Bila anak dah tidur kita selalu dengar ada dengkuran dan nafas berbunyi. Kadang-kala kita rasa bunyi biasa. Tapi bila sudah terlalu kerap sesekali kita kena bawa anak kepada yang pakar. Ada sebabnya.
Menurut Dr Ezairy M.Sallih, doktor telinga, hidung dan tekak, nafas bayi yang berbunyi biasanya disebabkan oleh masalah ‘Laryngomalacia’. Malah ada beberapa perkara mama papa kena ambil tahu!
Nafas bayi berbunyi : Bahaya atau tidak?
“Anak saya ini semenjak lahir, kerap sangat berbunyi nafasnya. Bila menangis, masa tidur.. lagi kuat bunyinya. Kenapa, doktor?”
Ini info ringkas yang semua ibu bapa MESTI tahu.
1. ‘Laryngomalacia’ adalah masalah kongenital tisu larinks (kotak suara) di saluran pernafasan bahagian atas peti suara. Ini adalah masalah paling biasa ditemui di kalangan bayi yang mengalami masalah nafas berbunyi.
2. Struktur larinks yang tidak berfungsi dengan baik menyebabkan tisu sekitarnya jatuh dan menutupi di atas bukaan saluran pernafasan dan menghalang proses pernafasan!
3. Dalam kebanyakan kes, laryngomalacia pada bayi bukanlah keadaan yang terlalu serius. Maknanya, anak kita masih boleh bernafas, mereka juga dapat makan, minum dan mengalami tumbesaran seperti biasa. Bagi kebanyakan bayi yang mengalami masalah ini, ia akan sembuh tanpa apa-apa spesifik pembedahan pada masa mereka berusia antara 18 hingga 20 bulan.
4. Walau bagaimanapun, ada peratusan kecil bayi yang mengalami laryngomalacia akan mempunyai masalah pernafasan, makan dan berat badan. Gejala-gejala ini memerlukan perhatian segera!
Sebab berlakunya masalah ini?
Ads
1. Penyebab sebenar laryngomalacia tidak diketahui. Relaksasi atau kekurangan kekuatan otot di saluran pernafasan kebiasaannya menjadi faktor. Ia biasa berlaku kepada bayi yang lahir tidak cukup bulan.
2. Masalah ini biasanya berlaku semenjak lahir atau dalam bulan pertama usia. Reflux gastroesophageal (reflux GE) mungkin menyumbang kepada gejala masalah ini. Pernafasan berbunyi akan menjadi lebih teruk apabila bayi baring menelentang atau ketika menangis.
Apakah simptom dan gejala yang boleh dilihat pada anak-anak!
Sekiranya anak anda dilahirkan dengan laryngomalacia, gejala mungkin berlaku selepas lahir, dan boleh menjadi lebih jelas dalam beberapa minggu pertama kehidupan.
Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami laryngomalacia akan sembuh antara umur 18 hingga 20 bulan. Gejala termasuk:
1. Nafas yang berbunyi. Selalunya lebih teruk apabila bayi itu menangis atau tidur di belakangnya (menelentang)
2. Kesukaran ketika makan atau menyusu
Ads
3. Mengalami masalah berat badan
4. Kemungkinan tercekik semasa memberi makan
5. Apnea (penghentian pernafasan)
6. Menarik leher dan dada pada setiap kali nafas
7. Cyanosis (menjadikan biru)
8. Reflux gastroesophageal (meludah, muntah dan regurgitasi)
9. Jangkitan paru-paru (akibat penyedutan makanan ke dalam paru-paru)
Ads
Sembuh Tanpa Rawatan
1. Dalam 90 peratus kes, laryngomalacia akan sembuh tanpa rawatan pada masa kanak-kanak berusia 18 hingga 20 bulan.
2. Walau bagaimanapun, untuk sesetengah masalah yang teruk, anak anda mungkin memerlukan rawatan termasuk ubat atau pembedahan.
Perhatian!!!
Pergi ke hospital dengan segera jika bayi anda alami tanda-tanda seperti ini:
1. Berhenti pernafasan selama lebih daripada 10 saat
2. Kelihatan biru di sekeliling bibir
3. Anak kelihatan menarik-narik leher atau dada ketika bernafas walaupun selepas diubah posisi atau dibantu untuk melegakannya.
Masalah ini mungkin biasa-biasa, namun jika kita sebagai ibu bapa sekadar sambil lewa, tidak tahu langkah apa perlu dibuat.
Takut-takut menjadi punca kekesalan kita di kemudian hari. Jumpa doktor jika anda rasa anak anda mempunyai sebarang masalah. Semoga perkongsian kali ini berguna untuk kita semua.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
JANGAN SUAP!! Ehhh buat apa tu?? hentikan tangan anda di situ dan JANGAN SUAP bayi dengan makanan yang tinggi garam dan gula.
Setiap hari ada sahaja keluh kesah ibu-ibu yang memperjuangkan makanan sihat untuk anak tetapi sayangnya perjuangan ibu-ibu ini ada yang tidak mendapat sokongan dari orang sekeliling.
Terkejut dengar pengasuh suap air kotak pada bayi 10 bulan. Nenek yang suap jajan pada cucunya. Bila si ibu menegur ianya seolah menepis hak ibu tersebut untuk memberi makanan berkhasiat pada anak yang di kandungkan 9 bulan dan yang berdepan sakit berjuang untuk melahirkan bayinya.
Bila bayi berdepan masalah kesihatan disebabkan kesilapan pemakanan ini di manakah mereka yang berani suapkan itu? Maka tinggallah si ibu berlinang air mata menatap anak kesayangan terlantar sakit di katil hospital.
