Selain kek, apam juga antara menu yang sentiasa menjadi kesukaan anak-anak kita. Malah strukturnya yang lembut ini paling sesuai diberikan kepada anak bawah satu tahun. Si comel boleh memegangnya sendiri dan makan sendiri dengan pemantauan ibu.
Namun bukan anak sahaja, mak ayah pun terujanya lain macam apabila bercerita mengenai apam. Naik kecur air liur dibuatnya bila terbayang-bayangkan akan kelembutan dan rasanya yang manis.
Tempoh PKP ini ada baiknya anda mencuba sendiri di rumah. Tak susah pun, hanya campurkan sahaja bahan, biarkan sekejap dan bolehlah dikukus. Jadi jom cuba resipi Apam Kampung Bersarang, dari Pn Farisha Sofea. Nampak sedap!
APAM KAMPUNG BERSARANG MAMA SOFEA
Bahan Bahan :
Ads
Bahan A :
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah
sedikit garam
2 cawan air
daun pandan
Bahan B :
3 cawan tepung gandum
11 g yis
Bahan Lain :
kelapa parut
garam
Ads
Satukan Bahan A di dalam periuk dan masak sehingga gula larut. Tapis dan sejukkan.
Di dalam bekas lain , satukan Bahan B dan kacau sebati. Masukkan pula Bahan A tadi. Kacau sehingga semua adunan mesra. Perapkan adunan selama 1 jam.
Ads
Panaskan kukusan. Kacau sedikit adunan untuk membuang angin dan tuangkan ke dalam acuan atau loyang yang telah dioleskan dengan sedikit minyak.
Kukus selama 30 minit atau sehingga masak.
Siap sedia dihidang bersama kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam dan dikukus.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila anak susah makan, mama mulalah risau. Kena pula anak pula jenis memang cerewet dalam bab memilih makanan, lagilah pening mama dibuatnya. Kebanyakan anak yang cerewet makan ini kurang berat badan disebabkan pemilihan makanan yang terhad.
Tapi, masalah ini boleh juga dialami oleh anak yangsu dah semakin aktif atau anak yang kadar metabolisma badannya tinggi (faktor genetik, masalah kesihatan seperti hyperthyroid, dan sebagainya). Kiranya pengambilan kuantiti makanan tetap macam biasa, tapi anak kerap membuang atau poo-poo dan selalunya anak juga cepat lapar. Dalam erti kata lain, makanan yang diambil tu tak sempat nak diproses dan disimpan sebagai lemak dalam badan.
Bagi Puan Yatie Eimra, masalah anaknya yang turut mengalami kurang berat badan hingga perlu berjumpa pakar pemakanan membuatkan beliau ‘mencipta’ beberapa resipi untuk memastikan berat anaknya seimbang.
Contoh makanan yang tinggi lemak
-buah avocado (kaya dengan lemak tak tepu)
-ikan yang kaya fatty acid (salmon, makeral, dll)
-keju
-kekacang legume (kacang hijau, kacang merah, dll)
-mentega
-minyak kelapa dara/minyak zaitun (masukkan ke dalam masakan)
-santan
-serbuk coklat (masukkan ke dalam masakan/dessert jika anak dah setahun ke atas.
ELAKKAN jika anak alami masalah sembelit atau ada family history alahan terhadap coklat)
-telur
-yogurt
Makanan tinggi karbo
-beras
-pisang
-ubi (kentang, keledek, ubi bit, dan lain-lain)
Nasi Goreng Butter (dari 1 tahun++)
Bahan-bahan:
1 cawan nasi
1 biji telur – dikacau sedikit
Sedikit isi ayam – didadu
1½ camca besar butter
1 biji bawang merah – hiris
1 ulas bawang putih – hiris
Sayur-sayuran pilihan (cendawan enoki, lobak merah dan kobis)
Serbuk lada sulah/hitam
Garam secukupnya*
Cara-cara:
1.Buat telur hancur (scramble egg). Angkat dan ketepikan.*
2. Panaskan marjerin hingga cair. Tumis bawang besar dan bawang putih tumis hingga layu. (*Boleh juga masukkan telur dan buat telur hancur masa ni)
3. Masukkan isi ayam dan sayur-sayuran jenis keras (seperti carrot, kobis, cendawan* dan lain-lain). Biarkan air/jusnya merenih dan kering sedikit.
