Ketika wabak Covid-19 menyerang dunia, semua aktiviti di dunia terhenti demi menyelamatkan jutaan nyawa. Sektor pekerjaan, sektor pelajaran malah aktiviti riadah juga turut tersekat gara-gara wabak Covid-19 yang mampu membunuh sekelip mata.
Malaysia antara negara yang mengambil langkah untuk menghentikan aktiviti sosial terutama aktiviti pekerjaan dan pelajaran untuk menyekat wabak Covid-19 dari terus merebak. Keputusan drastik tersebut telah meninggalkan banyak kesan pada rakyat sama ada dari sudut positif mahupun sebaliknya.
Antara sektor yang terjejas antaranya sektor Pendidikan yang mana ibu bapa tidak lagi dapat menghantar anak-anak ke sekolah bagi mendapatkan pelajaran dan peperiksaan turut ditangguhkan.
Terpanggil untuk merakam peristiwa pandemik yang berlaku di Malaysia sebagai satu sejarah yang mungkin tidak akan dilupakan, Astro menjalankan pengambaran bertajuk Malaysia vs. Covid-19 Documentary, Docufilm #kitaJagaKita yang bakal bersiaran pada Sabtu 12 September 2020 dalam 4 bahasa.
Antara yang terlibat dalam Docufim ini ialah Zahirah daripada Teach For Malaysia (sebuah badan bukan kerajaan) yang telah menghulurkan bantuan untuk memastikan anak-anak golongan B40 (Below 40) mendapatkan pelajaran walaupun ketika waktu pandemik sedang mengganas.
Pengajaran dan pembelajaran terpaksa dilakukan secara dalam talian selepas Perintah Kawalan Pergerakan diperkenalkan. Ketika ini, dalam waktu yang sangat singkat untuk membuat persediaan daripada ibu bapa dan pelajar, ramai yang tidak dapat memenuhi tuntutan pembelajaran secara dalam talian atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan seperti tidak mempunyai komputer riba, telefon bimbit dan akses kepada internet yang sangat terhad.
Tumpuan untuk bantuan pelajaran disalurkan adalah disekitar kawasan pendalam yang mana kemudahan atau akses kepada internet sukar didapati. Teach For Malaysia telah bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengenalpasti sekolah-sekolah yang perlu dibantu terutama sekolah diluar bandar.
Antara cabaran utama guru-guru ketika ini adalah untuk melaksanakan pembelajaran dan pelajaran secara dalam talian. Teach For Malaysia telah membuat satu inisiatif dengan mencipta Microsite sebagai medium untuk memuatnaik bahan pembelajaran dan sebagainya.
Teach For Malaysia menerusi kerjasama dengan syarikat komputer riba terkenal, HP telah mengagihkan sebanyak 60 komputer riba kepada pelajar yang memerlukan.
Menurut Zahirah “Ramai yang melihat pendidikan itu apabila pelajar ke sekolah dan masuk ke kelas, apabila pandemik ini berlaku ramai yang mula sedar, pendidikan bukan hanya di sekolah tetapi boleh berlaku dimana sahaja dan bukan hanya guru sahaja yang boleh mengajar, malah ibu bapa pun boleh menjadi guru.”
Ada pelbagai lagi kisah dan perkongsian para barisan hadapan negara yang boleh dijadikan inspirasi buat kita semua. Kalau nak tahu anda wajib tonton Malaysia vs. Covid-19 Documentary, Docufilm #kitaJagaKita yang bakal bersiaran pada Sabtu 12 September 2020 ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajal maut semua rahsia Allah. Cuma cepat atau lambat saja kita akan menyusul. Seperti yang dikongsikan oleh penyanyi sekitar era 80-an Azian Mazwan Sapuwan, dia memaklumkan anak lelakinya yang baru bergelar seorang ayah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya hampir 3 minggu lalu.
Menurut Azian anak lelakinya itu, Mohammad Aqil yang juga anak keempat daripada tujuh beradik, menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Selayang selepas mengalami kemalangan motosikal pada 22 November lalu.
Cedera parah akibat kemalangan
Dalam kemalangan itu, Mohammad Aqil mengalami kecederaan dalaman yang serius sehingga terpaksa dibius untuk direhatkan bagi memulihkan hati dan limpanya.
Sebelum ini, suami kepada penyanyi lagu Rumah Kecil Tiang Seribu telah memuat naik perkongsian berkenaan Aqil yang koma dan memohon agar sanak saudara, keluarga dan juga sahabat-handai agar mendoakan agar Aqil kembali sihat seperti sedia kala.
Baru timang anak lelaki
Lebih menghibakan, Aqil Zulkarnain baru sahaja menimang cahaya mata lelaki sebelum mengalami kemalangan jalan raya itu.
Sehari sebelum kemalangan, arwah ada memuat naik satu status di facebooknya dengan mencium bayi lelaki yang diberi nama Mohammad Aryan Zahfran dengan menulis ucapan ringkas “Assalamualaikum anak baba “.
Mengambil kira pandangan dan rungutan ibu bapa akhirnya Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengumumkan pelaksanaan pemakaian kasut hitam bagi semua murid sekolah bermula tahun hadapan.
“Ramai ibu bapa mengadu dan meminta supaya anak-anak mereka tidak memakai kasut putih. Baiklah, mulai tahun depan, murid-murid akan memakai kasut hitam, bukan kasut putih lagi,” katanya dalam sesi Bicara Minda Sinar Harian.
Pengumuman ini dilihat satu pembaharuan yang baru untuk sistem pendidikan negara dan juga mengambil kira pandangan ibu bapa sebelum ini.
Selain itu, Dr Maszlee berkata, kementeriannya komited untuk mengurangkan beban pelajar yang dilihat menggalas beg sekolah yang berat.
Beliau juga berhasrat untuk menyaksikan pelajar sekolah menguasai lebih dua bahasa menerusi sistem pendidikan negara.
“Saya bertemu dengan Duta Finland baru-baru ini dan beliau berkongsi mengenai sistem pendidikan di sana. Katanya murid-murid di sana menguasai sekurang-kurangnya empat bahasa.
“Dengan itu, saya juga berhasrat dan komited untuk pelajar Malaysia menguasai sekurang-kurangnya tiga bahasa dalam masa lima tahun ini,” tambahnya
Dr Maszlee juga berkata beliau akan memastikan pelajar lepasan sekolah di Malaysia dilihat bertaraf antarabangsa.
Sumber: Astro Awani
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!