Usahawan jenama Muslimah Leeyana Rahman yang selamat melahirkan cahaya mata ketiganya baru-baru ini turut berkongsi wajah dan nama buah hati terbarunya itu.
Leeyana dan suaminya, Mohamad Hafiz sepakat menamakan anak ketiga mereka dengan nama, Mellysa Rose.
“Kenalkan baby ketiga aka anak bongsu kami, Hajjah Mellysa Rose bt Muhammad Hafiz ❤️.
“Korang tengok muka macam sape? Alhamdulillah anak yang baik tak kuat ragam,” ujarnya.
Ads
Melalui entri itu juga, Leeyana atau mesra disapa Yana turut memuat naik sekeping gambar si comel Mellysa Rose yang cukup comel.
Ibu kepada tiga orang anak perempuan ini juga turut meluahkan penghargaan kepada suaminya yang menjaganya dan bayi ketiga di dalam pantang.
“Thankyou #hafizhamids setiap malam jaga anak. Habis je pantang esoknya kita terus pegi travel okey hahaha!
Ads
Terdahulu, ibu cantik manis ini selamat melahirkan bayi ketiganya itu pada tarikh cantik iaitu 11 November yang lalu.
Selepas setahun setengah menggunakan alat pencegah kehamilan, intra-uterine contraceptive device (IUCD), usahawan dan pelakon, Wawa Zainal tekad membuang alat pelindung itu.
Menurut Wawa menerusi perkongsiannya di Insta Story, semuanya kerana mahu menambah bilangan cahaya mata dalam keluarga besarnya bersama Aeril Zafriel.
Bahkan kata Wawa lagi, antara salah satu sebab dia membuat keputusan untuk membuang alat pencegah kehamilan itu adalah kerana kitaran haidnya yang tidak teratur setiap bulan.
Hal itu turut dikongsikan oleh Wawa, selepas menjawab pertanyaan pengikutnya yang bertanyakan mengenai hal itu.
Sakit kepala adalah masalah kesihatan yang biasa, tetapi dengan lebih dari 150 jenisnya, setiap jenis mempunyai punca dan gejala yang berbeza.
Empat jenis sakit kepala yang paling umum migrain, sakit kepala tegang, sakit kepala kluster, dan sakit kepala sinus serta bila anda perlu mendapatkan rawatan daripada doktor.
Mengetahui perbezaan antara jenis sakit kepala ini boleh membantu anda mendapatkan rawatan yang tepat dan mencegah masalah kesihatan yang lebih serius.
Menurut Public Health Malaysia terdapat lebih daripada 150 jenis sakit kepala yang mempunyai karakteristik, punca, dan rawatan yang berbeza. Di bawah ini, kita akan melihat 4 jenis sakit kepala yang paling umum:
Migrain
Migrain dicirikan oleh sakit kepala berdenyut yang biasanya terjadi di satu bahagian kepala. Ia sering diiringi oleh loya, muntah, dan sensitiviti terhadap cahaya dan bunyi. Penghidap migrain mungkin mengalami gangguan penglihatan yang dikenali sebagai aura sebelum serangan sakit kepala bermula.
Sakit Kepala Tegang (Tension Headache)
Sakit kepala tegang adalah yang paling biasa berlaku dan dirasai seperti tekanan atau ketegangan di sekitar kepala. Ia sering disebabkan oleh tekanan atau ketegangan otot di leher dan bahu. Sakit kepala ini biasanya tidak disertai dengan gejala lain seperti loya.
Sakit Kepala Kluster (Cluster Headache)
Sakit kepala kluster adalah jenis sakit kepala yang sangat menyakitkan dan sering digambarkan sebagai rasa terbakar atau menikam di satu bahagian kepala, biasanya sekitar mata. Gejalanya mungkin termasuk mata merah, berair, dan hidung tersumbat pada bahagian yang sakit. Serangan sakit kepala kluster boleh berlaku beberapa kali sehari dalam tempoh berminggu-minggu atau berbulan-bulan.
Sakit Kepala Sinus (Sinus Headache)
Sakit kepala sinus disebabkan oleh keradangan atau jangkitan pada sinus. Gejalanya termasuk sakit di wajah, hidung tersumbat, dan kadangkala demam. Kesakitan ini sering bertambah teruk apabila anda menundukkan kepala atau bangun dari tidur.