4. Tambahkan sedikit lada sulah/lada hitam dan garam. Gaul rata dan masukkan nasi.
✳elakkan penggunaan garam bagi anak 2 tahun ke bawah
✳tip dari chef – cendawan perlu di masak lama sedikit supaya aroma dan jusnya keluar
Bubur Kacang Hijau Versi Bayi (dari 8 bulan++)
Menurut pakar pemakanan, kekacang jenis legume (kacang hijau, kacang merah, dhall, dan lain-lain) dah boleh diambil seawal umur 7-8 bulan. (Tapi sebaik-baiknya perkenalkan pada usia 8 bulan ke atas sebab sesetengah perut bayi sensitif dan boleh menyebabkan angin/kembung walaupun kacang sudah direndam 24 jam).
Bubur kacang hijau untuk bayi ni diajar oleh seorang makcik tukang urut warga Indonesia. Katanya di seberang, bubur kacang ni memang diberikan kepada bayi untuk tambah berat badan.
Bahan-bahan:
½ cawan kacang hijau – direndam 12-24 jam dengan sesudu kecil cuka dan sedikit baking soda (hujung sudu kecil jer)
1 cawan air (gunakan cawan yang sama)
½ cawan santan pekat
1 sudu kecil mentega
Cara-cara:
1. Kacang hijau yang telah direndam diramas hingga tertanggal kulitnya. Tambah sesudu-2 tepung untuk mudahkan proses meramas (supaya tak licin).
2. Basuh kacang hijau yang telah direndam beberapa kali.
3. Masak kacang hijau dalam air. Tapis dan buangkan buih-buih yang terhasil.
4. Masak kacang hijau sehingga benar-benar lembut.
5. Masukkan santan pekat dan mentega. Kacau dan lenyek-lenyekkan kacang hijau tadi dengan sudu.
6. Masak hingga adunan menjadi pekat. Tutup api.
Lenyekkan roti. Sapukan kacang hijau sebagai inti. Gulung dan potong kecil. Cairkan mentega dalam pan kemudian bakar roti hingga garing sedikit.
BAYI 8 BULAN++
-Bubur kacang hijau ni biasanya untuk 2-3 kali makan
-Ambil sedikit bubur yang pekat (untuk portion sekali makan) dan campurkan dengan ebm/susu formula (yang suam). Cairkan bubur mengikut kesesuaian umur anak.
-Masukkan lebihan bubur dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti. Boleh bertahan sehingga 2-3 hari. Boleh juga frozenkan (sila habiskan dalam masa seminggu).
ANAK 1 TAHUN++
-Sebenarnya ni saya olah ikut cara saya sendiri. Sebabnya bila anak dah setahun++, dia memang tak berapa gemar makan bubur camni. Jadinya saya sapukan bubur (pekat) ni atas roti dan bakar dalam pan.
Cara-cara:
1. Lenyekkan roti.
2. Sapukan kacang hijau.
3. Gulung dan potongkan roti kecil-kecil.
4. Panaskan sedikit butter dalam pan (supaya inti tak melekat).
5. Bakar dan balik-balikkan roti hingga garing sedikit.
✳fungsi cuka itu nak kurangkan bahan oligosakarida dalam kacang (penyebab angin). Boleh juga gunakan jus lemon
✳fungsi soda nak mudah tanggalkan kulit kacang hijau.
