Sedar ataupun tidak, ramai antara kita (ibubapa) leka bermain mesin claw ini. Mungkin kita mudah tertarik dengan hadiah di dalam mesin tersebut seperti anak patung yang comel. Ini sekaligus menarik minat si kecil untuk mendapatkanya.
Mungkin kita bermain suka-suka hanya untuk mendapatkan anak patung buat si kecil. Namun sedarkah kita apakah hukumnya?
Walaupun mesin permainan claw nampak seperti tiada apa yang mencurigakan. Nampak menarik kepada kanak-kanak kerana isi kandunganya yang terdiri daripada patung pemainan.
Ads
LATIHAN PERJUDIAN ANAK KECIL
Sebenarnya ia adalah perjudian dalam diam. Ini kerana, permainan tersebut secara langsung dilihat sebagai menafikan serta mengabaikan hak pemain selaku pembeli untuk memilih barangan yang dikehendakinya setimpal dengan harga yang dibayar. Permainan seperti ini adalah lebih kepada keberuntungan nasib pemain dimana permainan seperti ini tidak dibenarkan di dalam Islam.
Bukan hanya mesin claw, permainan yang serupa denganya sangat mudah didapati ketika acara FunFair ataupun dalam kawasan taman tema air. Jadi sebagai ibu bapa, andalah yang mencorakkan anak anda.
Jangan terlalu show off kebahagiaan bersama pasangan kalian di media sosial. Sekali sekala itu biasalah. Terlalu kerap sangat tidak baik sebenarnya.
“Arghhh, pasangan aku, lantak aku lah. Peduli apa orang nak kata apa pun.” Celah si Mamat.
Ye betul tu keluarga deme. Memanglah boleh nak buat apa pun. Ikut deme lah. Cuma nak saling peringat sesama kita je ni. Kalau terlalu kerap sangat tayang kebahagiaan kita macam pergi dinner berdua, pergi check in hotel, pergi honeymoon lagi, beli teddy bear, beli emas, semua benda duk tayang dan hampir setiap hari. Bimbang ada hati yang mula berasa dengki.
Manusia sekarang ramai gila. Depa ni tak kenal pun boleh bergaduh dan berdengki. Kalau bergaduh dan berdengki kat komen takdelah kisah mana. Bimbang sampai bomoh membomoh. Tu yang tak tahan tu.
Sebab itu nak kongsi kebahagiaan pun biarlah berpada-pada. Sekali sekali is still relevant.
Lagi baik tak payah kongsi pun sebenarnya. Cukuplah kita bahagia bersama pasangan dan keluarga kita. Bahagia bukan untuk ditayang pada orang. Ianya untuk disyukuri.
Hidup bukan nak pasal impress orang. Just nak hidup tenang bersama pasangan dan keluarga. Media sosial ni mudah sangat tercalit dengan fitnah. Lebih baik berhati-hati.
Lagi satu, baru ni aku ada baca satu posting berkaitan ada orang hantar gambar perempuan berniqab dengan titisan air mani tercalit pada gambar tersebut.
Korang rasa apa lelaki tu buat ye. Gila kan manusia sekarang ni. Haaaa, itu gambar perempuan pakai niqab. Dia ambil kat media sosial, dia print dan lepas tu buat kerja gila.
Cuba bayangkan kalau gambar yang tak berniqab pulak. Dia buat kerja gila tu sambil bayangkan wajah korang. Minta jauh lah.
Tapi tulah. Bukan kita boleh kawal perangai orang. Sebaiknya cubalah elakkan duk share gambar korang kat media sosial ni ye. Banyak buruk dari baik sebenarnya. Zaman sekarang manusia semakin gila. Itu tak masuk jenis yang main bomoh-bomoh lagi. Buatnya dia berkenan tengok gambar kemudian mula lah guna cara kotor.
Wana’uzubillahiminzalik. Semoga Allah lindungi kita semua. Berhati-hati ye duhai wanita-wanita sekalian. Pesan pada ahli keluarga masing-masing.
