Bosan dengan rutin makanan hariannya, ada waktunya anak juga kurang berselera untuk makan. Sesekali ubah selera anak dengan menu simple. Yogurt antara yang disarankan. Tak perlu dioleh hebat sebaliknya sejukkan sahaja atau tambahkan bersama buah. Anak makan berselera.
Minuman yogurt mengandungi probiotik yang sangat diperlukan dalam tubuh badan kita. Sebagai contoh, Bifidobacterium merupakan probiotik terawal dalam badan kita. Mungkin anda belum tahu, tetapi bakteria ini telah melindungi kita sejak kecil lagi.
Selain membantu masalah penghadaman, yogurt juga mempunyai khasiat yang tinggi malah mengandungi bahan yang diperlukan dalam perkembangan tulang, seperti protein, kalsium, vitamin D, fosforus, dan magnesium. Minuman yogurt juga membantu membina sel-sel tulang yang sihat.
Tapi bagaimana kita hendak memperkenalkan yogurt ini kepada anak? Informasi yang dikongsikan oleh Puan Safwah Abd Sani ini memang tepat. Malah banyak perkongsian infonya untuk semua mama. Jom suapkan anak kita yogurt, biar sejuk baru anak makin selera hendak makan.
Sedikit info tentang yogurt. Bila boleh intro yogurt untuk anak?
Seawal usia 8-10 bulan dah boleh perkenalkan yogurt pada anak.
Bagus ke bagi yogurt pada anak? Bagus. Sebab yogurt ada probiotic, yang mana probiotic ni sangat penting untuk kesihatan usus. Bila usus sihat, nutrient lain pun mudah diserap. Usus yang sihat membantu meningkatkan immune system badan anak.
Ads
Berapa banyak anak boleh makan yogurt?
2 – 3 sudu sehari sudah memadai, lagi bagus kalau dibagi setiap hari.
Banyak sangat natural yogurt dekat pasar raya. Nak pilih yang mana satu? Ok, ni tips memilih yogurt untuk anak-anak.
1. Pastikan kita pilih NATURAL YOGURT. Sebab tak ada perasa tambahan, gula, etc. 2. Pilih yang FULL FAT / FULL CREAM. Anak-anak perlukan lemak baik untuk membesar. 3. Elakkan ambil LOW FAT. Bukan tak baik, cuma kurang sesuai untuk anak yang nak membesar. Untuk mak boleh la ambil low fat.
Ads
Berapa lama yogurt boleh tahan?
Kalau letak dalam fridge, biasanya tahan kurang seminggu. Habis tu kalau beli bekas besar, jenuh anak nak habiskan? Dah la 2-3 sudu je sehari. Macam mana?. Apa yang umi buat, masukkan yogurt dalam bekas ice cube dan frozen kan. Bahan frozen kalau letak dalam deep chiller biasanya tahan 2-3 bulan. Dah keras, masukkan dalam plastik ziplock. Nak ambil, ambil saja seketul-seketul
Apa menu yang sesuai dibuat dengan yougurt?
Ads
1. Mix dengan buah
2. Yogurt Bark. Cara penyediaan sama saja, mix dengan buah. Kemudian sapu rata pada pinggan atau mangkuk dan frozenkan. Dah keras boleh patah-patah dan bagi anak makan.
Yogurt Bark sesuai sangat bagi kat anak kalau dia gatal gusi nak tumbuh gigi.
3. Buat smoothies. Yummeh!
4. Campur dalam masakkan seperti masak kari. Cuma kena masukkan yogurt di akhir masakkan, biarkan masakkan sejuk sikit baru campur yogurt.
Jom mama!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memberi makan bayi baru lahir adalah cabaran besar kerana keperluan pemakanan mereka berubah mengikut masa. Anda perlu memberi perhatian kepada setiap perubahan kecil dalam bayi anda dan memastikan bahawa makanan yang anda sediakan untuknya adalah berkhasiat dan sesuai untuk setiap fasa hidupnya.
Sekiranya anda masih bingung sama ada patut mulakan makanan pertama bayi atau makanan pejal sekarang atau tidak, ikuti perbincangan lanjut ini. Semoga artikel ini dapat memberikan maklumat berguna untuk membantu anda menentukan adakah si manja anda telah bersedia untuk makanan pertama bayi.
Makanan pejal boleh diperkenalkan kepada bayi anda sewaktu 6 bulan pertama dalam hidupnya. Sebelum itu, susu ibu dan susu formula mencukupi untuk membekalkan jumlah pemakanan dan kalori yang diperlukan anak anda. Selama beberapa bulan pertama, sistem pencernaan anak anda masih belum cukup berkembang. Oleh itu, pepejal atau sebarang jenis makanan lain adalah dilarang.
Selain itu, menurut American Academy of Pediatrics, anda hanya patut memperkenalkan bayi anda kepada makanan pejal selepas enam bulan pertama.