Agar-Agar Santan & Keju (dari 8 bulan++)
Bahan-bahan:
1 cawan agar-agar tali (dipotong pendek dan disukat dalam cawan)
2 cawan air
1 cawan susu formula/susu segar
1½ cawan santan
2-3 keping keju cheddar (saya guna 3 keping, dah masuk 1 dalam periuk baru teringat nak ambil gambar)
Cara-cara:
1. Renihkan agar-agar dalam air hingga larut.
2. Masukkan susu, santan dan keju.
3. Kacau hingga keju cair dan air mendidih.
4. Masukkan ke dalam bekas dan sejukkan.Pastikan guna cawan yang sama untuk menyukat agar-agar tali dan air/susu/santan
Agar-agar ini rasanya lemak-lemak masin (dari santan dan keju), boleh juga dimakan bersama sirap/manisan kurma.
Sirap/manisan kurma
Puri kurma/beberapa biji buah kurma
Sedikit air
Cara-cara:
1. Buah kurma dibuang biji/kulit (elak anak tersedak) dan dikisar halus
2. Campurkan sedikit air ke dalam puri kurma (untuk cairkan dan agar tak terlalu manis)
3. Masak di atas dapur hingga mendidih.
✳bila anak dah 2 tahun++, boleh gunakan sirap gula merah gantikan manisan kurma.
✳makan bersama sirap gula merah memang lebih sedap
Cheesy Mushroom Soup with Chicken (dari 10bln++)
Bahan-bahan:
150gm cendawan
1 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 sudu besar olive oil
2 sudu besar unsalted butter
1 sudu besar tepung gandum
Sedikit isi ayam (didadu)
3 keping keju cheddar (dicarik kasar)
1-2 cawan susu formula/susu segar/krim
Sedikit stok ayam/bone broth
Air secukupnya
Sedikit lada hitam (optional)
Cara-cara:
1. Panaskan mentega bersama minyak zaitun kemudian tumis bawang hingga naik bau.
2. Masukkan cendawan, ayam dan kacau. Masak sehingga lembut dan hingga keluar jus cendawan. Tutup api dan kisar semua bahan tadi bersama cheese.
3. Larutkan tepung gandum bersama sedikit air (supaya tepung tak berketul) dan panaskan bersama susu di dalam periuk. Masukkan cendawan yang telah dikisar tadi serta stok ayam.
4. Tambahkan air secukupnya mengikut kepekatan yang diingini. Biarkan sup merenih lama sedikit supaya rasanya sebati.
5. Perasakan dengan sedikit lada hitam jika suka.
✳enak dimakan dengan garlic bread
Ayam Percik Ala Kelantan/Putih (dari 1 tahun++)
Bahan-bahan:
¼ ekor ayam (ayam seekor saya potong 8 sebab anak makan sikit)
1 cawan santan pekat
1 batang serai (diketuk)
½ keping asam keping
Garam/gula*
Bahan kisar:
3 ulas bawang merah
½ inci halia
½ inci lengkuas
Sedikit lada hitam
Cara-cara:
1. Masukkan ayam dan semua bahan di dalam kuali. Biarkan mendidih dan ayam masak separuh (ayam keluar darah). Keluarkan ayam.
2. Masak kuah yang berlebihan sehingga menjadi pekat.
3. Bakar ayam dalam pan/pemanggang ajaib di atas dapur. Lumurkan dengan kuah, balik-balikkan dan bakar sehingga sedikit garing.
✳elakkan penggunaan garam/gula bagi anak 2 tahun ke bawah
✳boleh tambahkan sebiji kurma (diblend sekali) untuk berikan rasa sedikit manis dan naikkan rasa kuah percik
Tak sah raya tanpa membuat dan menyajikan biskut Cornflakes Madu yang menjadi kesukaan anak-anak.
Belum tiba hari raya lagi, biskut yang satu ini sudah separuh balang. Begitu hebatnya penangan Cornflakes Madu.
Tercari-cari resipi yang mudah? Resipi perkongsian saudara Muhammad Ali ini anda wajib cuba. Resipi air tangan mak yang paling mudah. Jom cuba!
Resepi Cornflakes Madu. Resepi legend dari mak saya ♥️. Jangan lupa belanja love untuk mak saya tau. Doakan mak & ayah saya sentiasa diberi kesihatan yang baik. Amin. Sangat senang, sangat mudah. Jom kita start!