Selain dari tu juga ada satu lagi perkara yang perlu kita bimbang iaitu berkenaan penyakit Ain. Berhati-hati lah ye.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kami ingin bertanya kepada anda, adakah anda mempunyai perancangan atau impian untuk membentuk pasukan bola sepak daripada anak-anak anda sahaja? Berapakah jumlah ‘pemain’ yang ingin anda hasilkan? Perancangan memiliki ramai anak sememangnya kelihatan mudah, tetapi anda belum tentu bersedia dengan sebarang kemungkinan sehinggalah anda memiliki anak yang kedua dalam keluaraga. Apakah cabaran yang sering dialami oleh ibu bapa apabila anak kedua telah dilahirkan?
Anak pertama anda mungkin akan menunjukkan beberapa perubahan kelakuan disebabkan oleh kelahiran adiknya yang baharu. Sebagai ibu bapa, anda tidak perlu memberikan terlalu banyak perhatian terhadap kelakuannya, tetapi ambil sedikit masa untuk bercakap dengannya. Anak pertama anda mungkin akan memberikan reaksi dengan cara memicit-micit lengan anak kedua atau mungkin juga mencucuk matanya. Katakan kepada anak pertama anda secara lembut bahawa perbuatan tersebut tidak boleh dilakukan. Galakkan anak pertama anda berinteraksi dengan anak kedua dengan cara yang lebih baik yang ditunjukkan oleh anda.
Jika dahulu, anda hanya menghabiskan masa melayan kehendak anak pertama anda, tetapi kini tidak lagi. Anda mempunyai tanggungjawab untuk membahagikan masa dengan baik untuk kedua-dua anak anda. Ketika mana anda sedang menyuapkan makanan kepada anak pertama anda, anak kedua anda pula merengek meminta untuk disusukan. Anda perlu bijak untuk menangani situasi yang berlaku. Mungkin anda boleh meminta saudara terekat untuk menjaga anak pertama anda sementara anda menyusukan anak kedua.
Kedua-dua anak anda pasti akan mempunyai waktu nap mereka pada waktu tengah hari. Pada ketika ini, anda boleh menenangkan diri anda sebentar ketika mereka sedang tidur. Walau bagaimanapun, waktu nap juga mempunyai cabarannya yang tersendiri. Anda akan mempunyai kesukaran untuk merancang sebarang aktiviti dan keluar dari rumah.
Begitu juga sekiranya salah seorang daripada mereka terjaga daripada tidur dan merengek. Rengekan yang kuat pasti akan mengejutkan anak anda yang lain daripada tidurnya.
Sekiranya anda rasa bahawa keluar dengan seorang bayi sudah cukup sukar, anda belum tentu dapat membayangkan bagaimana untuk keluar dari rumah bersama dua orang anak. Anda memerlukan lebih banyak masa untuk bersiap dan mempersiapkan kedua-dua anak anda. Selain itu, trip yang jauh amatlah tidak sesuai sekiranya kedua-dua anak anda masih kecil. Apatah lagi sekiranya anda perlu bersedia untuk menukar lampin dan memberi makan keduanya semasa anda dalam perjalanan.
Anda menidurkan kedua-dua anak anda pada waktu malam, tetapi belum pasti anda akan turut tidur dengan nyenyak pada malam tersebut. Bayi kedua anda mungkin akan mudah terjaga pada waktu tengah malam disebabkan oleh kelaparan atau ketidakselesaan yang berpunca daripada lampin. Anda tidak mempunyai sebarang pilihan selain daripada bangun tidur dan menyusukan bayi anda.
Jangan pernah menganggap setiap kelahiran baharu itu sebagai beban kepada anda. Sekiranya tidak diuji dengan kelahiran baharu, bagaimana anda boleh mengetahui tahap kemahiran anda dalam pengurusan anak dan rumah tangga? Oleh itu, anggaplah kelahiran baharu ini sebagai satu landasan untuk anda mengasah kemahiran anda untuk menjadi lebih cekap, fokus dan efektif dalam melakukan sesuatu perkara.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahun-tahun pertama persekolahan adalah masa yang penting untuk ibu bapa mengambil tahu dan menyokong pendidikan kanak-kanak. Bagi ibu bapa yang pertama kali memasukkan anak ke sekolah rendah, berikut kami sediakan panduan untuk ibu bapa membantu anak menyerlah di sekolah.
