Lebih 4K Share, Apam Berkuah Paling Senang Nak Buat, Anak Pun Suka!

Share

Apam nasi mungkin sudah terbiasa, namun apam dengan kuah pekat dan likat pasti buat minum petang anda bertambah nikmatnya. Apam nasi dengan kuah yang dikongsikan oleh Pn Zana Anuar ini nampak cukup mudah hendak disediakannya. Hanya perap dan biarkan sahaja. Kemudian barulah disediakan sosnya pula.

Malah bahan yang digunakannya juga amatlah ringkas. Jadi lebihan nasi semalam, janganlah dibuang, buatkan sahaja apam mudah dan ringkas ini. Jom cuba resipi yang dikongsikannya.


 

Apam kuoh hari ni, menu petang.

Untuk apam nasi:
2 cwn nasi sejuk
2 1/2 cwn air
1 3/4 cwn gula
Blendkan sekali

Masukkan 2 cawan tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 peket yis mauripan/ 2 sdb

Setelah diblend, masukkan ke dalam tepung.

Kacau sehingga sebati dan perapkan selama 2 jam.

Masukkan dalam acuan dan kukus selama 5 minit. Sapukan acuan dengan sedikit minyak supaya adunan tak melekat kat acuan.

Kuah dengan isi ikan rebus
Bagi masyarakat di sebelah pantai timur, sos dengan gabungan isi ikan rebus merupakan sajian yang cukup istimewa. Nak tahu rasanya, kenalah cuba. Resipinya mudah sahaja.

Untuk kuahnya:
Blendkan bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, kerisek, jintan manis, ketumbar dan lada hitam.
Kelapa parut sedikit, sedikit isi ikan yang direbus.

Untuk kuahnya kuantiti bahan agak-agak saja, bergantung kepada banyak atau sedikit kuah yang kita nak.

Masukkan bahan blend dalam santan, letakkan gula kerek/ nise, garam dan secukup rasa.

Ok dah pun siap, cicah apam bersama kuahnya.

Selamat mencuba ya.

PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA BERMULA ESOK!

Tak sabar nak tengok keletah comel Jeanelle? Pa&Ma Musim ke-8 kembali lagi di kaca tv menemani anda! Kali ini, kami membawakan edisi Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Jom kosongkan malam Rabu anda dengan menonton gelagat mereka pada jam 9 malam, hanya di Astro Ria saluran 104 & 124. Set kalendar anda sekarang yaa !

#PaMaJourneyBersamaJovianNina
#AstroRIA
#MajalahPAMA

Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents 

IKLAN