Lebih 8K Perkongsian, Kisah Eksperimen Bayi Meninggal Sebab Tiada Belaian Tular. Ibu Ayah Wajib Penuhi Keperluan Emosi Anak

Share

Betapa pentingnya belaian & sentuhan buat bayi, eksperimen mendapati bayi meninggal dunia akibat yang tidak dirangsang menjadi tular hingga dikongsi sebanyak 10 ribu kali. Apa pengajaran yang perlu diambil oleh ibu bapa ialah jangan abaikan keperluan emosi anak.

Belaian & sentuhan adalah keperluan penting, jangan lupa penuhi keperluan emosi anak.

Guru, Puan  Adhwa Adnin berkongsi kisah eksperimen bayi yang dilakukan pada 1940an yang  mendapati bayi yang tidak dibelai & diberikan sentuhan kasih sayang walau pun diberikan keperluan asas seperti susu dan pakaian serta dibersihkan boleh meninggal dunia secara perlahan-lahan. Berikut ialah perkongsian beliau.

Dalam eksperimen ini, bayi dari kumpulan 1 diberi kelengkapan yang cukup & keperluan dipenuhi. Cuma tiada hubungan emosi, belaian, sentuhan, kasih sayang dan perhatian daripada penjaga.

Manakala bayi dari kumpulan kedua diberikan keperluan asas yang sama tetapi kumpulan ini diberikan belaian, kasih sayang dan perhatian.

Ekoran daripada tiada belaian & perhatian, separuh daripada bayi kumpulan kedua meninggal dunia perlahan-lahan. Bayi seolah-olah shut down sendiri! Eksperiman terpaksa dihentikan.

Sebelum meninggal, tangan bayi berhenti menggapai seolah-olah putus asa & berhenti cuba berinteraksi dengan penjaga

Satu lagi eksperimen ialah juga mendapati keputusannya sama iaitu bayi yang tiada sentuhan, belaian dan perhatian walau pun diberikan susu, dibersihkan dan dimandikan juga akan meninggal dunia.

Pengalaman berada di taska  ketika mencari taska anak

Bayi menangis sampai tersedu-sedan dan terdiam sendiri. Bilik kosong tiada mainan untuk rangsangan.

Perangai kanak-kanak yang pelik-pelik itu bersebab, apa yang dilalui & layanan semasa bayi serta persekitaran mempengaruhi.

Para netizen dan follower Puan Adhwa Adnin telah memberikan responds. Mereka dari kalangan ibu bapa sangat gerun dan mengaitkan persekitaran yang didedahkan kepada bayi di taska yang tidak memberikan penjagaan yang cukup sama juga dengan eksperimen yang dinyatakan.

IBU BAPA PERLU BERIKAN KASIH SAYANG SEPENUHNYA KEPADA ANAK-ANAK

MEMBERIKAN PERHATIAN TIDAK AKAN MEMBUAT BAYI MENJADI MANJA

KELAKUAN YANG PELIK BERMULA DARI APA YANG DIDEDAHKAN SEJAK KECIL

TASKA DI TEMPAT KERJA PERLU DIWUJUDKAN 

CARA DIDIKAN AKAN MEMPENGARUHI SIFAT APABILA ANAK BESAR NANTI

Salah seorang netizen telah berkongsi tentang update di Facebook Puan Adhwa Adnin di mana dia menegaskan yang perkongsiannya tersebut adalah bertujuan untuk memberitahu ibu bapa tentang pentingnya memenuhi keperluan emosi anak selain daripada keperluan-keperluan lain.

Sumber: Adhwa Adnin

IKLAN