Walau bagaimanapun, jika anda ingin anak anda merasakan makanan pejal lebih awal daripada itu, anda boleh memerhatikan tanda-tanda kesediaan berikut. Bayi anda mungkin tidak menunjukkan semua petanda sekaligus, tetapi ini hanyalah sekadar petunjuk untuk perhatian anda:
Waktu memperkenalkan bayi anda kepada makanan pepejal bergantung kepada anda dan keperluan anak anda. Jika bayi anda ingin mencuba rasa baru, tetapi dia terlalu muda daripada usia yang sesuai, hubungi doktor anda untuk nasihat dan maklumat lanjut.
Gula adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh. Secara semulajadi, gula boleh didapati dalam makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, mi, roti, pasta dan ubi-ubian. Gula juga terdapat dalam buah-buahan dalam bentuk fruktosa, dan susu dalam bentuk laktosa.
Selain terdapat dalam bentuk semulajadi, gula juga ditambah ke dalam makanan semasa penyediaan atau pemprosesan. Pengambilan gula tambahan tidak diperlukan dalam diet harian kerana gula boleh diperoleh daripada makanan yang mengandungi karbohidrat.
Pada label makanan, gula boleh disenaraikan sebagai sukrosa (sucrose), fruktosa (fructose), sorbitol, manitol (mannitol), sirap jagung (corn syrup), madu (honey), malt, ekstrak malt (malt extract), maltosa (maltose), ekstrak beras (rice extract), molas (molasses) , golden syrup dan inverted sugar.
Apakah saranan pengambilan gula tambahan?
WHO (2003) menyarankan pengambilan gula tambahan tidak melebihi 10% daripada jumlah tenaga harian. Oleh itu, bagi orang dewasa, purata pengambilan gula tambahan yang disarankan adalah tidak melebihi 10 sudu teh sehari (50g).
Gula tambahan yang dimaksudkan adalah monosakarida dan dwisakarida yang ditambah ke dalam makanan dan minuman oleh pengilang-pengilang makanan dan gula yang ditambah semasa memasak dan menyedia makanan.
Apakah corak pengambilan gula di Malaysia?
Berdasarkan Kajian Pengambilan Makanan di Kalangan Orang Dewasa Malaysia 2002/2003, orang dewasa di Malaysia menambah 7 sudu teh sehari iaitu 4 sudu teh gula pasir dan 3 sudu teh susu pekat manis ke dalam minuman mereka. Jumlah gula yang ditambah ke dalam minuman ini sahaja telah melebihi saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Panduan Diet Malaysia yang mencadangkan pengambilan jumlah gula sehari tidak melebihi 50g.
Apakah kesan pengambilan gula secara berlebihan?
Pengambilan gula yang berlebihan boleh mengakibatkan pengambilan tenaga yang berlebihan.
Pengambilan tenaga harian yang berlebihan dalam jangkamasa yang panjang boleh meningkatkan berat badan dan menyebabkan obesiti. Keadaan ini akan menjadi lebih serius sekiranya diet harian adalah tinggi lemak dan kurangnya aktiviti fizikal yang dilakukan.
Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (National Health and Morbidity Survey, NHMS) III, 2006 mendapati 29.1% orang dewasa di Malaysia berlebihan berat badan mankala 14.0% pula obes. Ini telah menunjukkan peningkatan berbanding NHMS II, 1996 iaitu masing-masing 16.0% (berlebihan berat badan) dan 4.0% (obes).
Obesiti dan berlebihan berat badan meningkatkan risiko mendapat pelbagai jenis penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi dan sakit jantung.
Prevalen pesakit diabetes dalam kalangan penduduk yang berumur lebih daripada 30 tahun telah meningkat daripada 8.3% pada tahun 1996 (NHMS II) kepada 14.9% pada tahun 2006 (NHMS III).
Gula juga boleh dikaitkan dengan pembentukan karies gigi (dental caries). Data dari Kementerian Kesihatan menunjukkan kadar karies gigi di kalangan kanak-kanak berumur 5 tahun adalah 76.5% (2005) dan 80.9 % dalam kalangan kanak-kanak yang berumur 6 tahun (1997).
Apakah saranan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam mengurangkan pengambilan makanan dan minuman kurang gula?
Saranan utama 1
Makan makanan yang rendah kandungan gula.
Cara untuk mencapai
Saranan Utama 2
Minum minuman yang rendah kandungan gula.
Cara untuk mencapai
(Sumber: Panduan Diet Malaysia 2010)
Apakah kesan penjimatan gula kepada kesihatan?
Pengurangan penggunaan gula menjimatkan perbelanjaan dan boleh meningkatkan taraf kesihatan.
