Baru sahaja selamat melahirkan cahaya mata pertamanya pada 30 September yang lalu, isteri kepada pemain bola sepak, Safawi Rashid, iaitu Syifa Melvin berkongsi pengalamannya melahirkan cahaya mata sulungnya, Saif Sulaiman.
Menerusi perkongsiannya di Insta Story, Syifa berkongsi kelahiran bayi sulungnya yang lahir lebih awal dari tarikh jangkaan.
“Tak langsung prepared. tak sangka keluar rumah malam tu jadi malam terakhir keluar berdua haha. Ada leaking pukul 2 petang, tunggu sampai maghrib tengok masih ada.
“Rasa pelik dah, ajak suami pergi hospital. Bila pergi memang tak kembali haha. Masa tu baru 36 minggu 6 hari.
“Saif keluar tepat 37 minggu dengan berat 2.61 kg. Alhamdulillah untuk semuanya,” kongsinya.
Ads
Tambah Syifa lagi, dia pada mulanya mengalami kontraksi palsu tiga hari sebelum melahirkan bayinya. Namun tidak menyangka ia adalah kontraksi sebelum kelahiran Saif Sulaiman.
“Sebenarnya 27 hari bulan dah mula rasa mengeras yang ada satu waktu itu berpeluh. Tapi kita ingat braxton hicks, layan saja lah sampai la 29 hari bulan, baru pergi hospital.
Ads
“Memang sakit dua-dua la, contraction rasa, sakit luka czer pun rasa. Contraction habis tinggi 100, Syifa tahan lagi tapi sakit kuat walau pun on Pitoxin drip,” katanya lagi berkongsi.
Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bentuk video yang kreatif dan menarik.
Tahniah diucapkan buat pelakon Izreen Azminda yang selamat melahirkan cahaya mata keempatnya di sebuah pusat perubatan pada 24 Julai lalu.
Menerusi Instagramnya, Izreen memuat naik gambar si comel namun tidak berkongsi wajah bayi yang sudah pun diberikan nama, Andika Yusof.
Menurut perkongsian Izreen, anak keempatnya itu berada dalam keadaan baik dengan berat 3.02kg.
“Assalamualaikum semua. Saya Andika Yusof. Lahir 24/7/24, 3.02KG.
“Saya boy tau, yang mana auntie-auntie yang teka girl tu tak pe, mama saya aminkan je. Insyallah next ada rezeki lagi,” tulisnya.
Menerusi entri itu, Izreen turut berkongsikan beberapa keping gambar anaknya itu serta sempat berseloroh mengidamkan anak perempuan pula selepas ini.
Wajah putih mulus dan gebu itu sudah sepertinya sama seperti abang-abangnya sebelum ini. Comel.
Terdahulu, Izreen mendirikan rumah tangga dengan pemuzik, Ude Wahid pada 8 Ogos 2017. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Aaron Ibrahim dan Ali Idrees.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Selama ini mungkin ramai ibu yang terfikir kenapa perlu berpuasa sekurang-kurangnya 6 jam sebelum pembedahan caesarean. Rupanya ia bersebab & kalau tak patuh boleh bahayakan nyawa ibu dan anak!
Melahirkan anak sama ada secara pembedahan atau normal kedua-duanya mempunyai risiko dan prosedur tersendiri. Pembedahan elektif caesarean biasanya dijadualkan dan ibu-ibu akan diminta untuk berpuasa. Menurut Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan ia ada kaitan dengan bius yang bakal diberikan.
“Kebiasaannya ibu yang menjalani pembedahan caesarean akan diberikan bius separuh badan. Namun ada keadaan di mana bius separuh badan ini tidak berkesan. Keadaan ini memerlukan ibu berkenaan dibius penuh (bius am).
“Jika ibu tidak berpuasa sekurang-kurangnya 6 jam seperti yang diminta, terdapat risiko isi kandungan dalam perut akan regurgitated ( terkeluar ) dan boleh memasuki paru-paru semasa pemberian bius penuh.
“Ikut peraturan. Kalau doktor dah suruh puasa kol 12 tengah malam, tu follow je. Kalau suruh puasa pukul 3 pagi ke 2 pagi pun follow je. Bukannya curi-curi makan bila dia suruh puasa. Ada pulak orang suruh puasa dia pegi telan nasi lemak kol 6 pagi. Macam mana nak buat operation? Barang-barang peribadi yang berharga serahkan pada keluarga, jangan tinggalkan dalam wad. Apa pun ikut peraturan. Lain tempat lain cara,” katanya.
