Anak kedua usahawan dan pelawak Shuib, Dzahira Talita Zahra yang tular selepas melakukan persembahan di Bukit Bintang baru-baru ini kini melangkah setapak lagi apabila berpeluang untuk menjayakan Konsert By Ajai & Mega Friend di Singapura pada 10 Mei nanti.
Menerusi sebuah posting di Instagram, Shuib berjaya merakam momen kegembiraan di wajah Talita apabila diberi tawaran tersebut. Lebih teruja, kejutan itu dilakukan oleh Ajai sendiri.
“Dari show paling murah ke show paling mahal. Tahniah Talita. Daddy bangga.
“Terima kasih abang Ajai. Kita sama-sama doakan Talita okey,” kongsinya.
Ads
Terdahulu, Talita telah menarik perhatian ramai semasa melakukan sebuah persembahan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur dengan mendendangkan lagu arwah ibunya, Siti Sarah Raisudin yang berjudul Kesetiaan.
Thalita menyanyikan lagu Kesetiaan sebanyak dua kali dan pada nyanyian kedua, emosinya sedikit tersentuh sehingga menitiskan air mata.
Ads
Selain lagu Kesetiaan, dia juga menyanyikan lagu Kekasih Bayangan sewaktu busking bersama stesen radio Era FM.
Terdahulu, pada 9 Ogos 2021, Siti Sarah telah menghembuskan nafas terakhirnya selepas bertarung nyawa melawan virus Covid-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.
Setiap kali seorang bayi dilahirkan, antara perkara paling awal yang difikirkan oleh ibu bapa ialah nama. Nama bukan sekadar satu panggilan, tetapi simbol kasih sayang, doa dan harapan yang akan dibawa oleh anak sepanjang hidupnya. Menariknya, trend nama bayi sentiasa berubah mengikut peredaran zaman dan mencerminkan perubahan dalam jiwa serta keutamaan ibu bapa.
Menurut satu perkongsian oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), perubahan ketara dapat dilihat apabila membandingkan pilihan nama bayi dahulu dan kini. Ia bukan sekadar soal bunyi nama, tetapi turut mencerminkan perubahan gaya hidup, pemikiran serta cara ibu bapa melihat masa depan anak mereka.
Sebelum tahun 2000, kebanyakan ibu bapa memilih nama yang bersifat klasik dan tradisional. Nama seperti Kamarudin, Baharudin, Osman, Mustapha, Kassim, Zainal dan Salleh sangat biasa digunakan dalam masyarakat. Nama-nama ini lazimnya diwarisi daripada ahli keluarga terdahulu, khususnya datuk atau bapa.
Bagi generasi dahulu, nama anak dianggap sebagai satu kesinambungan warisan keluarga. Ia melambangkan identiti, asal usul serta nilai yang ingin diwariskan dari satu generasi ke generasi seterusnya. Nama yang panjang dan penuh makna dipilih dengan teliti, selalunya berkait rapat dengan agama, akhlak dan budaya setempat.
Ciri utama nama dahulu ialah bunyinya yang klasik, jelas pengaruh tradisi dan membawa makna yang mendalam. Walaupun kedengaran formal, nama-nama ini kekal relevan dalam jangka masa panjang dan menjadi identiti yang kukuh buat pemiliknya.
Nama-nama ini kebanyakannya mempunyai bunyi antarabangsa dan tidak terikat kepada satu budaya sahaja. Faktor globalisasi, pendedahan kepada media sosial serta inspirasi daripada tokoh terkenal dan selebriti turut mempengaruhi trend nama bayi hari ini.
Ciri nama kini lebih pendek, mudah dieja dan senang disebut oleh pelbagai lapisan masyarakat. Ramai ibu bapa juga mengambil kira kesesuaian nama anak dalam dunia moden, termasuk dari segi pendidikan, kerjaya dan pergaulan antarabangsa pada masa hadapan.
Perubahan trend nama bayi sebenarnya mencerminkan perubahan cara hidup dan cara berfikir ibu bapa. Generasi hari ini hidup dalam dunia yang lebih terbuka, pantas dan serba moden. Oleh itu, pemilihan nama juga disesuaikan dengan realiti semasa.
Menurut JPN, nama klasik kini semakin kurang digunakan berbanding dahulu, manakala nama moden dan ringkas menjadi pilihan utama. Faktor kemudahan sebutan, ejaan yang tidak rumit serta keinginan untuk memberikan identiti unik kepada anak memainkan peranan besar dalam perubahan ini.
Namun begitu, perubahan trend ini tidak bermaksud nilai lama ditinggalkan sepenuhnya. Ramai ibu bapa masih memilih nama moden yang mempunyai maksud baik dan berunsur keagamaan, cuma disampaikan dalam bentuk yang lebih ringkas dan kontemporari.