Ambil berat akan kegiatan anak di sekolah
Sebelum hari persekolahan bermula, penting untuk ibu bapa hadir ke sekolah bagi mengetahui guru kelas anak anda dan harapannya terhadap murid-murid kelasnya. Pihak pengurusan sekolah juga akan membincangkan program sekolah dan polisi persekolahan kepada ibu bapa. Selain itu, anda juga disarankan untuk hadir dalam perjumpaan ibu bapa dan guru bagi mengetahui prestasi anak sepanjang tahun persekolahan. Inilah peluang untuk anda berkomunikasi bersama guru anak anda dan berbincang tentang strategi bagi menyokong anak di sekolah, terutama jika anak anda tergolong dalam kalangan pelajar pendidikan khas.
Kenali sekolah anak anda
Dengan mengetahui susun atur bangunan fizikal sekolah boleh membantu anda memahami penceritaan anak anda mengenai sekolahnya. Anda boleh mendapatkan info di dalam laman web sekolah dan melihat kalendar tahunan sekolah, maklumat kakitangan sekolah dan acara yang berlangsung di sekolah. Dengan cara ini anda akan rasa lebih dekat dengan anak anda tatkala mereka berkongsi cerita tentang sekolah.
Bantu membuat kerja sekolah
Pemberian kerja sekolah kepada kanak-kanak dapat menguatkan dan meluaskan lagi pembelajaran dalam kelas. Kerja rumah membolehkan murid-murid melatih kemahiran pembelajaran penting mereka. Selain itu, pemberian kerja sekolah juga menggalakkan rasa tanggungjawab dan menanam etika kerja dalam setiap murid. Pastikan anak anda faham bahawa kerja sekolah perlu diutamakan. Dengan mencipta persekitaran pembelajaran yang efektif dapat membantu kanak-kanak belajar dengan baik. Selain itu, anda juga boleh membantu anak semasa membuat kerja sekolah dengan cara menerangkan kerja yang guru berikan, mencari jawapan bersama dan menemaninya semasa membuat kerja sekolah. Bagaimanapun, jangan membuatkan kerja rumah untuk anak anda, sebaliknya peranan anda hanyalah sebagai pembimbing.
Persiapkan anak anda
Sarapan pagi yang sihat membantu kanak-kanak bersedia menghadapi hari persekolahan mereka. Secara amnya, kanak-kanak yang mengambil sarapan pagi lebih bertenaga, bersemangat dan berprestasi baik di sekolah. Anda boleh bantu anak meningkatkan tumpuan dan memori di dalam kelas dengan cara menyediakan sarapan pagi yang mengandungi bijirin penuh, serat, dan protein, serta rendah gula. Jika anda tidak sempat menyediakan sarapan, anda boleh bekalkan anak dengan buah-buahan segar, kekacang, yogurt, mentega kacang, dan sandwic pisang.
Anda juga perlu mengambil berat akan waktu tidur anak. Kebanyakan murid sekolah perlu tidur malam selama 10 hingga 12 jam. Kurang tidur boleh menyebabkan gangguan terhadap pembelajaran dan anak sukar memberi tumpuan dalam kelas. Jadi, anak anda memerlukan rutin tidur malam yang konsisten, terutamanya semasa hari persekolahan.
Ajar anak anda untuk mengikut jadual
Kemahiran organisasi membantu kanak-kanak menumpukan perkara yang penting, berbanding membazir masa. Kanak-kanak sekolah perlu menyediakan senarai kerja sekolah dan projek. Tunjukkan pada anak anda cara menggunakan kalendar dan perancang peribadi supaya kehidupan mereka teratur. Anda juga boleh mengajar anak mengenai keutamaan kerja.
Pemilihan nama buat cahaya mata sememangnya menjadi momen istimewa bagi setiap ibu bapa. Bagi pasangan selebriti Shuib dan Watie Hanifiah, nama yang diberikan kepada puteri sulung mereka bukan sahaja indah didengar, malah mempunyai kisah tersendiri yang melibatkan seluruh keluarga.