Malaysian Sweetheart, Lara Alana memang sejak kecil mencuri tumpuan peminat-peminat hiburan tanah air. Perkembangannya sering ditunggu-tunggu, keletahnya yang bijak memang menjadi dambaan peminat untuk ditonton.
Mempunyai 3.7 juta jumlah pengikut di laman Instagram miliknya, walaupun masih kecil Lara Alana rasanya boleh duduk sebaris dengan selebriti tanah air dewasa yang lain. Popularitinya memang tidak usah dipersoalkan lagi.
Baru-baru ini Scha Alyahya dan Awal Ashaari dilihat ke luar negara untuk menghadiri minggu fesyen di New York, Amerika Syarikat dan terbaru di Milan, Italy. Apa yang menarik buah hati pengarang jantung kepada dua selebriti dan fashionista terkenal tanah air, Lara turut bersama mama dan papanya ke Milan bagi menghadiri majlis berprestij itu.
Hebatnya kecil-kecil lagi dah terdedah dengan dunia fesyen dunia yang sememangnya menjadi ikutan selebriti-selebriti hiburan luar negara dan tanah air.
Walaupun bukan menjadi jemputan, dapat ke Milan dan melihat sendiri kemeriahan kota fesyen dunia itu sudah cukup bermakna buat si cilik yang seusia Lara Alana.
Nampaknya Lara juga bakal membesar dan mengikut jejak langkah mama dan papanya menjadi seorang fashionista.
Dalam satu perkongsian di Instagram, Lara dilihat hebat bergaya dengan kapsyen yang comel dan mendapat perhatian peminat-peminat Lara.
Ads
“I travel jauh-jauh nak catwalk for Milan fashion week, tapi kena reject sebab bam bam..”
Gambar-gambar lain yang comel dari Lara untuk pengikut-pengikutnya.
Apapun pilihan Lara pasti disokong oleh Scha dan Awal sebagai ibu bapa. Baru-baru ini Lara dah memulakan persekolahan di sebuah sekolah swasta di Kuala Lumpur. Moga Lara membesar menjadi yang terbaik buat keluarganya.
sumber/foto: Instagram Lara Alana & Scha Alyahya
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak dinafikan bila anak terlalu obses dengan gajet sehingga ketagihan untuk bermain setiap hari, mak ayah jadi risau. Bermacam cara dilakukan untuk dikurangkan namun menemui jalan buntu.
Jangan cepat pasrah dan berikan akan gajet sewenang-wenangnya, cuba usahakan dulu cara mudah ini seperti yang dikongsikan oleh Dr Taufiq Razif. Mana tahu menjadi!
Saya share teruslah ya macam mana ketiga-tiga anak saya boleh terus hilang ketagihan henfon dan gajet dia. Saya guna Formula BA
Mula-mula kena tahu dulu BATS ni singkatan untuk apa.
B = Boredom (kebosanan) A = Alternative (alternatif lain) T = Time (masa) S = Support & Surrounding (sokongan&sekeliling)
Ceritanya macam ni, mula-mula saya akan bagi dulu anak anak saya kebosanan dengan kurangkan masa dia dengan gajet. Kadang sorokkan remote control TV, kadang sorokkan henfon. Kadang kena tegas je yang dia boleh main henfon 1 jam je sehari.
Ni namanya fasa Boredom. Waktu ni memang kena tahan sikit la sebab anak akan banyak merengek.
Okay next, masa diorang tengah kebosanan melampau tu, saya ambil buku yang boleh bagi ‘dopamine rush’ pada anak dan main je depan diorang tanpa ajak pun diorang main sekali.
Nanti kan tiba-tiba je diorang menyibuk nak buat. Masa tu kiranya ‘perangkap’ dah mengena la. Ni kiranya dah masuk fasa Alternative la sebab kita dah berjaya bagi anak alternatif lain yang boleh ganti gajet diorang.
Next adalah fasa Time. Masa diorang tengah khusyuk dan asyik nak berkepit je dengan buku tu, perlahan lahan kena kurangkan masa diorang dengan gajet. Buat perlahan lahan tau.
Fasa terakhir adalah Support & Surrounding. Bila anak dah mula nampak stabil dan asyik khusyuk duk buat latihan dalam buku tu jangan pula kita bukak TV atau main henfon depan diorang.
Bagi diorang masa sikit nanti lama lama kita boleh tengok anak anak kita tu jadi ketagih buku dan boleh fokus berjam jam dengan buku.
Masa tu alhamdulillah leganya sampai tak boleh nak cerita. Bayangkan anak yang selama ni susah nak fokus belajar apatah lagi baca buku tiba tiba jadi boleh pegang buku berjam jam lamanya.
Nikmat tu tak terkata. Sebab tu lah misi saya nak selamatkan 1 juta anak anak di Malaysia ni daripada ketagih henfon dan gajet. Saya nak mak ayah lain rasa apa yang saya dah rasa. Syukurnya hanya Allah yang tahu.
