Bukan senang nak uruskan anak-anak kecil di pagi raya. Nak uruskan anak seorang pun dah kecoh, inikan pula empat anak yang masih kecil. Mama faham-faham sendirilah.

Namun lain pula caranya bagi social influencer yang satu ni, Irine Nadia yang punya caranya sendiri uruskan anak-anak ketika raya. Irine tak kekok berkongsi tipnya.

Mempunyai jumlah ahli keluarga yang ramai pastinya sedikit menyukarkan bila hendak balik beraya dan travel pada jarak yang jauh. Bagi Irine. dia dan suami sepakat untuk bekerjasama dalam semua hal bagi memastikan keempat-empat anaknya, Fiska Medina, 6 tahun, Hasya Tasnim, 4 tahun, Muhammad Umar Fahri, 3 tahun dan Hud Hydar, 7 bulan berada dalam keadaan selesa.

“Pagi Raya Memang Saya Jaga Mood Anak-Anak”, Irine Nadia Kongsi Tip Beraya Dengan Anak Ramai!


“Biasanya dua tiga hari sebelum balik kampung, saya sudah siapkan baju dan beg anak-anak. Kelengkapan untuk tiga anak-anak saya tempatkan dalam satu beg besar, satu beg untuk kelengkapan Hud dan sebuah beg lagi untuk saya dan suami. Semuanya cukup lengkap, persalinan dari pagi hingga ke malam.

Kalau boleh saya memang nak sentiasa nampakkan anak-anak pakai seragam, baju tidur pun sama sedondon dan kemas. Walaupun anak ramai dan masih kecil, bab-bab ni memang saya agak cerewet. Kalau saya tak sempat nak sediakan sebelum anak-anak mandi, Medina yang sediakannya. Dia tahu semua kena pakai sama.

“Pagi Raya Memang Saya Jaga Mood Anak-Anak”, Irine Nadia Kongsi Tip Beraya Dengan Anak Ramai!

IKLAN

Kalau nak balik kampung pula, kami biasanya akan bertolak menjelang subuh iaitu sekitar jam 5 pagi. Masuk siap-siap semua beg dalam kereta dan kemudian barulah angkat anak-anak yang masih tidur. Malam sebelum tidur saya dah beritahu anak-anak supaya mereka bersedia. Mudah bagi saya dan suami memandu dalam waktu begini. Malah nak uruskan anak pun senang. Kami sampai sekitar jam satu tengahari selepas lapan jam memandu.

Kami jarang singgah di R & R, awal-awal lagi suami dah sediakan makanan dan minuman dalam kereta untuk anak-anak. Jadi tak ada masalah anak-anak lapar dan sebagainya,” ceritanya lagi.

 

IKLAN

Momen beraya di kampung pastinya menjadi detik terindah. Begitu juga yang dilalui oleh Irine sekeluarga.

“Pagi raya biasanya saya dan suami sama-sama ambil bahagian. Saya akan siapkan dua anak dan suami pula uruskan dua orang anak lagi. Tapi paling penting sekali, pagi raya saya memang jaga betul mood anak-anak, kalau tak mulalah ada aksi tak mahu pakai baju raya. Pening dibuatnya.”

Kata Irine, beraya bersama keluarga suami di Perlis memang berbeza seperti di Melaka.

IKLAN

“Pagi Raya Memang Saya Jaga Mood Anak-Anak”, Irine Nadia Kongsi Tip Beraya Dengan Anak Ramai!

Biasanya kalau beraya di Perlis memang meriah. Malam raya di rumah mak mentua memang riuh rendah dengan kunjungan sanak saudara yang datang bertandang. Jadinya kami beraya dulu sebelum keesokkan harinya.

“Pagi Raya Memang Saya Jaga Mood Anak-Anak”, Irine Nadia Kongsi Tip Beraya Dengan Anak Ramai!

“Pagi Raya Memang Saya Jaga Mood Anak-Anak”, Irine Nadia Kongsi Tip Beraya Dengan Anak Ramai!

Mula-mula dulu saya rasa kekok juga tetapi kini kalau malam raya saya ternanti-nanti pulak kunjungan sepupu sepapat. Kalau tak ada saya rasa macam pelik. Seronok bila dapat berkumpul beramai-ramai,” cerita Irine lagi yang berada di Melaka tahun ini.

Kredit: @irine_nadia

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI