Lapisan putih dinamakan vernix caseosa berfungsi melindungi kulit bayi daripada jangkitan. Turut dijelaskan kenapa bayi tidak dimandikan selepas dilahirkan.
Vernix terbentuk secara semula jadi dari dalam rahim ibu. Ini sama sekali menolak mitos dalam masyarakat yang mengatakan ia adalah air mani suami.
Ads
Turut dijelaskan kenapa hospital tidak memandikan bayi selepas dilahirkan. Antaranya ialah hypothermia & jumlah kelahiran yang tinggi.
Ads
Keselamatan ibu dan anak lebih penting berbanding bau wangi bayi selepas dilahirkan. Bagaimana pun ia bergantung kepada protokol hospital dan budi bicara jururawat.
Ads
Vernix berfungsi menghangatkan tubuh bayi, sebab itu di hospital bayi hanya dibersihkan mata dan tali pusat sahaja. Kini jururawat juga tidak memandikan bayi semasa lawatan ke rumah.
Jika ada yang beranggapan menggendong bayi amalan orang dulu-dulu, anda silap. Ini kerana banyak kebaikan yang ibu dan bayi peroleh kerana menggendong bayi.
Sembilan bulan di dalam kandungan, bayi memerlukan tempoh masa selama sembilan bulan lagi untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran.
Dalam tempoh itu, kebanyakan bayi masih memerlukan hubungan yang rapat dengan ibu sehingga mereka biasa dengan persekitaran dan menjadi lebih berdikari.
Perkongsian dari Puan Norashida Abd Rahman mengenai teknik menggendong bayi yang selamat dan selesa boleh dicuba oleh ibu.
Tulang bayi baru lahir ni lembut. Bukan semua jenis baby carrier sesuai. Yang paling saya suka cadangkan sebagai permulaan adalah wrap dan ring sling.
Yang penting bila kita dukung bayi kecil, tulang belakangnya tidak dipaksa lurus tegak. Tulang paha pula macam posisi mencangkung (posisi semulajadi -boleh dilihat masa nak salin lampin)
Kawan-kawan yang tengah mengandung atau baru bersalin dan tengah pening nak beli baby carrier apa, saya sangat anjurkan pergi belajar dengan individu berikut (join class atau book a private session for babywearing consultation)
Tapi bukankah lebih baik kalau ada seseorang yang dapat semak teknik kita? Betul ke tak? Yang paling penting, selamat ke tak?
Nah saya kongsikan perkara yang perlu diberi perhatian bila nak pilih baby carrier. Do some research ya.
TIP GENDONG 3S (SESUAI, SELESA, SELAMAT)
SESUAI? -dengan umur bayi -dengan berat bayi
SELESA? -untuk bayi -untuk ibuayah -jangkamasa >1jam -caregiver with medical challenge (eg: ibuayah ada sejarah sakit tulang belakang atau bersalin pembedahan/czer) -baby with medical challenge (breast refusal/breastfeeding challenge, heart condition, down syndrome, colic and reflux issue)
Keterangan gambar : Anak saya lahir awal. 37 weeks. Berat lahir less than 2.5kg. Lagi best guna wrap tapi cuaca Perlis sangat panas. Dalam rumah tak ada aircond. Maka saya pilih ring sling. Banyak gendong seperti posisi “nursing cradle”. Bila berat dah reach 3kg, baru selesa gendong cara menegak tanpa abaikan struktur tulang belakang yang semulajadi melengkuk seperti huruf C
Memuat naik video isteri sedang bertarung nyawa melahirkan anak di media sosial seolah menjadi trend masa kini. Namun adakah ianya tidak menjadi kesalahan dalam agama Islam?
AL-KAFI 788: HUKUM MEMUAT NAIK VIDEO ISTERI BERSALIN
Assalamualaikum SS Mufti. Apakah hukum seseorang yang memuat naik video isteri atau ahli keluarga yang sedang bersalin?
Jawapan:
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.