Setiap detik melihat anak membesar adalah momen paling berharga buat seorang ibu. Begitu jugalah rasa hati pelakon dan usahawan terkenal, Abby Abadi yang tak dapat menyembunyikan rasa sayangnya terhadap anak perempuan kesayangan, Marissa Dania Hakim.
Baru-baru ini, sempena ulang tahun kelahiran Marissa, Abby berkongsi momen indah melakukan kejutan buat si manja yang kini sudah meningkat remaja. Melalui hantaran di Instagram, Abby bukan sahaja meraikan hari istimewa itu, malah turut menitipkan pesanan penuh kasih sayang yang menyentuh hati ramai.
“Anak yang baik, tetapi penuh teka-teki… Yang sukar untuk dijangka… Inilah dia Marissa,” luah Abby dalam nada berseloroh tetapi penuh makna keibuan.
Sebagai seorang ibu, Abby mengakui betapa pantas masa berlalu. Si kecil yang dulunya sering bermanja di pangkuan kini kian dewasa. Rindu pada kenangan waktu Marissa masih kecil begitu terasa di hati seorang ibu.
“Cepat sangat anak Mama membesar… Mama rindu adik yang dulu,” tulis Abby, meluahkan rasa yang pasti difahami oleh semua ibu bapa di luar sana.
Anak membesar depan mata, dari langkah pertama, perkataan pertama, kini sudah jadi remaja yang makin matang. Tapi di hati Mama, tetap si kecil yang dirindui sentiasa.
Dalam ucapannya, Abby turut menyelitkan doa paling tulus buat Marissa. Harapan seorang ibu, bukan hanya kejayaan dunia, tetapi kekuatan iman dan akhlak untuk terus berdiri di jalan yang benar.
“Semua sayang adik… Semoga terus kuat dan terus terhebat di jalan-Nya. Jangan lupa jaga solat, aurat dan ikhtilat. Semoga anak Mama kaya dan berjaya di dunia serta akhirat,” pesan Abby penuh harapan.
Itulah doa yang tak pernah putus dari seorang ibu, sentiasa mahukan anak dilindungi, berjaya, dan hidup dalam keberkatan.
Menurut Abby, walau Marissa sukar dijangka dengan perangai penuh kejutan, dia tetap seorang anak yang baik di mata keluarga. Ragam anak remaja memang berbeza, ada masanya buat kita tersenyum, ada kalanya penuh tanda tanya, tetapi kasih sayang tetap utuh di hati ibu.
Pa&Ma pasti ramai ibu bapa yang faham, anak-anak ni unik, setiap seorang ada perangai tersendiri yang buat kita kenal mereka luar dan dalam. Apa pun, jangan pernah jemu mendoakan yang terbaik untuk anak, seperti Abby buat untuk Marissa.
Semoga Marissa terus membesar menjadi anak solehah, berjaya di dunia dan akhirat, dan jadi kebanggaan Mama, keluarga dan semua yang menyayanginya.
Anak tetap anak, walau besar mana pun mereka, di mata ibu… mereka tetap ‘baby’ kesayangan kita.
Menantikan kelahiran bayi sesuatu yang mendebarkan. Lebih membimbangkan jika bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan, adakah ia boleh menyebabkan tumbesaran terbantut?
Jom ketahui lebih lanjut tentang perkembangan bayi pramatang.
Memahami perkembangan bayi pramatang
Kelahiran bayi sama ada anak pertama mahupun yang kelima, pasti tetap akan menjadi perkhabaran yang menggembirakan. Namun, tidak semuanya akan berjalan lancar.
Jika bayi yang dilahirkan 3 minggu lebih awal, anda mungkin akan mempunyai lebih banyak persoalan mengenai si manja – bagaimana tumbesaran bayi – berbanding ibu bapa bayi yang dilahirkan tepat pada waktunya.
American Academy of Pediatrics (AAP) menyenaraikan perkembangan atau pencapaian penting dalam tumbesaran anak.
Ia membantu anda untuk mengetahui apa yang perlu diperhatikan seiring peningkatan usia si manja.
Seperkara yang harus diingatkan adalah proses perkembangan anak bukanlah perlumbaan. Anak akan membesar dalam aturan masa mereka tersendiri.
Pun begitu, sesetengah anak mungkin tidak mencapai titik perkembangan yang sama. Ini terutamanya jika mereka dilahirkan lebih awal daripada tempoh jangkaan bersalin sepatutnya.
Jadi bagaimana untuk mengukur tahap perkembangan bayi pramatang?
Penyelarasan usia mengikut tempoh kelahiran bayi
Si kecil yang menghabiskan masa kurang daripada 37 minggu di dalam kandungan ibunya dianggap sebagai bayi pramatang.
Maka penting untuk menggunakan usia yang sesuai bagi menilai tumbesaran anak.