Bahan-Bahan: (1 adunan dapat dalam 100+ mini paper cups)
3/4 cawan madu
3/4 cawan planta (nak pakai butter pun boleh)
2 sudu makan gula
300 gram cornflakes
1 cawan kacang tanah yang DIBAKAR
1 cawan bijan
1. Cairkan 3/4 cawan planta, api perlahan sahaja.
2. Bila dah cair masukkan 3/4 cawan madu. Kacau sebati.
3. Dah sebati masukkan 2 sudu makan gula. Biarkan mendidih dalam 10-15 saat. Then off api. Jangan lama sangat bagi mendidih nanti dia rasa pahit.
4. Dah off api biarkan suam dalam 15-20 minit baru tuang ke atas cornflakes.
5. Bakar pada suhu 180 selama 10 minit. Ataupun ikut suhu oven masing-masing sebab lain oven lain suhu yang sesuai. Kenali suhu oven masing-masing okay.
Tujuan bakar ni sebab nk masak bijan & kacang tadi dan juga nak bagi cornflakes tu melekat, tak senang terburai .
Kalau dah bakar 10 minit, bila buka cup tu dia masih terburai, bakar lagi selama 10 minit.
Kalau anak tak mahu makan, susah hati dibuatnya kan? Risau kalau anak sakit perut kerana ‘masuk angin’. Lebih risau kalau anak tak mahu makan dan bergantung kepada susu semata-mata. Tak salah kalau anak minum susu, tetapi selepas usianya enam bulan mereka memerlukan nutrisi lain dari makanan.
Sebagai ibu ayah, kita kena rajin untuk mencuba pelbagai menu untuk menarik minat anak untuk makan. Kalau anak menolak nasi, cubalah sumber karbohidrat yang lain seperti mi atau pasta. Mungkin anak lebih suka makanan begitu, jika disediakan dengan protein dan sumber serat, ia sudah mencukupi untuk anak.
Ainn Jamaluddin berkongsi satu resipi menarik, sesuai untuk bayi berumur 8 bulan;
STEW CHICKEN BARLEY WITH NOODLES
Menu sesuai 8 bulan keatas
Bahan-bahan:
📜 Segenggam barli (direndam semalaman)
📜 Bawang Putih
📜 1/2 tofu telur(optional nk letak sayur lain boleh)
📜 Lobak merah sedikit
📜 Kaki ayam & isi ayam
📜 1sk lada sulah
📜 1sk serbuk halia
📜 1 cawan air
Cara-cara:
🥣 Tumiskan bawang putih sampai naik bau
🥣 Masukkan air sedikit dan kaki ayam sahaja
🥣 Biarkan direneh ssampai terbitnya minyak asli ayam
🥣 Masukkan secawan air bersama barli dan lobak merah
🥣 Biar direnehkan dengan api sederhana sehingga barli kembang sedikit
🥣 Akhir sekali, masukkan isi ayam, lada sulah, halia dan tauhu telur. Siap!
🥣 Rebus mi sampai kembang dan sekalikan di pinggan untuk diberi kepada anak
Tahukah anda, barli dapat membantu melancarkan sistem pencernaan. Ia mampu mempercepatkan penghadaman nutrisi makanan dan mengekalkan kesihatan usus.
Selain itu, pengambilan air barli juga boleh diberi kepada anak sekiranya dia mengalami cirit-birit. Air barli juga mengandungi pelbagai nutrisi seperti kalsium, magnesium, zink, vitamin dan zat besi yang membantu meningkatkan sistem pertahanan tubuh.
Barli mengandungi gluten jadi tidak disarankan untuk diberikan kepada bayi yang baharu memasuki usia enam bulan sebagai makanan pertamanya. Sekiranya anak mengalami alahan pada gandum juga perlu mengelak dari memakan barli.
Diet berasaskan barli boleh diberi semasa anak sekurang-kurangnya tujuh atau lapan bulan. Perhatikan sebarang perubahan pada anak selepas tiga hari berturut memberinya barli.