Kesan kepada kesihatan individu :
1 sudu teh gula membekalkan 20 kilokalori. Sekiranya seseorang itu mengambil makanan dan minuman yang ditambah dengan 7 sudu teh gula sehari, jumlah pengambilan tenaga tambahan daripada gula adalah 140 kilokalori. Jika tidak digunakan, 140 kilokalori tenaga ini akan ditukarkan kepada 20 gram lemak. Jika pengambilan gula ini berterusan setiap hari dan tenaga yang dihasil tidak digunakan untuk tempoh sebulan, akan terkumpul 600 gram lemak. Jika pengumpulan lemak ini berterusan selama 1 tahun, akan terkumpul 7.2 kilogram lemak berlebihan dalam badan!. Ini belum ditambah dengan pengumpulan lemak daripada makanan yang berminyak, bersantan dan berlemak yang diambil setiap hari.
Untuk membakar 140 kilokalori yang diperolehi daripada 7 sudu teh gula tambahan, seseorang itu perlu berjoging atau berjalan menaiki bukit selama 20 minit, senamrobik selama 30 minit, berbasikal selama 40 minit atau melakukan kerja-kerja rumah yang biasa seperti menyapu sampah, membasuh, memasak dan mengemas selama 1 jam.
Sekiranya seseorang itu mengurangkan pengambilan gula tambahan kepada 3 sudu teh gula sehari (iaitu 1 sudu teh gula bagi setiap cawan minuman dan diambil 3 kali sehari), beliau telah dapat mengelakkan penambahan tenaga sebanyak 80 kilokalori sehari, 560 kilokalori seminggu atau 2240 kilokalori sebulan. Oleh itu, beliau dapat mengelakkan penambahan lemak sebanyak 300 gram sebulan, atau 600 gram dalam tempoh dua bulan atau 3.6 kilogram dalam tempoh setahun.
7 Langkah bijak mengurangkan gula
Rujukan
Panduan Diet Malaysia 1999. Jawatankuasa Penyelaras Makanan dan Pemakanan Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Recommended Nutrient Intake, 2005. National Coordinating Committee on Food and Nutrition, Ministry of Health Malaysia.
Strategy for the Prevention of Obesity Malaysia 2005.
National Healthy Morbidity Survey III, 2006. Ministry of Health Malaysia.
Malaysian Adult Nutrition Survey, 2002/2003. Ministry of Health Malaysia.
Food Balance Sheet, FAO 2008.
Panduan Diet Malaysia, 2010. Kumpulan Kerja Teknikal Panduan Diet Malaysia. Kementerian Kesihatan Malaysia.
Singgang memang comfort food yang amat bagus untuk Immune System kita dan anak.
Jika sesuai untuk anak, dah tentu sesuai untuk kita, untuk semua.
Pernah dengar tentang anak kerap sakit, selalu tak sihat kerana usus ‘kurang sihat?’ Jika kerap ada keadaan begini, mungkin gut healing adalah antara perkara yang perlu dilakukan.
Gut healing adalah satu proses yang mengambil masa, bergantung kepada keadaan usus kita. Jika pemakanan terjaga, jarang ada isu ini.
Jika diet harian banyak ambil gluten (makanan berasaskan gandum), Junkfood, MSG, Fast Food, makanan/minuman tinggi Pewarna dan Perasa Tiruan, lama kelamaan, kualiti kesihatan usus semakin tidak memuaskan.
Pernah baca post Dr. Hafiz Sulaiman tentang perbandingan keadaan usus sihat vs bermasalah hasil kerap ambil junkfood?
Bila usus tidak sihat, nutrisi yang diambil setiap hari tidak dapat diserap ke badan kerana masalah ‘leaky gut’, yang mana, ia disebabkan oleh gaya pemakanan sebelum ini.
Jadi, mahu atau tak, perlu sihatkan usus terlebih dahulu. Broth Soup kaya gabungan nutrisi yang ‘super’ fungsinya untuk kesihatan usus.
Pengambilan Chicken Broth, Vegetable Broth Soup atau Fish Broth Soup amat membantu proses ini.
Apa contoh Fish Broth yang bagus untuk kita?
Singgang. Paling mudah. Paling sihat. Kaya immune boosting food di dalamnya.
Bawang besar, bawang putih, halia, kunyit, lengkuas, asam keping, Lada Hitam – semua ini immune booster yang amat super kesannya untuk sistem badan dan usus kita, termasuk usus anak-anak.
Beri Fish Broth sekurang-kurangnya 2x seminggu untuk anak hirup. Ia juga bagus untuk selesema, demam dan batuk.
Resipi Singgang:
1 biji bawang besar, dihiris, 1 labu bawang putih diketuk, 2 inci kunyit hidup, 1 inci halia, 1 inci lengkuas, 1 asam keping, Lobak Merah + bendi + tomato, 1500ml air, 1-2 ekor ikan.
Reneh semua ini dengan api paling kecil selama 1 ½ jam.
Hidangkan dengan nasi dan bagi anak hirup juga.
Favouritism dalam didik anak boleh memberi kesan psikologi jangka panjang tanpa disedari ibu bapa, termasuk trauma emosi yang berlarutan hingga dewasa.