Pertama sekali, kami ingin menukilkan peringatan Allah SWT melalui firman-Nya:
Maksudnya: Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
(Surah al-Zalzalah: 7-8)
Setiap amalan yang kita kerjakan akan dihisab dan dinilai di sisi Allah SWT. Dalam apa jua tindakan dan amalan seharian kita pula, salah satu ukuran yang harus kita guna untuk menilai baik buruknya ialah samada ia memberi manfaat samada kepada diri kita dan orang lain. Sabda Nabi SAW:
Maksudnya: Antara kesempurnaan Islam seseorang itu ialah dia meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat padanya.
Riwayat Tarmizi (2318)
Sebagai seorang Muslim, segala tindak-tanduk dan tingkah laku kita juga harus mengambil kira pesanan Nabi SAW:
إِذَا لَمْ تَسْتَحِ فَاصْنَعْ مَا شِئْتَ
Maksudnya: Jika kamu tidak mempunyai rasa malu, maka lakukanlah apa sahaja yang kamu mahu.
Riwayat al-Bukhari (6120)
Sifat malu daripada melakukan sesuatu yang menyanggahi adab, tatasusila dan kerukunan masyarakat merupakan satu sifat yang amat terpuji. Sifat malu inilah yang akan menjadi benteng masyarakat daripada terjebak ke dalam krisis moral, keruntuhan akhlak dan kebejatan sosial.
Sifat malu ini amat dituntut dalam Islam, sehingga Nabi SAW meletakkannya sebagai sebahagian daripada iman melalui sabda Baginda SAW:
الْحَيَاءُ مِنَ الإِيمَانِ
Maksudnya: Sifat malu itu sebahagian daripada iman.
Riwayat Muslim (36)
Dalam konteks zaman moden ini, teknologi internet dan media sosial menjadi wadah yang amat efektif dalam berkongsi maklumat dan menyampaikan pandangan. Namun demikian, amat mendukacitakan tatkala masih ramai yang tidak menggunakannya dengan sebaik mungkin dan berkongsi kandungan yang tidak membawa sebarang faedah dan manfaat.
Dunia internet dan media sosial juga sering memperlihatkan perbuatan-perbuatan yang bercanggah dengan adab dan akhlak Islami. Kandungan yang dimuat naik sering menimbulkan kontroversi dan mengundang polemik yang tidak berkesudahan.
Kami mengambil kesempatan ini untuk berpesan agar kita sama-sama gunakan kesempatan dan ruang yang ada untuk menyebarkan ilmu pengetahuan yang bermanfaat dan menyemai kesedaran masyarakat berkenaan isu-isu semasa. Semoga setiap perkongsian yang dilakukan menjadi bekalan untuk kita bertemu Allah SWT kelak.
Penutup
Kesimpulannya, kami berpandangan perlu ada sifat malu dalam kalangan kita yang amat dituntut oleh Islam. Bukanlah setiap perkara perlu dikongsi dan disebarkan, lebih-lebih lagi pada zaman teknologi yang membolehkan suatu perkara disebarluaskan secara mudah dan pantas. Justeru, tidaklah sesuai dan wajar saat-saat isteri sedang bertarung nyawa itu menjadi tontonan ramai dan dihebohkan kepada mereka.
Akhir kalam, saya mendoakan agar anak-anak kita seluruhnya menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada kedua ibu bapa, agama, bangsa dan negara.
Bila anak dah tidur kita selalu dengar ada dengkuran dan nafas berbunyi. Kadang-kala kita rasa bunyi biasa. Tapi bila sudah terlalu kerap sesekali kita kena bawa anak kepada yang pakar. Ada sebabnya.
Menurut Dr Ezairy M.Sallih, doktor telinga, hidung dan tekak, nafas bayi yang berbunyi biasanya disebabkan oleh masalah ‘Laryngomalacia’. Malah ada beberapa perkara mama papa kena ambil tahu!
Nafas bayi berbunyi : Bahaya atau tidak?