Tidak kurang yang menyaran dan mengajar ibu-ibu baru ini dengan pemakanan bayi yang salah. “Letak lah sedikit garam”. “Letak lah sedikit kiub”. “Letak lah sedikit gula”. Baik pada anak anda tidak bermakna baik untuk anak orang lain. Mahukah anda bertanggungjawab di atas tindakan yang anda buat?
Mohon untuk hormati keputusan ibu-ibu yang ingin memberikan yang terbaik buat anaknya sendiri. Tiada yang salah atau berdosa mengajar bayinya makanan yang sihat. Semua ibu pasti mahukan yang terbaik buat anaknya.
Apa-apa tolong minta izin pada ibu ayah bayi tersebut. Jangan laju untuk suap anak orang ya. Mungkin anak tersebut ada alahan. Bayi itu masih ada ibu ayahnya. Hormatilah hak mereka.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tempoh berpantang adalah masa yang sesuai untuk anda menurunkan berat badan. Salah satu caranya ialah dengan menjaga pemakanan. Bagi membantu suami atau penjaga pantang menyediakan menu berpantang untuk anda, disertakan lima resipi mudah untuk diikuti.
Resipi ini dijamin boleh membantu anda mencapai matlamat membuang lemak berlebihan semasa hamil sebaik habis pantang 44 hari.
Menariknya, resipi-resipi ini boleh disediakan lebih awal dan disejukbekukan. Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu minta suami bantu untuk siapkan menu ini dengan memerap bahan-bahan masakan yang dinyatakan. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk beku.
Apabila tiba waktu makan, minta bantu suami atau penjaga pantang panaskannya dan hidangkan bersama nasi panas. Serunding halia pula boleh disiapkan sejak sebelum tarikh bersalin.
Ayam Bakar Lada Hitam
Bahan-bahan:
Ayam
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Lada hitam
Madu
Garam
Cara penyediaan:
Basuh ayam sehingga bersih
Kisar bawang besar, bawang putih, dan halia
Satukan bahan kisar bersama lada hitam, madu dan sedikit garam
Perap ayam dengan bahan perapan.
Bakar ayam menggunakan pemanggang ajaib
Salmon Panggang Bersama Bubur Nasi
Bahan-bahan:
Filet salmon
Lada hitam
Serbuk bawang putih
Herba campuran
Brokoli
Bubur nasi secukupnya
Cara penyediaan:
Basuh filet salmon sehingga bersih.
Lumurkan dengan lada hitam, serbuk bawang putih dan herba campuran pada ikan salmon. Lebihan rempah campuran itu boleh digaul pada brokoli
Panggang salmon dan brokoli di atas pan selama 5 minit di setiap bahagian ikan. Jangan panggang terlalu lama.
Setelah masak, hidangkan bersama bubur nasi.
Tenggiri Lada Hitam
Bahan-bahan:
Ikan tenggiri
Halia
Kunyit hidup
Lada hitam
Bawang putih
Daun cekur l dihiris
Cara penyediaan
Bersihkan kepingan ikan tenggiri
Tumbuk halia, kunyit, lada hitam dan bawang putih
Lumurkan bahan tumbuk dan sedikit garam pada ikan
Gaulkan ikan dengan hirisan daun cekur
Perap selama satu jam.
Bakar menggunakan pemanggang ajaib
Ayam Panggang
Bahan-bahan:
Dada ayam
2 sudu madu
Halia l diparut
2 sudu kicap pekat
3 ulas bawang putih l diparut
Minyak
Garam
Cara penyediaan:
Potong kecil ayam
Campurkan madu, halia, kicap pekat, bawang putih, minyak dan garam di dalam satu mangkuk
Gaulkan isi ayam tersebut ke dalam bahan perapan dan perap semalaman
Panggang di atas pan
Serunding Ikan Bilis Halia Muda
Bahan-bahan:
Halia muda
Minyak
Ikan bilis
Cara penyediaan:
Basuh bersih halia muda dan kupas kulitnya
Parut halia dan goreng sehingga rangup dengan satu sudu minyak
Sementara itu, basuh ikan bilis dan rendam selama sejam bagi mengurangkan kemasinan ikan. Kemudian toskan
Sangai ikan bilis tanpa minyak sehingga rangup
Gaulkan bersama halia dan ikan bilis
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi ibu hamil yang sudah mendaftar dan mengemaskini status kandungan di aplikasi MySejahtera akan mendapat janji temu bagi pemberian vaksin COVID-19 dalam masa terdekat.
Kredit: Freepik
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) melalui hantaran di Facebook rasminya, berkata golongan itu disenaraikan sebagai penerima vaksin COVID-19 berkeutamaan tinggi dan akan diberi vaksin bersesuaian untuk mereka.
“Ibu mengandung termasuk dalam golongan berisiko tinggi apabila mempertimbangkan risiko jangkitan COVID-19 dan digalakkan mendaftar untuk vaksinasi.
“Janji temu akan diberikan secara berperingkat bagi yang sudah mendaftar dan mengemaskini status kandungan di MySejahtera.
“Keutamaan akan diberikan bergantung kepada anggaran tarikh kelahiran bayi,” menurut kenyataan itu.
Pendaftaran vaksinasi COVID-19 boleh dilakukan melalui tiga cara mudah iaitu melalui aplikasi MySejahtera, pendaftaran secara terus melalui laman web atau menghubungi talian 1800-888-828.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
Tular satu hantaran di Tik Tok memaparkan sepasang pengantin yang baru sahaja selesai melangsungkan majlis pernikahan mereka meraikan rakan-rakan dan keluarga di restoran kesukaan ramai.