Anda perlu mendapatkan rawatan segera jika mengalami gejala berikut:
Sakit kepala yang tiba-tiba dan sangat teruk.
Kanak-kanak yang sering mengadu sakit kepala.
Sakit kepala disertai dengan gangguan penglihatan, kekeliruan, hilang keseimbangan, atau masalah pertuturan.
Sakit kepala dengan rasa kebas atau lemah.
Sakit kepala yang disertai demam, sawan, atau pengsan.
Sakit kepala dengan ketegangan di tengkuk dan ruam.
Bukan mudah jika anda bergelar seorang isteri dan ibu. Anda yang bekerja sama ada di pejabat atau di rumah tentu sahaja sesekali akan terkeluar keluhan penat dan stres kerana bebanan tugas di rumah dan tempat kerja yang tak pernah habis.
Untuk kita mengendalikan segala kerja rumah, menyiapkan keperluan suami dan anak-anak apatah lagi jika perlu ke pejabat untuk bekerja bukannya mudah. Tuntutan ini sangat berat dan ada kalanya pasti membuatkan diri tertekan keranan bebanan kerja yang tidak pernah habis.
Seperti yang dikongsikan oleh Ustazah Asma Harun di dalam ceramahnya, dengan mengamalkan bacaan zikir Fatimah dapat membantu mengurangkan kepenatan wanita bergelar ibu dan isteri dalam menguruskan rumah tangga.
Selain mengeluh, mungkin ada wanita akan memperuntukkan masa untuk diri sendiri bagi menghilangkan stres dan keletihan yang dialami dengan memanjakan diri di spa, pergi berurut, bercuti atau keluar bersiar-siar bersama teman.
Namun, tanpa kita sedari sebenarnya dalam Islam telah ada penawar segala kepenatan ini seperti diajarkan oleh Rasulullah s.a.w kepada puteri Baginda, Saidatina Fatimah r.a.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, satu hari puteri Rasulullah s.a.w Saidatina Fatimah r.a mengadu kepada suaminya, Saidina Ali bin Abu Talibb r.a. tentang tangannya yang berasa sakit dan keletihan kerana terlalu banyak kerja rumah yang perlu dilakukan.
Saidatina Fatimah kemudian datang menemui ayahandanya baginda Rasulullah s.a.w untuk meminta seorang pembantu. Tetapi dia tidak berjaya menemui Rasulullah s.a.w dan hanya bertemu Saidatina Aisyah r.a.
Kemudian Saidatina Fatimah meninggalkan permintaannya kepada Saidatina Aisyah untuk disampaikan kepada Rasulullah s.a.w. Apabila Rasulullah s.a.w tiba di rumah, Saidatina Aisyah pun memberitahu Baginda tentang permintaan puterinya.
Lalu Baginda telah pergi menemui puteri serta menantunya yang ketika itu telah berbaring di tempat tidur. Keduanya mahu berganjak bangun dan ingin menghampiri Baginda akan tetapi Rasulullah meminta mereka tetap di tempat pembaringan.
Kemudian Baginda bersabda:“Mahukah kamu berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kamu berdua minta? Ketika kalian berbaring hendak tidur, maka bacalah takbir (Allahu Akhbar) 34 kali, tasbih (Subhanallah) 33 kali dan tahmid (Alhamdulillah) 33 kali. Sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi kalian daripada seorang pembantu.” (HR. Muslim, no: 4906)
Menariknya, bacaan zikir ini boleh dibuat dengan anak-anak sebelum masuk tidur. Kumpulkan mereka beramai-ramai sambil membaca zikir ini bersama ayat 3 Qul dan ayat Kursi. Kemudian jadikan amalan untuk saling meminta maaf dan bersalaman sebelum tidur.
Tonton video ini;
Ya benar, menjadi seorang ibu tidak mudah. Tetapi dengan mengamalkan zikir sebegini sangat baik untuk menyembuhkan emosi yang kepenatan dengan tekanan. Jika selalu marah-marah pun tak dapat apa, jadi dengan zikir begini hati senang, tanggung jawab sebagai seorang isteri dan ibu juga boleh dibuat dengan lebih baik. Selamat mencuba!
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.