Lelaki Ini Kongsi Resepi Puding Milo Chocolate, Puding Lebih Lembut & Tak Manis! Anak Confirm Suka

Share

Puding milo chocolate memang menjadi kegemaran anak-anak. Rasanya chocolatenya yang kuat dimakan pula sejuk-sejuk memang tak cukup 1 loyang je kan? Boleh buatkan untuk anak-anak sebagai juadah pemanis berbuka nanti.

Harini saya nak share resepi olahan saya sendiri, biar puding ni lebih lembut & tak manis. Memang sedap & senang je tau. InsyaAllah sy guide detail untuk hampa buat resepi ni dengan jayanya 😁

ok jom start!

🍫Resepi puding Milo Chocolate by Mr.Ali
(loyang 7 inci)

📍Bahan – Bahan

Lapisan Oreo:
-10 gram agar2 tali
-4 cawan air
-50g gula
-120g susu cair
-1 biji telur gred A
-1 sudu kecil essen vanila
-oreo yang dipatahkan

Lapisan Milo:
-8g agar2 tali
-60g gula
-2 sudu makan susu pekat
-100g milo
-100g susu cair
-secubit garam

Baca:

Hasrat Nak Pakai Sedondon Di Pagi Raya Tak Kesampaian, Anak Maut Digilis Treler

Resepi Kerepek Terung Rangup Untuk Kudapan Anak, Guna Tepung Bestari Je! Berebut Anak Makan

“Jangan Bagi Makan Bergula/Manis” Dr Izzar Kongsi Tip Nak Latih Anak Kecil Berpuasa

📍Cara- Cara

LAPISAN OREO

-Masukkan 10 gram agar2 tali + 4 cawan air. Biarkan ia mendidih. Api perlahan sahaja.Dah mendidih masukkan 50g gula. Kacau sebati
-Masukkan 120g susu cair yg sudah dikacau sebati dengan 1 biji telur gred A. Masukkan dan kacau sebati . Biarkan mendidih 1-2 minit. Dah mendidih off api
-Masukkan 1 sudu kecil essen vanila.
-Tunggu agak2 suam dalam 5-6 minit. Baru tuang kedalam loyang .
-Dah tuang masukkan oreo yg dipatahkan. Terpulang nk letak banyak mana.

Setkan suhu bilik atau letak luar dulu dalam 15 minit baru masukan dalam chiller/ peti

LAPISAN MILO

-Masukkan 8g agar2 tali + 3 cawan air. Biarkan mendidih
-Dah mendidih masukkan 60g gula.
-Bila gula dah larut masukkan 2 sudu makan susu pekat
-Masukkan 100g milo
-Masukkan 100g susu cair
-Kacau sebati dan biarkan ia mendidih 1-2 minit. Dah mendidih off api dan tambah secubit garam. Kacau2 dan biarkan suam dalam 5-6 minit.
-Keluarkan lapisan oreo tadi , cucuk2 dengan garpu agar lapisan melekat. Cucuk byk sikit tau.


-Tuangkan perlahan2 lapisan milo tadi. Biarkan diluar selama 40 minit baru sejukkan dalam peti selama 3-4 jam .

Dah siap & boleh makan. Memang lembut tau. Sedap sangat, anak-anak mesti suka 😁.

♥️Selamat mencuba!

Kredit: Muhammad Ali

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

IKLAN