Walau apa pun trend semasa, perkara paling penting ialah makna dan niat di sebalik nama tersebut. Nama adalah satu doa yang akan disebut sepanjang hayat anak. Ibu bapa disarankan memilih nama yang membawa maksud positif, mudah disebut dan tidak mengelirukan dari segi ejaan.
JPN juga menekankan kepentingan memastikan nama anak mematuhi garis panduan pendaftaran bagi mengelakkan sebarang masalah pentadbiran di kemudian hari. Selain mengikut trend, aspek praktikal dan jangka panjang juga perlu diberi perhatian.
Hakikatnya, sama ada memilih nama klasik atau moden, kedua-duanya mempunyai keistimewaan tersendiri. Nama dahulu mencerminkan warisan dan tradisi, manakala nama kini menggambarkan kreativiti serta keterbukaan ibu bapa terhadap dunia yang semakin global.
Seperti yang dikongsikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara, perubahan trend nama bayi ini adalah satu evolusi semula jadi. Ia bukan soal betul atau salah, tetapi cerminan kasih sayang dan harapan ibu bapa terhadap masa depan anak mereka.
Kerana pada akhirnya, di sebalik setiap nama, tersimpan doa yang tidak pernah putus dan akan terus mengiringi langkah seorang anak sepanjang hidupnya.
Sumber: Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang bayi perempuan yang cukup sifatnya ditemui masih hidup ditinggalkan dalam kotak di atas jalan berhampiran Gua Tempurung, Gopeng pada Ahad.
Menurut Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata, bayi itu ditemui masih hidup dan cukup sifat dengan kesan darah bersama tali pusat dan uri.
Polis menerima maklumat berhubung penemuan itu pada jam 3.15 petang daripada dua pekerja yang kebetulan melalui kawasan berkenaan untuk melihat lembu peliharaan.
“Ketika menghampiri kawasan itu, mereka ternampak kaki seperti kaki bayi terkeluar dari sebuah kotak yang diletakkan di tepi simpang masuk sebuah pusat pengajian al-quran dan pusat pemulihan akhlak.
“Curiga dengan keadaan itu, mereka mendekati kotak berkenaan sebelum melihat seorang bayi perempuan ditinggalkan hanya dengan berbalut kain,” katanya berkongsi.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati, bayi terbabit berkemungkinan baru ditinggalkan di kawasan itu kurang 12 jam sebelum dijumpai. Buat masa ini polis masih membuat siasatan termasuk di sekitar tempat kejadian bagi mengesan suspek terlibat.
“Kawasan penemuan merupakan laluan awam dan tidak berpagar. Tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang boleh membantu sisatan.
“Polis juga telah menjalankan pemeriksaan ke atas tiga penghuni wanita di pusat pengajian itu dan didapati, tiada tanda-tanda telah melahirkan bayi,” katanya.
Mohamad Nazri berkata, bayi berkenaan dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan telah mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Kampar.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Tiga lelaki bersenjata parang samun taska, guru tak dapat tanggal cincin terus ditampar sampai jatuh. Seorang guru wanita berdepan detik mencemaskan apabila menjadi mangsa rompakan oleh tiga lelaki bersenjatakan parang di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Tali Air 11, Pasir Panjang pada pagi Isnin.
Menurut wanita berusia dalam lingkungan 40-an itu, dia telah cuba menanggalkan cincin emas miliknya apabila diminta oleh salah seorang suspek, namun gagal kerana terlalu ketat.
“SAYA DAH CUBA BUKA CINCIN, TAPI KETAT SANGAT. SUSPEK BERSENJATA PARANG MARAH, TERUS TAMPAR SAYA SAMPAI JATUH.”
Tambahnya lagi, suspek tersebut kemudian sekali lagi menampar pipi kirinya apabila cubaan kedua untuk menanggalkan cincin itu juga tidak berhasil.
“Bila saya berjaya keluarkan cincin tu, saya terus lempar ke lantai, tapi mereka tak ambil pun,” ujarnya.
Kejadian itu berlaku sekitar jam 9.35 pagi apabila tiga lelaki tersebut menaiki kereta jenis Perodua Bezza dan menceroboh masuk ke premis taska berkenaan.
Menurut Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Md Yusof Ahmad, kumpulan penjenayah itu berjaya melarikan seutas rantai emas, dua utas gelang, sebentuk cincin, dan sebuah telefon bimbit.
“Ketika kejadian, terdapat dua orang guru wanita, seorang pembantu dapur serta 10 orang kanak-kanak berusia antara dua hingga empat tahun berada di dalam taska. Tiada kecederaan serius berlaku kepada mana-mana kanak-kanak,” jelas beliau.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, selain boleh dikenakan denda dan sebatan jika disabitkan bersalah.
Pihak polis kini sedang giat menjejaki ketiga-tiga suspek dan meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan.
Maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Nor Aimi Lyana Mohd Khairani menerusi talian 018-2510452 atau hadir sendiri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.