Lebih 91 Ribu Share, Wanita Ini Kongsi Cara Buat Troli Beroda, 6 Langkah Mudah!

Share

Troli beroda antara salah satu kegunaan yang boleh memudahkan kerja ibu di rumah. Ia  boleh berfungsi sebagai tempat penyimpanan barang-barang dapur, tempat letak baju dan juga tempat untuk menyimpan buku. Hal ini kerana troli ini memiliki roda dan senang untuk bertukar tempat.

Menerusi perkongsian daripada Puan Maria Ariana ini, dia memberi langkah demi langkah untuk menyiapkan troli beroda.

DIY Troli Dapur Reka bentuk Ala-Ala IKEA Dengan Hanya 6 Langkah Mudah Sahaja

Assalamualaikum..hai semua.

Disebabkan ramai yang pm dan wasap tanya pasai troli ala-ala ikeaaa ni, nah kat sini saya post hasil kerja suami. Step by stepnya.

Dengan izin dari suami, dia sudi kongsikan sedikit ilmu yang tak seberapa ni. Diharap dapat mebantu korang untuk berjimat sebab dia kata “benda boleh diy, buat apa beli”

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

3 Buah bakul
4 roda

Cable tie

1 Batang paip pvc 15mm

1 tin PVC Solvent Cement

16 kepingan PVC Pipe Fitting (T joint) 15 mm
8 kepingan PVC Pipe Fitting (L joint) 15 mm

CARA UNTUK DIY TROLI DAPUR ALA-ALA IKEA

Langkah 1

Gunakan 4 pcs L joint, 4 pcs T joint, 2 pcs paip 2 cm, 2 pcs paip 36 cm, 4 pcs paip 9 cm

Langkah 2

Bagi membuat tiang troli ini pula, anda perlukan 4 pcs paip saiz 7 cm(digunakan untuk kaki di bawah), 8 pcs paip saiz 23cm, 12 pcs T joint, 12 pcs paip saiz 2 cm (digunakan untuk menyambung bahagian T joint). Untuk lebih faham, anda boleh lihat gambar yang tertera di bawah iaitu contoh bagaimana paip itu disambungkan.

Langkah 3

Cantumkan tapak dengan tiang tersebut menggunakan gam pvc solvent cement supaya tiang dan tapak itu tidak mudah tercabut.

Langkah 4

Bagi langkah ini, anda boleh meminta pertolongan daripada encik suami. Hal ini kerana anda diperlukan untuk menebuk lubang seperti gambar yang ditunjuk dibawah dengan menggunakan alatan drill. Lubang itu akan digunakan untuk mengikat roda dan ikat bakul kelak.

Langkah 5

Gunakan nut dan bolt untuk mengikat roda.

Langkah 6

Setiap bakul dipasang dan diikat menggunakan cable tie. Selepas siap mengikat, anda boleh cat menggunakan apa-apa saja warna mengikut minat anda.

Siappp!!! Ini hasil akhir troli “Ikea” ini. Sangat cantik dan mudah dibawa di mana-mana sahaja. Anda juga boleh membuatnya dirumah. Sangat senang dan mudah sahaja. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.

Sumber: gilerdeco via Maria Ariana

Si manja suka bergambar? Jom, mama papa kongsikan foto aksi bayi anda bertemakan Jungle Cuties untuk peraduan Pencarian Bayi Pa&Ma! Mana tahu ada rezeki boleh menang banyak hadiah menarik. Nak hantar gambar anak klik saja link ini: https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

 

 

 

 

 

IKLAN