Untuk mengetahui apa dan bila anak sepatutnya melakukan sesuatu, penting untuk ibu bapa melihat pelarasan usia yang sewajarnya. Ia turut dikenali sebagai pembetulan usia.
Jika kelahiran bayi adalah 2 bulan lebih awal dan sekarang sudah berusia 4 bulan, anda tidak boleh mengharapkan mereka untuk melakukan sama seperti baby yang berusia 4 bulan.
Sebaliknya, anda perlu melihat apa yang boleh dilakukan oleh bayi pada usia 2 bulan.
Sesetengah bayi pramatang boleh mengikuti jejak langkah rakan seusia mereka, tetapi anda sebagai ibu bapa perlu mempunyai kesabaran yang tinggi.
Walau bagaimanapun, jika bayi pramatang itu mempunyai masalah melibatkan perubatan penting, mereka mungkin memerlukan lebih masa untuk mencapai tahap perkembangan sewajarnya.
Mengenal pasti tahap perkembangan bayi pramatang
Seperti si manja yang lahir cukup bulan, titik perkembangan bayi yang lahir pramatang juga berbeza. Walau apa pun, sesetengah perkara penting perlu berlaku pada urutan masa berikut:
Penyelarasan usia 2 bulan
-Boleh mengawal kepalanya
-Membuat suara seperti teriakan dan tangisan yang berbeza
-Tersenyum kepada individu sekelilingnya
-Mengenali ibu bapa dan penjaga
Penyelarasan usia 4 bulan
-Mampu mengangkat kepalanya ke atas dan melihat sekeliling semasa tummy time
-Berguling
-Mengikut gerakan wajah dan objek
Penyelarasan usia 6 bulan
-Duduk dengan sendiri
-Mula merangkak
-Melihat kepada mainan
-Ingin mengetahui tentang perkara di luar jangkauan
-Gabungan konsonan dan vokal babbles seperti dada, mama, baba
Penyelarasan usia 9 bulan
-Perkembangan bayi pramatang pada usia ini sudah boleh merangkak bebas
-Boleh menarik badan untuk berdiri
-Memahami maksud “tidak”
-Mengikut bunyi dan isyarat
-Mempunyai ragam vokal yang lebih banyak
-Boleh bermain peek-a-boo
Penyelarasan usia 12 bulan
-Mula berjalan mengikut aturan perabut
-Mula mengambil langkah solo
-Mula untuk berdiri sendiri
-Boleh memungut barangan kecil
-Bertindak balas dengan soalan ringkas seperti “Mana Mama?”
-Cuba mengucapkan kata-kata yang anda lafazkan
-Menggunakan gerak isyarat mudah seperti menggelengkan kepala yang bermaksud “tidak” dan melambai tangan “bye-bye”
-Menangis apabila ditinggalkan ibu bapa
-Mempunyai barangan kegemaran seperti anak patung atau bantal busuk
-Mula melafazkan perkataan Mama dengan maksud (bermakna anak mengetahui Mama adalah panggilan untuk ibunya)
Penyelarasan usia 15 bulan
-Berjalan dengan koordinasi
-Boleh melakukan penyusuan bentuk atau bermain susun gambar ringkas
-Boleh bercangkung
-Sudah menggunakan lebih daripada 3 perkataan selain Mama dan Dada yang digunakan untuk meminta sesuatu
-Boleh melihat atau menunjukkan gambar di dalam buku
-Mengikut lebih banyak arahan yang diberikan
Penyelarasan usia 18 bulan
-Berjalan menaiki tangga
-Mula berlari
-Menarik mainan semasa berjalan
-Boleh menanggalkan pakaian
-Minum menggunakan cawan dan makan dengan sudu
-Mempunyai perbendaharaan kata sekitar 19 patah perkataan
-Berkata dan menggelengkan kepala sebagai tanda “tidak”
-Menunjukkan ke arah yang dimahukannya
-Perkembangan bayi pramatang pada zaman persekolahan
Apabila bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan ini mula memasuki alam persekolahan, sebahagian daripada mereka mungkin menghadapi masalah fizikal berterusan seperti asma atau Cerebral palsy.
Mereka juga mungkin menghadapi cabaran perkembangan seperti kesukaran memberikan perhatian atau kurang kawalan motor.
Ini terutamanya bagi kelahiran bayi dengan saiz yang sangat kecil.
Perkembangan bayi pramatang
Setelah anak anda mencapai usia persekolahan, adalah penting untuk anda berhubung rapat dengan guru dan kakitangan sekolah bagi mengenal pasti isu yang perlu dan menjadi perhatian.
Setiap bayi adalah berbeza
Semakin awal kelahiran bayi, semakin panjang dan banyak yang perlu dikejarnya.
Walaupun selepas penyelarasan usia untuk perkembangan bayi pramatang dilakukan, anda harus ingat tiada bayi yang akan mempunyai proses tumbesaran yang sama.
Paling penting sebagai parents, anda harus sentiasa memberikan sokongan kepada si manja anda.
Sumber: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.