika melibatkan air yang sedikit mestilah air itu bersifat mendatang(curah) kepada najis tidak kira dari arah mana sekalipun. Ini bermakna benda yang bernajis tidak boleh direndam ke dalam air yang sedikit, maka proses penyucian tidak sah. Perkara ini disebut di dalam kitab-kitab fiqh antaranya “Taqrirat Sadidah”:
أن يكون الماء واردا غير مورد، أي يرد الماء على النجاسة لا العكس.
Maksudnya: “Air itu hendaklah mendatangi bukan ia didatangi, iaitu air mendatangi ke atas najis bukan sebaliknya”.
.
Syarat lain yang mesti dipenuhi untuk menyucikan sesuatu benda dari najis mutawassitah adalah air itu mestilah bersifat mengalir sepertimana disebut di dalam kitab ‘al-Yaqut al-Nafis:
بجري الماء على ما تنجس بها
Maksudnya: “Dengan mengalirnya air ke atas seuatu yang ternajis dengannya(najasah)”.
Satu lagi syarat yang wajib dipenuhi menurut mazhab Syafi’ie adalah membersihkan sesuatu dari najis dengan air mutlak(air paip dan seumpamanya). Tidak boleh menggunakan air yang bercampur dengan bahan lain seperti sabun, clorox dan seumpamanya. Perkara ini disebut di dalam kitab “Matan Abi Syuja'”:
وطاهر غير مطهر وهو الماء المستعمل والمتغير بما خالطه من الطاهرات
Maksudnya: “Jenis air yang suci tetapi tidak menyucikan iaitu air mustakmal dan air yang berubah sifatnya dengan bercampur dengan bahan-bahan yang suci”.
Berbalik kepada isu baby wipes, jelas ia tidak menepati syarat-syarat di atas. Ini kerana meskipun tisu itu basah tetapi sifat air itu tidak mengalir ke atas benda yang bernajis, malah tisu itu hanya sekadar basah, iaitu jika diperah sekalipun ia tidak mengalirkan air.
Syarat lain yang tidak ditepati oleh baby wipes ialah air yang digunakan bukan terdiri dari air mutlak. Ini kerana basahan tisu itu terdiri dari cecair yang bercampur dengan bahan kimia dan bukannya tulus air mutlak(air paip dll).
Cadangan
Cadangan yang terbaik, boleh menggunakan baby wipes untuk membersihkan sesuatu yang bernajis seperti kemaluan bayi, tetapi setelah menggunakan ia maka mesti dibilas dengan air mutlak yang mengalir ke atas sesuatu anggota atau benda sehingga hilang kesan-kesan najis.
.
Jika proses tersebut hanya bergantung kepada baby wipes sahaja tidak diiringi dengan bilasan, maka proses penycuian tersebut dikira tidak sah dan bayi itu terus dalam keadaan menanggung najis.
Sebagai maklumat tambahan, maksud air mengalir adalah air yang diletakkan atas sesuatu benda atau anggota, kemudian ia mampu mengajir. Sebagai contoh air di’spray’ ke atas sesuatu benda atau anggota sehingga ia nampak mengalir di atasnya. Perkara ini ada dinyatakan oleh Imam Nawawi berkenaan maksud air yang mengalir di dalam al-Majmuk, iaitu tidak sah berwuduk dengan air salji yang beku kerana ia tidak mengalir maka hendaklah salji itu dicarikan dahulu, namun jika salji itu ditekap atas anggota yang panas lalu salji itu cair(mengalir), maka sah wuduk itu.
Fakta tambahan selepas 2 jam artikel ini dikeluarkan:
Dalam mazhab syafiie ada satu hukum khusus yang dinyatakan iaitu التضمح بالنجاسة iaitu meletakkan sesuatu dengan najis atau membiarkan sesuatu itu dalam keadaan bernajis hukumnya ada haram. Menurut ulama syafi’iyyah lagi sesuatu benda yang digunakan untuk dimanfaatkan oleh manusia atau mana-mana anggota badan manusia dibiarkan dalam keadaan bernajis meskipun bayi sekali pun (yang tidak solat) dan tidak disucikan maka tidak boleh dibiarkan dalam keadaan bernajis. Ini kerana ia adalah berbuatan yang menjijikkan dan jauh dari falsafah kebersihan yang dititik beratkan oleh Islam. Oleh itu, dalam keadaan yang tidak terdesak, perkara sebegini tidak sepatutnya diambil mudah.
Namun tidak dinafikan perkara seperti urusan bayi tidak lari dari keperluan mendesak seperti musafir, jalan jauh dan sakit, jika ia dalam keadaan terdesak sebegini maka ia dibolehkan (baby wipes) dan tidak termasuk hukum haram sepertimana yang dinyatakan oleh Imam Syubramallisi di dalam hasyiahnya(karangan). Jadi masalah penyucian anggota bayi bukan hanya kaitan bayi itu wajib solat atau tidak tetapi atas alasan-alasan yang disebut di atas.
Sedar ataupun tidak, ramai antara kita (ibubapa) leka bermain mesin claw ini. Mungkin kita mudah tertarik dengan hadiah di dalam mesin tersebut seperti anak patung yang comel. Ini sekaligus menarik minat si kecil untuk mendapatkanya.
Mungkin kita bermain suka-suka hanya untuk mendapatkan anak patung buat si kecil. Namun sedarkah kita apakah hukumnya?
Walaupun mesin permainan claw nampak seperti tiada apa yang mencurigakan. Nampak menarik kepada kanak-kanak kerana isi kandunganya yang terdiri daripada patung pemainan.
LATIHAN PERJUDIAN ANAK KECIL
Sebenarnya ia adalah perjudian dalam diam. Ini kerana, permainan tersebut secara langsung dilihat sebagai menafikan serta mengabaikan hak pemain selaku pembeli untuk memilih barangan yang dikehendakinya setimpal dengan harga yang dibayar. Permainan seperti ini adalah lebih kepada keberuntungan nasib pemain dimana permainan seperti ini tidak dibenarkan di dalam Islam.
Bukan hanya mesin claw, permainan yang serupa denganya sangat mudah didapati ketika acara FunFair ataupun dalam kawasan taman tema air. Jadi sebagai ibu bapa, andalah yang mencorakkan anak anda.