“Anak saya ini semenjak lahir, kerap sangat berbunyi nafasnya. Bila menangis, masa tidur.. lagi kuat bunyinya. Kenapa, doktor?”
Ini info ringkas yang semua ibu bapa MESTI tahu.
1. ‘Laryngomalacia’ adalah masalah kongenital tisu larinks (kotak suara) di saluran pernafasan bahagian atas peti suara. Ini adalah masalah paling biasa ditemui di kalangan bayi yang mengalami masalah nafas berbunyi.
2. Struktur larinks yang tidak berfungsi dengan baik menyebabkan tisu sekitarnya jatuh dan menutupi di atas bukaan saluran pernafasan dan menghalang proses pernafasan!
3. Dalam kebanyakan kes, laryngomalacia pada bayi bukanlah keadaan yang terlalu serius. Maknanya, anak kita masih boleh bernafas, mereka juga dapat makan, minum dan mengalami tumbesaran seperti biasa. Bagi kebanyakan bayi yang mengalami masalah ini, ia akan sembuh tanpa apa-apa spesifik pembedahan pada masa mereka berusia antara 18 hingga 20 bulan.
4. Walau bagaimanapun, ada peratusan kecil bayi yang mengalami laryngomalacia akan mempunyai masalah pernafasan, makan dan berat badan. Gejala-gejala ini memerlukan perhatian segera!
Sebab berlakunya masalah ini?
1. Penyebab sebenar laryngomalacia tidak diketahui. Relaksasi atau kekurangan kekuatan otot di saluran pernafasan kebiasaannya menjadi faktor. Ia biasa berlaku kepada bayi yang lahir tidak cukup bulan.
2. Masalah ini biasanya berlaku semenjak lahir atau dalam bulan pertama usia. Reflux gastroesophageal (reflux GE) mungkin menyumbang kepada gejala masalah ini. Pernafasan berbunyi akan menjadi lebih teruk apabila bayi baring menelentang atau ketika menangis.
Apakah simptom dan gejala yang boleh dilihat pada anak-anak!
Sekiranya anak anda dilahirkan dengan laryngomalacia, gejala mungkin berlaku selepas lahir, dan boleh menjadi lebih jelas dalam beberapa minggu pertama kehidupan.
Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami laryngomalacia akan sembuh antara umur 18 hingga 20 bulan. Gejala termasuk:
1. Nafas yang berbunyi. Selalunya lebih teruk apabila bayi itu menangis atau tidur di belakangnya (menelentang)
2. Kesukaran ketika makan atau menyusu
3. Mengalami masalah berat badan
4. Kemungkinan tercekik semasa memberi makan
5. Apnea (penghentian pernafasan)
6. Menarik leher dan dada pada setiap kali nafas
7. Cyanosis (menjadikan biru)
8. Reflux gastroesophageal (meludah, muntah dan regurgitasi)
9. Jangkitan paru-paru (akibat penyedutan makanan ke dalam paru-paru)
Sembuh Tanpa Rawatan
1. Dalam 90 peratus kes, laryngomalacia akan sembuh tanpa rawatan pada masa kanak-kanak berusia 18 hingga 20 bulan.
2. Walau bagaimanapun, untuk sesetengah masalah yang teruk, anak anda mungkin memerlukan rawatan termasuk ubat atau pembedahan.
Perhatian!!!
Pergi ke hospital dengan segera jika bayi anda alami tanda-tanda seperti ini:
1. Berhenti pernafasan selama lebih daripada 10 saat
2. Kelihatan biru di sekeliling bibir
3. Anak kelihatan menarik-narik leher atau dada ketika bernafas walaupun selepas diubah posisi atau dibantu untuk melegakannya.
Masalah ini mungkin biasa-biasa, namun jika kita sebagai ibu bapa sekadar sambil lewa, tidak tahu langkah apa perlu dibuat.
Takut-takut menjadi punca kekesalan kita di kemudian hari. Jumpa doktor jika anda rasa anak anda mempunyai sebarang masalah. Semoga perkongsian kali ini berguna untuk kita semua.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!