Lapan pelancong dari China disyaki dijangkiti koronavirus dikuarantin di hotel di Johor Bahru untuk pemeriksaan lanjut.
Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, mereka dikuarantin buat sementara waktu berikutan mempunyai hubungan terus dengan satu kes koronovirus yang dilaporkan di Singapura semalam.
“Kita baru sahaja menerima maklumat bahawa di Singapura ada satu kes dilaporkan dan lapan orang yang dikuarantin ada (disyaki) hubungan terus dengan kes berkenaan.
“Mereka sudah diasingkan di hotel di Johor Bahru dengan penelitian pasukan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia),” katanya.
Beliau berkata demikian selepas membuat lawatan ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) bagi memantau pesawat AK1310 dari Singapura ke Ipoh yang tiba di lapangan terbang berkenaan di Ipoh, hari ini.
Ads
Dr Boon Chye berkata, kesemua lapan warga China itu akan dikuarantin sekurang-kurangnya selama seminggu.
“Mereka bukan pesakit dan cuma disyaki kerana mempunyai hubungan terus dengan kes di Singapura,kesemua mereka akan dipantau,” katanya
Katanya, setakat ini tiada kes membabitkan warga tempatan yang dijangkiti wabak itu.
“Kita akan terus memantau dan membuat saringan agar kita dapat ‘pick up’ pada peringkat awal dan asingkan sekiranya mereka ada kes sedemikian melepasi sempadan kita,” katanya.
Ads
Beliau berkata, setakat ni sudah terdapat lebih 800 kes di seluruh dunia membabitkan 26 kes kematian dengan kebanyakan tempat di negara China sudah mempunyai kes berkenaan kecuali di tiga daerah.
“Terdapat juga kes yang dilaporkan di beberapa negara termasuk di Singapura, Hongkong, Macau, Taiwan, Jepun, Thailand, Korea Selatan dan Amerika Syarikat, ini menunjukkan ada risiko kerana kita menerima pelancong deripada negara China hampir tiga juta setiap tahun,” katanya.
Dr Boon Chye berkata, pihaknya ketika ini turut sedang mengkaji langkah untuk membuat saringan khususnya mereka yang datang dari China melalui Singapura.
Ads
“Kita sedang mengkaji bagaimana kita hendak membuat membuat saringan khususnya mereka yang datang dari China melalui Singapura kerana kita mahu memastikan bahawa tidak ada kes koronavirus masuk ke dalam negara kita,” katanya.
NSTP sebelum ini melaporkan seorang warga China diuji positif sekali gus menjadi mangsa pertama wabak coronavirus di negara seberang tambak itu.
Lelaki berusia 66 tahun berasal dari Wuhan, China tiba di Singapura bersama sembilan rakan lain, pada Isnin lalu menginap di Resort Shangril-La Rasa Sentosa, dekat sini.
Kementerian Kesihatan Singapura dalam satu kenyataan mengesahkan kes itu.
Sumber: Hmetro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas pembedahan yang berisiko tinggu berlangsung selama 5 jam Isnin lalu, Ainul Mardhiah, bayi perempuan yang menghidap kanser Germ Cell Tumour stabil dan mula memberi respons.
Dalam video yang dikongsikan oleh bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, Ainul kelihatan sudah boleh bergerak dan kelihatan aktif. Kelihatan ibunya, Nurul Erwani Zaidi sedang bercakap / memanggil / mengagah Ainul walau pun audionya tidak kedengaran.
Menurut bapanya, Ainul kini berada dalam keadaan stabil, tetapi masih direhatkan selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di mulutnya di sebuah hospital, di London, Isnin lalu.
Bapanya, Ahmad Safiuddin berkata Ainul Mardhiah memerlukan rehat yang sepenuhnya kerana luka pembedahan masih baru.
Ainul ketika sebelum pembedahan.
AKAN DIPANTAU DALAM JANGKA MASA LAMA
Selain itu, bapa Ainul juga memberitahu keadaan anaknya perlu dipantau dalam tempoh lama untuk memastikan semuanya dalam keadaan baik
“Saya difahamkan pihak hospital akan terus memantau keadaan Ainul Mardhiah buat masa ini dan akan memakan masa yang agak panjang.
TIDAK TAHU SEHINGGA BILA AKAN PULANG
Memandangkan keadaan Ainul yang masih perlu diperiksa dan dipantau supaya pulih, Ahmad Safiuddin tidak dapat menjangka kepulangan mereka sekeluarga ke tanah air.
“Jadi, saya masih tidak tahu sampai bila Ainul Mardhiah dirawat kerana doktor beritahu mereka perlu pastikan dia benar-benar pulih sebelum dibenarkan pulang ke Malaysia,” katanya ketika dihubungi BH Online.
Ahmad Safiuddin dan isterinya, Nurul Erwani Zaidi, masing-masing berusia 24 tahun akan terus berada di London bagi menemani anak mereka menjalani beberapa rawatan susulan mengikut saranan pakar bedah.
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun maut manakala kakaknya berusia enam tahun cedera parah selepas terjatuh dari tingkat empat, kuarters guru di sebuah sekolah berasrama di Jalan Sungai Pusu, Gombak, semalam.
Kejadian disedari oleh ibu mangsa sekitar jam 5.30 petang selepas melihat dua anaknya itu terbaring di kawasan lapang di bawah rumah.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata ibu mangsa kemudian dengan dibantu jiran segera membawa anaknya ke Hospital Selayang.
“Sekitar jam 6.02 petang semasa wanita terbabit berada di zon merah, doktor mengesahkan anaknya berusia tiga tahun meninggal dunia manakala kakaknya patah tangan dan kaki.
“Siasatan awal mendapati wanita terbabit meninggalkan anaknya bersama suami ketika dia pergi bekerja,” katanya dalam satu kenyataan.
Arifai berkata, semasa kejadian kedua-dua mangsa berada bersama bapa mereka di rumah sebelum bapa dilaporkan keluar sebentar.
“Suaminya memberitahu keluar sebentar meninggalkan anak mereka di dalam rumah.
“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.
Berkhatan adalah istilah yang digunakan untuk pembedahan kecil di mana sebahagian daripada kulit yang berlebihan pada hujung zakar (preputial skin) dibuang. Ia juga dikenali dengan sunat atau dalam bahasa Inggeris dinamakan ‘circumcision’.
Demi kebersihan kesihatan anak lelakinya, En. Rani Genga membawa anak terunanya untuk berkhatan/sunat.
Menurutnya lagi, sejak isterinya hamil lagi dia sudah berhajat untuk sunatkan anak lelakinya namun hajat tersebut akhirnya dapat dilaksanakan setelah usia anaknya meningkat remaja.
“Saya hajat nak sunat anak teruna saya masa kandungan berumur 5 bulan dalam perut .finally it’s haappen.”
Malah lelaki berketurunan India ini turut memberikan pesanan buat ibu bapa lain untuk melakukan perkara sama demi kebersihan dan kesihatan anak lelaki kelak.
“so I advised out there kalau Kita tak jaga anak kita siapa lagi kan”
Rata-rata warga maya tak mengira bangsa dan agama turut memberi pendapat dan pengalaman berkenaan berkhatan. Ianya demi kesihatan serta kebersihan untuk lelaki.
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.