INFO: Bius am akan menyebabkan otot-otot di saluran pencernaan dan saluran pernafasan tidak dapat berfungsi untuk mengawal makanan dan asid daripada bergerak dari perut ke dalam paru-paru. Sentiasa ikuti arahan doktor untuk mengelakkan makanan dan minuman sebelum pembedahan. Puasa biasanya diperlukan bermula enam jam sebelum pembedahan. Sumber: mayoclinic.org
Siapa kata tidak berdebar, walau pun ia mungkin kali kedua atau ketiga ibu dibedah untuk bersalin. Tenangkan diri dan lakukan perkara penting yang dicadangkan doktor ini.
Selain berpuasa mengikut prosedur yang ditetapkan, 5 perkara yang boleh para ibu lakukan sebagai persediaan menempuhi pembedahan ialah seperti berikut;
Kebiasaanya ini pesanan-pesanan saya bila buat round malam pada ibu-ibu yg akan menjalani apa-apa prosedur di dewan bedah ( contohnya pembedahan caesar ) pada keesokkan hari;
#1: SOLAT HAJAT Malam-malam tu buat solat hajat. Selagi boleh solat tu buatlah. Minta bantuan dari Allah. Minta jauhkan segala ketakutan. Segala perjalanan pembedahan tak aan berjalan lancar tanpa izin Allah. Doktor hanya bantu sahaja. Kalau tak mampu nak solat, mengaji pun ok sangat dah. Bukan pegi kat katil orang lain membawang sana sini.
#2: MOHON MAAF DARIPADA SUAMI & IBU BAPA Mintak maaf pada suami, mak dan ayah. Kalau depa ni jauh, apa guna henfon mahal-mahal kan ? Call dorang mintak maaf atas salah silap dan mintak dorang doakan segalanya berjalan lancar. Ni penting. Kalau redha sesama manusia kita dapat, Allah akan redha dgn kita. Semua urusan akan mudah.
#3: LANGSAIKAN HUTANG Selesaikan hutang-hutang yg ada. Kalau ada berhutang dengan orang pegi settlekan. Takpayah kalut, online banking kan ada?
#4: YAKIN Last, yakin sepenuhnya dengan doktor yang akan bedah korang esok. Saya akan jumpa pesakit yang akan saya bedah biasanya malam sebelum pembedahan, nak bagitau pesakit bahawasanya sayalah doktor bedah dorang esok, sambil borak-borak ringkas. Tak ade lah pesakit terpinga-pinga tertanya-tanya doktor mana yg akan buat operation kan?
#5: BERSELAWAT & DOA Biasanya saya akan mulakan segala macam prosedur dan pembedahan dengan ucapan Bismillahirrahmanirrahim. Sebelum korang ‘ditidurkan’ oleh doktor bius selawat pada Nabi dan doa buat kali terakhir untuk dipermudahkan. Ingat, doa adalah senjata utama kita. Doa dan terus berdoa. Jangan pernah berhenti berharap.
Sungguh menyayat hati! Seorang wanita hamil tujuh bulan maut ditembak di bahagian perut dalam kejadian di Kampung Teresek, Repek, Pasir Mas, Kelantan pada Sabtu.
Mangsa, Farrah Emirah Mazlan, 26, yang juga seorang peniaga ditemukan dalam keadaan terbaring di tempat duduk pemandu dan mempunyai kesan tembakan di bahagian perut sebelah kiri.
Sejak petang Jumaat kereta mangsa berada di tepi jalan
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan mayat seorang wanita dalam sebuah kereta jenis Nissan Cefiro yang di parkir di tepi jalan.
“Hasil temubual dengan saksi awam mendapati kereta yang dinaiki mangsa sudah berada di tepi jalan sejak petang Jumaat,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.
Menurutnya, pemeriksaan yang dilakukan ke atas kereta menjumpai satu kelongsong peluru di bahagian kaki tempat duduk penumpang di belakang sebelah pemandu.
Beliau berkata, semakan awal mendapati kereta tersebut didaftarkan di atas nama mangsa.
Muhamad Zaki berkata, hasil temubual dengan ibu mangsa memberitahu wanita berkenaan hamil tujuh bulan.
“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk proses bedah siasat.
“Susulan itu, seorang buruh berusia 40 tahun ditahan pada Sabtu jam 11.25 malam bagi membantu siasatan,” katanya.
Menurutnya, kes disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Kes dera anak melibatkan seorang ibu yang dihukum penjara kerana memukul anak akibat alat solek membuka mata tentang bahaya emosi tidak terkawal dan kepentingan kesihatan mental ibu bapa.